Thursday, July 23, 2009

MENGGANAS DOWH NIH!!!!




Adus!! mulut sape la yg masin sgt nih, kan dah kena betoi. Tepat jam 10.00pagi tadi dengan rasminya mengumumkan kampus Wan (UiTM campus Dungun) ditutup untuk sebarang aktivit berkuatkuasa serta-merta. Dengan ini meletakan campus UiTM Dungun sebagai kampus ke-4 ditutup selepas kampus Permatang Pauh, Sri Iskandar & Lendu.

Hah!! gabra masing-masing. Dengan tiket balik kampung yang tak cari lagi. lalala
sbenany dah lagi semalam tau ade kes, sebab ramai sangat yang pegi chek kat klinik campus tuh, siap tutup2 idung&mulut lagi tu. Memang la mencurigakan...

Pastu malam mula la 'khabar angin' bertiup kencang, sekencang angin Monsun Pantai Timur la kononye. WlaupOn khabr angin, mlm tu jgak ramai yang dah kluar cari tiket stnby tuk balik, apa la dieorang nih. Spekulasi tu mulai menjadi comform bila perjumpaan JTK & MPP selesai & berita tentang campus tutup esok tersebar dengan pantas seperti 'highspeed broadband'.

Pagi tadi pula diadakan satu lagi perjumpaan & kata putus dibuat bahawa 'KAMPUS DITUTUP SELAMA SEMINGGU'. Jam 10.00 pagi, pengumuman dibuat & pelajar mula bersesak2 meninggalkan kampus. Tak kurang juga yang baru nak beli tiket bas, masa nie la tiket bas laku macam pisang goreng panas.



pemandangan hari biasa


pemandangan seawal kul 9.00 pg (luar biasa)

that 4 all this entry... epy oliday :)

Wednesday, July 22, 2009

H1N1 + Gerhana

Wah, update hari nie memang gempak la, dua lagi campus UiTM kena tutup pasal H1N1. Kampus UITM cawangan Pulau Pinang & Perak. Menurut sumber yang dipercayai (buletin Utama TV3), Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang ditutup seminggu selepas 10 pelajar dikesan positif & 200 yang lain dikuarantin. Cawangan Seri Iskandar, Perak jugak ditutup seminggu selepas +200 pelajar menunjukan simpom yang sama.



Tak kurang juga ada khabar angin (coz tak rasmi lagi) yang mengatakan beberapa orang student Campus Dungun menunjukan simptom yang sama. Wan juga dapat lihat beberapa pelajar 'bertopeng' mendapatkan rawatan diklinik campus tengah hari tadi. Adakah campus Dungun pula akan dikuarantin????



Gerhana yang berlaku hari nie pula merupakan gerhana terpanjang abad ini, yang hanya dapat dilihat dengan jelas dikawasan India sehingga China sahaja. Namun penduduk Malaysia juga dapat melihatnya dikawasan Utara Semenanjung. Bagi kawasan Dungun, Wan agak kecewa sebab hujan renyai2 di kebanyakan kawasan. Namun suasana agak suram masih dapat dirasai akibat matahari dilindungi oleh bulan.

Tuesday, July 21, 2009

SATELIT MALAYSIA


Align Center
model satelit-satelit MALAYSIA

Semalam 20 julai merupakan hari bersejarah pelancaran satelit ke-4 negara 'RazakSat'. Bertepatan dengan enteri kita kali ini, mari kita imbas semula 'koleksi' satelit-satelit yang negara kita ada.


satelit MeaSAT I, MeaSAT II & pelancar Ariane-5

1. MeaSAT

Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.

Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.

Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

Kedua-dua satelit MeaSAT di bina di El Segundo, California, oleh Hughes Space and Communications Company (HSC) yang mana sekarang menjadi sebuah Pusat Pembangunan Satelit.

Satelit pertama dilancarkan menggunakan roket Ariane pada 12 Januari 1996, dari Kourou, French Guiana sementara pelancaran satelit kedua pula dilakukan pada 13 November 1996.

