Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!



SELAMAT MENYAMBUT KEMERDERKAAN KE-52 MALAYSIA

hayatilah erti kemerdekaan ini.... MERDEKA!!!!


MerdekaaA!!!... tak kisah la sambOt mlm merdeka kat bilik pOn

KAWAN

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!! If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

Hari Penuh Dugaan

Yess, akhirnya sampai gak ku dibilik yang terchinta ini. Bebas dari segala dugaan penuh cabaran yang ditempuhi sepanjang hari ini, memang meletihkan. Tapi sebelum Wan lelapkan mata ni sebagai mengakhiri episod menarik hidup hari ini, eloklah kiranya Wan bermuhasabah diri dengan menulis post yang tak seberapa ni. Cehh.. ayat bunga2 beb!! tapi wa bukan 'mat bunga', ingat tu!.

Dimulakan dengan intro yang kurang menarik bila Wan & roomate2 tak bangun sahur pagi tadi, bangun2 jam dah kul6.30. Risau gak dibuatnya, dah la keje plak arini. Wan dah pikir, "adus! lembik la jawabnya aku kerja arini". Masa kerja kul 11.30 pg, mula2 bleh cover lagi, siap angkat berbakol2 biskut raya&air botol.

Tapi masuk kul3.30 je dah start punctured, hehe. Mata pun asik nak tengok jam kat info counter depan je kejenya, bila la nak buka. Tensen betul, pastu dah last2 dekat nak buka, berlambak2 plak barang dari stor dept yang datang & nak kena susun kat rak tu. Last2 tinggal jek, pas buka baru sambung buat.

Masa pegi bazar pun jalan cam nak xnak je. Tapi yang bestnya sejak Wan keje ni, setiap kali pegi bazar (tapak pasar minggu hari khamis kat Bandar Dungun) Wan akan join group otai2 Dungun, iaitu budak2 bujang yang memang asal dari Dungun se'Dept'(Wan kerja under department Supermarket iaitu bhg barang makanan&sanitasi) dengan Wan. Rasa macam kat kampung sendiri plak, suka2 buat kecoh & semua peniaga kat pasar tu dikenalkan oleh member2 Wan tu, sebab diorang kenal satu sama lain. Yela dah memang orang situ juga kan?
Nak beli juadah pun siap dapat diskaun2 lagi, hehe...

Start syif malam plak, Wan terserempak dengan Lecturer Wan yang ajar subjek Process Plant&Maintanance, Mdm Sopiah Ambong. Dia yang tegur Wan masa Wan tengah rushing susun2 barang. Tak banyak yang dapat dibualkan just:
Mdm Sopiah : Awak Redzuan kerja sini??part time?
Wan yg ensem : Waa mdm.. hehe, a'ah mdm
Mdm Sopiah : Oo, patut la nampak awk dengan sek2 Mydin kat bazar petang tadi. Boleh buat part time kat sini?
Wan yg ensem : hehe, boleh...
Mdm Sopiah : Redzuan brapa jam kredit sem ni?
Wan yg ensem : 12 je, sebab tu la saya buat part time ni. Ari kamis, jumat & sbtu je.
Mdm Sopiah : Oo, banyak masa free la ni.. bagus2!. Berapa dia bayar?
Wan yang ensem : Emm, ikut jam. Sejam 5ringgit
Mdm Sopiah : & awak kerja?
Wan yg ensem : Saya amik 6jam, max sini 11 jam sehari
Mdm Sopiah : (sambil mengira) kalo macam tu 30 la sehari. Waa.. kalo mcm tu saya pun nak kerja
(Sama- sama ketawa)
Mdm Sopiah : Ok la Redzuan saya ke kaunter dulu.
Wan yg ensem : Ok mdm...

Time balik plak Wan mengelat sebab balik awal kul10, sepatutnya Mydin tutup kul 11. Sebenarnya hari2 biasa Mydin ni tutup pukul 10, tapi disebabkan nak merdeka ni waktu operasi dilanjutkan sampai kul 11. Wan tak bleh la follow, sbab UiTM bleh masuk sampai kul 11 jek.