HSC bertanggungjawab membekalkan kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasikan satelit.



satelit TiungSAT-1 & pelancar Proton/Brezz-M

2. TiungSAT

Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah.

Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi.



satelit RazakSATTM & pelancar Falcon-1

3. RazakSAT

Pada masa sekarang, agensi di Malaysia memerlukan banyak imej satelit yang bergantung pada data, imej dan maklumat diperoleh dari satelit luar negara.

RazakSATTM adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa.

Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.

Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra).

Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS).

MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.

RazakSATTM dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

Sony Ericsson W395


illustrasi sampingan

Size 96.0 x 47.0 x 14.9 mm / 3.8 x 1.9 x 0.6 inches
Weight 96.0 g / 3.4 oz
Available colours Blush Titanium Dusky Grey Fiesta Black
Screen 262,144-colour TFT 176x220 pixels
Memory Phone memory 10MB* Memory Stick Micro™ (M2™) support (up to 4 GB)

Networks

GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900

Performance


Talk time (up to)
8 hours
Standby time (up to)
480 hours
Video call
(up to)
-

Camera
  • Camera
  • Digital Zoom - 2.5x
  • Camera - 2 megapixel
  • Video record
  • Picture blogging
  • Photo fix
Music
  • Music player
  • Bluetooth™ stereo (A2DP)
  • TrackID™
  • PlayNow™
  • Music tones - MP3, AAC
  • Stereo speakers
  • Album art
  • Walkman® player
Internet
  • Web browser - Openwave™
  • WAP 2.0
  • WAP 1.2.1
Entertainment
  • Video Clip
  • Video streaming
  • Java
  • Radio - FM radio with RDS
  • Motion gaming
  • 3D games
Connectivity
  • USB support
  • USB mass storage
  • Modem
  • Bluetooth™ technology
Messaging
  • Sound recorder
  • Predictive text input
  • Picture messaging (MMS)
  • Text messaging (SMS)
  • Email:
Communication
  • Vibrating Alert
  • Speaker phone
  • Polyphonic ringtones
Design
  • Wallpaper animation
  • Picture wallpaper
  • Navigation key
Organiser
  • Tasks
  • Timer
  • Stopwatch
  • Phone book
  • Flight mode
  • Calendar
  • Calculator
  • Alarm clock

Open slide preview


Close slide preview

Ciri tambahan: (berdasarkan pengalaman 'si pemakai' sepanjang
5bulan)

***tahan lasak - berfungsi dengan baik walaupun telah jatuh dari
ketinggian 1 meter.
(first time enset aku Nazri jatuhkan tadi, isk2.. nasib baik la kebal)

***daya tarikan - ciri 'slide' yang bergaya, kemasan berkualiti &
fungsi yang mengancam.
(tak sampai 2bulan aku pakai, Jusa beli gak model yang sama)


Preview enset baru Jusa... nak same jgek

Monday, July 20, 2009

Fatwa baru JAKIM




JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 19 Julai tahun 2009:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!!!

??????????

hehehehehe...
jangan marah yek,
Aku pun terkena jugak.
Meringis aie (senyum selalu)...

Cuti keputraan + RM50 baru



HOho, arini cuti xde clas, haha... 20/7 sempena Keputeraan Sultan Terengganu ke-47. WlaupOn aku bukan orang negeri nih, tapi kerana aku bermastautin disini (ceh, bru 3taun kok...) aku tetap berhak keatas cuti nih, hehe.... DAULAT TUANKU!!

Haa, sebab cuti jgak la tadi aku pegi merayau kat Bandar Dungun pagi tadi. Pegi kuar duit kat ATM, tekejut aku mesin tu kuarkan 'not'2 yang tak penah lagi aku tengok. "nih duit rupiah ker?", dekat 1minit aku belek2 duit tu kat depan mesin atm tuh, tak sedar plak ramai baratur dah kat blakang aku. Upenye not RM50 baru....