Tapi masa nak balik, moto plak nak kena topup minyak. So, kena la pegi ATM kat 7eleven dulu. Haa.. kat part ni la yang Wan tak suka nih. Ade ke masa Wan tengah 'kering' ni semua mesin ATM kat Bandar Dungun kehabisan duit, macam impossible lak dengarnya tapi itulah kenyataan. Dah memang arini orang kerja masuk gaji kan? pastu isnin ni cuti merdeka pulak tu. Rata2 bank macam baru lepas kena rompak, siap berduyun2 orang berkerumun sambil menggaru2 kepala mereka, tak kurang juga sampai ada sorang pakcik tu yang cakap sorang2 menyumpah2 dah macam orang sasau da, kesian.

Mcam mana dengan nasib Wan? Hmm.. tak kan nak tdo kat Bandar kan?XnakkkKKK!!!!So, seluk2 la poket kanan kiri, last2 cuma ada RM0.40 je baki beli air kat 7eleven tadi. Huk2! cane ek? Kali ni Wan betul2 nekad apa nak jadi pOn jadi la janji dapat balik. Dengan berhati-hati Wan mendekati stesen minyak Shell & pastikan line-clear. Make sure sekeliling tiada orang & terus attack pump atendent warga Bangladesh dengan berhati-hati. Lalu berkata "Bang minyak 40", terkejut bangla tu ingat moto ni nak isi 40 ringgit. Sekali pelan2 aku cakap, "40 sen la, bleh la bro! nak balik ni, bank kena rompak". Hahahaahahah... berdekah aku kenang peristiwa ni, ade ke isi minyak 40sen je, haha..

Dengan berbekalkan minyak Shell baru RON 95 sebanyak 210ml, ku tunggang WFJ 2615 pulang dengan cermat. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kat pintu gate post A UiTM. Fuhh!...lega. Terus pegi ATM dalam campus & bleh gak akhirnya keluar duit, hehe...

Balik singgah Dining Tenggol jap, beli 100plus, ais & 'chekedis' . Dahaga gila mengenangkan saat2 getir tadi, huh2. Dan akhirnya duduk depan laptop & minum 100plus menaip post ni sambil dengar lagu Wali Band bertajuk Cari Jodoh. Ok... babai!

Saturday, August 29, 2009

Wali Band - Cari JOdoh




Wali Band - Cari Jodoh


Lagu yang telah menambat hati penulis ketika bekerja tadi.
LayANzzz....

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Friday, August 28, 2009

Megi Hot Cup....


versi2 yang popular (aku suke tomyam..hehe)

AdOi!! terasa seksanya nak tulis entri nih, asik2 nak telan air liur jek mengenagkan aroma perencah megi kari yang begitu meliurkan. Tengah Wan dok susun2 megi cup kat Mydin petang tadi terkenang Wan masa duk ostel sekolah menengah dulu. Antara makanan 'eksklusif' warga ostel waktu tengah malam especially versi yang dalam cup & bowl. Juga digelar sebagai MEGI HOT CUP@MEGI HOT BOWL.


Maggie lah satu2nya company masa tu yang mempunyai idea yang bernas lagi bijaksana sebab mengeluarkan mee segera dalam cup & bowl. Memang la mee tu dah segera, ditambah lagi dengan cup & bowl yang dah tersedia, maka jadilah mee segera tu MEE SEGERA kuasa dua, haha..

Masa kat ostel dulu sapa yang makan mee cup&bowl ni memang nampak stylo gile beb. Kan bekas dia tu lawa, siap dengan design yg pelbagai. Kirenya macam x standard la kalo makan megi dalam tupperware, hehe. Siap ada yang sanggup simpan bekas tu, sebab nak reuse untuk makan megi yang dalam pek plak. Yela, kan megi yang dalam bekas tu mahal, dah la isi dia ciput.

Masa nak bukak tu, cam biasa la koyak foil aluminium cup tu. Bila bukak je dalam siap ada garfu plastik kuning, sebungkus perencah & seciput mee keras. Garfu tu pOn bukan calang2 tau, siap boleh lipat lagi tu. Tapi megi cup sekarang dah takde 'bende' tu.

So, bila tiba tengah malam jek. Mula la masing2 queue amik turn nak isi air panas dari mesin water cooler. Bila masing dah puas isi perut, belah siangnya makcik cleaner plak bising pasal sepah smacam kat water cooler tu dengan pembungkus & sisa mee.... gitu la budak ostel kan...

Pengajaran dari Projek NGPV TLDM kepada 'MALAYSIA'(part 2)

Lembaran baru
Semenjak PAC mengumumkan terdapat begitu banyak perlakuan dan tindakan pengurusan yang diragukan sehingga menyababkan program NGPV hampir terbengkalai sepenuhnya, keyakinan pihak umum terhadap firma tersebut, pihak Kerajaan dan TLDM sendiri dari segi ketelusan pengurusan telah terjejas dengan agak teruk. Tugas pengurusan baru yang mengambil-aleh limbungan serta diamanahkan untuk menyiapkan kapal-kapal NGPV, iaitu Boustead Naval Shipyard yang berada di bawah Pengarah Urusannya yang baru iaitu Laksamana Madya Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Ramli Hj Mohd Noor (Bersara) dilihat bakal terpaksa melawan arus yang deras. Kepercayaan dan keyakinan umum kepada limbungan tersebut berada pada tahap paling rendah, manakala ketidak-tentuan mengenai pembatalan program yang boleh menyebabkan pemberhentian kerja dan tenaga profesional industri perkapalan ketenteraan merungsingkan masyarakat di Lumut, Manjung serta Setiawan di Perak yang bergantung kepada industri tersebut untuk menyara-hidup.Ura-ura pembatalan program pula akan menyaksikan pihak Kerajaan terpaksa menanggung rugi yang bukan sedikit, apa lagi sekiranya dikenakan tindakan oleh mahkamah akibat kegagalan melaksanakan perjanjian dan terpaksa membayar ganti-rugi kepada firma Bhlom + Voss. Episod ini juga telah mencemarkan prestasi industri maritim negara apabila dianggap tidak profesional mahupun telus dalam pengurusannya. Akhirnya Kerajaan mengambil keputusan untuk menyelamatkan program tersebut demi maruah, faktor ekonomi serta keperluan mendesak TLDM untuk memiliki lebih banyak kapal ronda bagi mengawasi kawasan maritimnya.

KD TERENGGANU (174)

Langkah awal yang diambil oleh Boustead Naval Shipyard ialah mengemas-kinikan pengurusan serta melaksanakan beberapa langkah yang dikenal pasti dapat menjulang semula nama limbungan kapal di Lumut sebagai limbungan terkemuka jika tidak pada peringkat global, setidaknya di rantau ini. Antaranya adalah perlaksanaan Sistem Peningkatan Berterusan (CIS – Continous Improvement System) dan juga ‘Quality Environments’ atau Persekitaran Berkualiti. Nama dan warna limbungan utama PSC-Naval Dockyard yang boleh dikatakan turut ‘terpalit’ dengan masalah pengurusan telah digantikan dengan nama yang baru. Walaupun nampak kosmetik, namun ia sebenarnya memainkan peranan besar kepada persepsi moral tenaga kerja dan umum terhadap firma dan pengurusan barunya.

KD KELANTAN (175)

Menurut Tan Sri Ahmad Ramli, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard, usaha bagi menyempurnakan kontrak pertama firma ini adalah sulit terutamanya dalam usaha untuk memulihkan syarikat. Tanggungjawab kepada Boustead sebenarnya adalah amat berat kerana ia diberi tugas untuk membina empat kapal NGPV dengan proses pembinaan hampir keseluruhannya dilaksanakan oleh tenaga kerja dan kepakaran tempatan. Pada peringkat awal terdapat kritikan dan mungkin juga cemuhan serta kurang kepercayaan untuk dapat memenuhi kontrak membina dan menyerahkan empat lagi baki kapal kepada TLDM dari sesetengah pihak. Namun Boustead meneruskan usahanya dan meniti jalan yang sepatutnya diambil oleh pihak PSC-Naval Dockyard terdahulu dengan meletakkan kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara serta tanggungjawab sosial disamping meneruskan usaha untuk membina kepakaran dalam bidang pembinaan kapal perang yang berteknologi tinggi. Bagi membuktikan perkara ini Boustead telah memberi peluang kepada lebih daripada seribu syarikat tempatan untuk terlibat secara langsung di bawah projek pembinaan NGPV dengan lebih dari 60% dari firma dan syarikat yang terlibat adalah merupakan milik Bumiputera. Hampir RM700 juta nilai kontrak telahpun diagihkan kepada syarikat-syarikat tersebut bagi pembinaan kapal ketiga hingga yang keenam.