Aku try la spend 'duit baru' tu, ingatkan aku sorang yang 'jakun' upenye akak cashier kat Mydin tu pOn jakun gak.. "Akak! ni duit baru ke?" tanya casher tu kepada membernya.... subhanallah, kecoh jap kaunter 2.


RM50 fresh dari mesin duit(ATM le, hehe).....

Sunday, July 19, 2009

Influenza A (H1n1) a.k.a Selsema Khinzir



Waa!!.. H1N1 dah smpai Dungun ke???
mintak djauhkan la...

Lepas berita kampus UiTM cawangan Melaka(LEndu) kena tutup aritu.
Kampus Dungun pula kena serbu dengan Jabatan Kesihatan. Hehe.. bukan apa, just buat fogging da. Camni la sebaik-baiknya, mencegah lebih baik daripada megubati.

Taknak la jadi macam kat Lendu tu, baru la nak sebok2. Tak pasal2 pelajaran terganggu(cehh..) btul tak??..

Kul 6.30ptg tadi sume penghuni Kolej Gemia diarah kosongkan bilik masing2 tuk bagi ruang dieorang buat kerja . Masuk maghrib sumenye settle. Harap2 pasni ilang la virus sesema tu kalau la btul ade kat kampus nih.


seelok-eloknya pakai la topeng yang berpada-pada yee...

SEKITAR AWAL SEMESTER JUL- DIS 09 UiTM



Assalamualaikum....

Sempena awal semester baru nih, blum terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat datang kepada student2 pengambilan baru Universiti Teknologi MARA amnya dan student2 UiTM kampus Dungun, Terengganu khasnya. Walaupun aku pulang agak lewat ke kampus, atas sebab yang tak dapat dielakan.

Sekembalinya aku ke kampus, tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas kampus sepanjang cuti semester yang lalu. Kebanyakan projek pembangunan 'MEGA'yang dimulakan awal semester lalu masih belum siap sepenuhnya, contohnya pembinaaan 'Student Center', pengubahsuaian library & penambakan paya sebagai parking. Tapi yang agak melegakan perngubahsuaian masjid utama kampus 'Pusat Hidayah' yang dimulakan serentak, telah dapat disiapkan lebih awal sebelum semester baru bermula.

'Student Center' & 'parking' under construction


Pusat Hidayah under renovation

Dari pemerhatian aku sepanjang 5 hari dah kat kampus nih aku dimaklumkan bahawa kampus DUngun mengalami kekurangan kolej kediaman yang agak serius disebabkan olah 'kebanjiran'(bah ke??) student baru. Menurut MPP, bagi kampus dungun +/-1600 student baru telah melapor diri pada Minggu Mesra Siswa(MMS) yang lalu. Aku juga agak terkejut sebab semester sebelum nih tak timbul lagi masalah camni, sampaikan masuk dalam sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kampus Cawangan Dungun dan Segamat mengalami kekurangan kolej kediaman pelajar.

Akibatnya, sebahagian pelajar yang sediada terpaksa memilih untuk menjadi 'setinggan berdaftar' ataupun menyewa diluar. Sesuatu diluar dugaan aku apabila 'setinggan berdaftar' ini pula terpaksa tinggal dibilik study & gymnasium kolej berkenaan yang diubahsuai menjadi 'bilik' mereka.

Sistem baru bagi subsidi makanan juga telah dilaksanakan dengan memasukan subsidi berkenaan ke akaun setiap pelajar untuk tempoh sepanjang semester berkenaan. berbeza dengan semester terdahulu yang menggunakan sistem 'kupon'.

Bagi kolej kediaman lelaki pula (khasnya Kolej Gemia), dewan makan kolej berkenaan telah ditutup (mungkin tiada tender yang berminat) dan penghuni terpaksa tertumpu ke di dewan makan Kolej Kediaman Tenggol yang kapasiti sepatutnya adalah untuk penghuni kolej berkenaan sahaja ( terpaksa la bersesak2 kan). So, bagi yang kesuntukan masa terpaksa mencari alternatif lain dengan makan diluar dengan harga yang jauh lebih mahal.

Transport ke kuliah pula, semester ni ada sedikit kerlonggaran walaupun hanya student semester 4 dan keatas sahaja dibenarkan bawak motosikal ke kolej kediaman.(nasib baik la aku terlepas, huhu..) Student lain pula boleh bawa motosikal jgak tapi tak boleh bawa masuk ke kolej kediaman (parking kat Stadium Gemilang jek, berkarat la jawabnya, hehe..). Tak macam semester2 yang lepas, student semester 1-3 langsung takleh bawak moto. Kereta pun suma student boleh bawak tapi still kena parking kat Stadium Gemilang lagi. Bukan apa, kebenaran seperti ini agak kritikal especially tuk student lelaki yang jarak kolej kediaman ke blok akademik +/- 1500m.

mana 'WFJ 2651'??...

Beginilah antara sukaduka dan cabaran yang dilalui pelajar macam aku diawal2 semester baru nih, nak taknak terpaksa lalui jgak. Walaupun nampak susah pada awalnya, tapi tak mencabarla kan kalo hidup tak ada dugaan macam nih. BAK kata orang jawe "gawea alon2, asalkea klakon"(lbh kurang cam "biar lambat asal selamat" gitu la, huhu)

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Boleh!!....




Yahoo!!, lega rasanya Malaysia kalah tipis je 2-3 lawan Manchester United tadi. Walaupun semua tau, itu adalah lakonan MU belaka (da kali ke bape kalah ni ek??). Tapi, at least reputasi FAM tak teruk tercalar di mata rakyat Malaysia. Maklum la, sebelum nih macam2 kontroversi dilemparkan kat satu-satunya persatuan bola sepak negara kita nih, ksian jgak aku tengok sbenanya.

Aku tengok pon berbaloi la dengan 'preparation' yg Rajagopal buat untuk match hari nie ni. Contohnya, macam friendly match Malaysia vs Zimbabwe arituh. Walaupun Malaysia rangking ke-155 FIFA tapi boleh 'tibai' Zimbabwe yang rangking ke-134 FIFA dengan 4-0. Rombakan pasukan dengan mengandingkan pemain baru & lama pOn nampaknya menjadi. CONGRAT!!!

Apa-apa pun tahniah buat pemain-pemain negara yg bersungguh-sungguh kat tengah padang tadi. Semoga perlawanan tadi menjadi kayu pengukur kepada bola sepak negara untuk terus maju dimasa hadapan.


fokus tul bdak2 GM1 nih...


bnyak 'tiket' terjual arinih
PATRIOTIK TU MESTI!!...

Thursday, July 16, 2009

Kampungku.. Parit Tengah


Logo Kampung Parit Tengah

Tengah bosan-bosan tadi, tiba-tiba teringat pula Wan kat kampung halaman. Huk3... baru 2 hari balik Dungun dah rindu kat kampung.

So, kata orang nak mengubati hati yang lara ini(haha geli), Wan pun search di internet tentang kampung Wan, Parit Tengah. Hasilnya Wan jumpa http://paritengah.com/. Huh, tergamam juga Wan, kampung Wan ada website sendiri siap dengan domain '.com' lagi. Kekaguman, hehe...


Signboard utama di'beteng' Parit Tengah

Sebenarnya banyak kisah menarik pasal Kampung Parit Tengah nih (promot sikit ,hehe...) daripada zaman pembukaan kampung ni sampailah jadi 'terkenal' macam hari ni. Semuanya boleh didapati di http://paritengah.com/


'Guyup' simbol perpaduan penduduknya

Haa, satu lagi gambar kat atas tu adalah arca yang merupakan ikon Kampung Parit Tengah nih. Satu je ada kat Johor, maybe kat Malaysia @ dunia, hahah...

logo Belia Kampung Parit Tengah

Satu lagi, di era moden ni tak sah jawabnya kalo tak ade facebook, juga boleh follow update tentang pelbagai aktiviti, riang ria penduduk kampung ni di www.facebook.com. Memandangkan kampung ni merupakan salah satu lokasi homestay popular di Malaysia, pelbagai aktiviti IPTA & IPTS dianjurkan disini.