MODEL KD SELANGOR (176)

Dari menjadi bahan sindiran sinis setelah mengalami kelewatan sehingga dua tahun, program NGPV dibawah pengurusan Boustead Naval Shipyard telah mengorak langkah dengan pantas. Pembinaan kapal-kapal yang sebelum ini mengalami masalah diteruskan walaupun tidak semua kepakaran oleh pembekal-pembekal asal atau utama (OEM – Original Equipment Manufacturer) diberikan seratus peratus. Dalam keadaan ini modal insan firma Boustead terpaksa mempercepatkan lengkuk pembelajaran mereka dan menimba sebanyak yang mungkin berkaitan teknologi platform ketenteraan maritim. Sebagai firma yang dianggap menjadi ‘payung’ kepada industri maritim negara, Boustead melalui program NGPVnya telah turut telah memberikan firma-firma pembekal peralatan lain pengalaman dan kepakaran yang sukar diperolehi untuk menguasai teknologi berkaitan pembuatan kapal perang yang moden. Hasilnya keempat-empat kapal iaitu PERAK, TERENGGANU, KELANTAN dan SELANGOR telah berjaya disiapkan pembinaannya kira-kira dalam tempoh masa kira-kira dua tahun iaitu dari November 2007 hingga Julai 2009.

KD SELANGOR semasa pelancaran 23 julai lalu

Kapal-kapal NGPV ini dijangka akan menyertai armada TLDM menjelang pertengahan tahun 2010 setelah selesai menjalani pemasangan terakhir yang melibatkan kesemua sistem penderia elektronik yang pelbagai, ujian pelayaran dan juga ujian sistem persenjataan.

Thursday, August 27, 2009

Pengajaran dari Projek NGPV TLDM kepada 'MALAYSIA'(part 1)




MODEL NEW GENERATION PATROL VASSEL (NGPV) TLDM

Kisahnya bermuala apabila kontrak untuk membina enam buah kapal NGPV telah ditandatangani pada 13 Oktober 1998 dengan konsortium German naval Group telah memenangi tender bagi membina kapal-kapal tersebut dengan kerjasama firma tempatan PSC-Naval Dockyard. Kapal-kapal NGPV yang juga dikenali sebagai program kapal ronda generasi baru TLDM adalah merupakan kapal yang mempunyai rekabentuk yang berasaskan kepada rekabentuk kapal Blohm+Voss MEKO 100. Mengikut perjanjian, dua dari kapal pertama akan dibina di limbungan Blohm + Voss yang terletak di Hamburg, Jerman. Empat kapal berikutnya pula akan dibina di limbungan PSC-Naval Dockyard di Lumut. Ke enam-enam kapal ini sebenarnya adalah merupakan fasa pertama dari sejumlah 27 buah kapal ronda yang diperlukan oleh TLDM untuk terus beroperasi secara efektif bagi mengawal keselamatan dan kedaulatan kawasan perairan negara. Ini kritikal kerana kapal-kapal PV atau ‘Petrol Vessel’ milik TLDM ketika itu telahpun mencapai umur lebih 40 tahun dan walaupun masih mampu memberikan khidmat dalam rondaan pesisir pantai, namun mungkin dalam bentuk rondaan jarak dekat dan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang sahaja dan bukan bagi operasi bercorak ketenteraan. Ini adalah kerana saiz, rekabentuk dan sistem penderia serta persenjataannya sudah tidak lagi relevan kepada ancaman hari ini dan mendatang.