Tahniah kepada belia kampung yang setia stay kat kampung & buat banyak pembaharuan kat kampung ni. Rajin-rajin la 'maintanace' & 'improve' lagi kampung kita nih. Wan pun berazam nak jugak sumbang sesuatu kat kampung ni.


Semoga terus cemerlang, gemilang & terbilang.....

KFC free....

ilustrasi sampingan

Rezeki-rezeki, dah la xyah susah-susah keluar pegi dinner. Dapat pulak member belanja KFC, save lagi la duit aku malam nih, hehe.. Sebenarnya malam ni birthday 'otai' batch aku, BALOK tambahan pulak PTPTN baru kuar, mesti la kena belanja member-member kan. Tapi biasanya kalo ade birthday somebody kat batch aku nih, bende ni x abis sampai sini je.... kita tengok apa kesudahannya malam nih, hehe....

Jambatan daripada kepala orang??

Assalamualaikm semua, huhu...
kenapa aku ketawa? aku pOn xtau, hehe..

Pasal tajuk kat atas tuh, aku teringat pesan arwah nenek aku masa aku kecik-kecik dulu. "Wan jangan main kat luar, nanti ada orang cari kepala nak buat jambatan", huhu. Kelakar jugak bila pikir-pikir balik, tu la antara nasihat orang tua dulu.

Sebenarnya arinih aku nak tulis pasal satu rojek yang aku buat sepanjang cuti sem arituh...
Projek apa? bukan projek akademik...jeng..jeng..jengg...


projek buat jambatan kat Sg.Ulu Tiram, hehe...

Banyak-banyak bende yang aku buat cuti nih, aku rase bende nih la yang paling best sbab aku dapat ikut progress die dari awal sampai akhir. Keje pOn OK sbab boleh kire aku take over keje technician site nih, sbb katanya die ade projek kat tempat lain. Buzy la tu kot, so aku kena la amik gambar progress projek awal smpai akhir (jadik la site photographer), keep in data untuk 'pilling' mase awal projek & tolong-tolong menyebuk, huhu. So aku mesti la turun site, xleh miss.



"Nih kerje Sivil Eng wan, apa kena-mengena dengan Chemical Eng ko nih?"

Hah.. xde kena mengena pOn. Nih la antara soalan2 popular dari member2 aku yang wajib dijawab tiap-tiap sem baru nanti.

xapa la, janji aku puas & cuti aku terisi walaupOn orang nak kata "Mat Indon" ke pedulik ape aku. Knowledge baru masOk, Income pOn masOk lol, masyuk!!...
Apa pasal la 'sempit' sangat pemikian dieorang nih....

Sebut-sebut pasal Mat Indon nih, nasib baik la 'softskill jawa' aku nih ok, sempatlah aku 'Ngobrol'(borak@bual) dengan sorang krew kren warga indonesia nih.. jadik la aku orang jawa sekejap.

Kesimpulanya, aku ade bende nak kongsi dengan korang. Sedih aku sebenarnya, kenapa anak tempatan tak nak rebut peluang keje kat site camni ek... Memang hakikatnya kerja tu nampak 'kasar'(pada aku tak kasar mana pOn) tapi gaji dieorang mengalahkan orang kerja kilang woo, waktu keje pOn 8-12&2-5(8jam) jek, tak masOk overtime lagi tuh... makan, minum, transport, tempat tinggal sume tanggung.

Aku pOn setuju sangat dengan idea Menteri Sumber Manusia baru-baru ni supaya kekosongan sektor tertentu disi oleh warga tempatan, pasal Indonesia hentikan penghantaran tenaga kerja warganya ke M'sia punca dari kes dera amah.

Cukup la wan!!!
huh, Ok..oK
saksikanlah bingkisan ini....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...