KD KEDAH (171)

Pada permulaannya program tersebut dianggap oleh banyak pihak sebagai antara program yang bakal mempertingkatkan kemampuan teknologi maritim ketenteraan negara, khususnya kepada forma PSC-Naval Dockyard yang merupakan kontrak utama untuk kesemua kapal-kapal NGPV tersebut. Keseluruhan kontrak dianggarkan bernilai RM5.6 billion dengan wang pendahuluan sehingga 20% didahulukan oleh pihak Kerajaan, iaitu dalam jumlah RM1.07 billion. Kontrak juga berkehendak bahawa jaminan alat ganti dan komponen perlu wujud selama dua tahun pertama dari pihak Jerman. Selepas tempoh tersebut, komponen dan alat-ganti ini bakal dikeluarkan oleh PSC-Naval Dockyard sendiri di Lumut. Kontrak juga berkehendakkan bahawa komponen tempatan bagi membina kapal tersebut mestilah tidak kurang dari 30%. Dengan jumlah kontrak yang berbillion ringgit, PSC-Naval Dockyard yang berada dibawah penguasaan Amin Shah yang pernah satu ketika dahulu mendapat nama jolokan ‘Onasis Malaysia’ dilihat bakal meletakkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar kapal-kapal perang yang berteknologi moden. Seterusnya memenuhi aspirasi negara untuk tidak terlalu bergantung kepada pihak luar dalam melengkapkan diri bagi pertahanan dan kedaulatan kawasan maritimnya.


KD PAHANG (172)

Harapan ini walau bagaimanapun hampir berkecai apabila PSC-Naval Dockyard gagal memenuhi kontrak untuk membekalkan kapal-kapal NGPV sepertimana yang tertera pada perjanjian. Dua kapal pertama yang dibina di Jerman dan dihantar ke negara ini menggunakan kapal pengangkut khas telah dinama dan dilancarkan pada 2003 dan 2004, namun selepas dari pelancaran kedua kapal tersebut, proses penyerahannya kepada TLDM mula berhadapan dengan masalah. Ini termasuklah kegagalannya untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dari sudut teknikal dan operasi. Mengikut kontrak, kesemua kapal tersebut perlu dihantar sebelum bulan April 2007 dan penghantaran pertama perlu dilakukan pada bulan Mac 2004. Penalti akan dikenakan sebanyak 0.5% dari nilai kontrak bagi setiap bulan jika berlaku kelewatan penghantaran. Bagaimana pun, atas dasar membantu kontraktor tempatan , nilai maksimum penalti kerana gagal memenuhi tempoh syarat penghantaran itu dihadkan hanya kepasa RM53.5 juta. Hanya pada bulan Jun 2006, barulah penghantaran pertama dibuat dan bulan berikutnya untuk penghantaran kedua kapal tersebut kepada pihak TLDM. Namum begitu, terdapat 100 laporan kerja tidak lengkap pada kapal yang pertama dan 383 pada kapal yang kedua pada masa ianya diterima. Juga terdapat 298 aduan khusus mengenai operasi bagi kedua-dua kapal tersebut. Ini menjadikan kedua kapal tidak menepati syarat spesifikasi teknikal yang ditetapkan TLDM dan ianya tidak dapat beroperasi pada tahap maksima dan lebih membimbangkan ia mampu membahayakan keselamatan dan nyawa krew yang mengoperasikan kapal-kapal tersebut.


KD PERAK (173)

Pembinaan kapal-kapal berikutnya juga menghadapi pelbagai masalah. Pada pertengahan tahun 2007, satu laporan yang amat kritikal mengenai program tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam atau PAC. Jawatankuasa tersebut dibawah Datuk Shahrir Abdul Samad telah membuat kesimpulan bahawa program tersebut perlu dibatalkan segera kerana kelewatan dan kegagalan membekalkan kapal ronda generasi baru kepada TLDM bakal mempunyai kesan negatif kepada kemampuan TLDM untuk menjamin keselamatan kawasan maritim negara. Beliau dengan tegas menjelaskan bahawa kegagalan PSC-Naval Dockyard adalah ‘disebabkan sikap tamak pengurusan tertinggi syarikat tersebut’. Lebih mengecewakan pihak umum ialah didalam laporan menyebut, pada hujung tahun 2006, Kerajaan telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion kepada kontraktor walaupun kerja yang baru disiapkan cuma bernilai RM2.87 Billion. PAC ‘merumuskan bahawa projek penswastaan limbungan dan kapal NGPV untuk TLDM oleh syarikat PSC-Naval Dockyard gagal.’ Kegagalan ini seakan mempunyai kesan yang teruk kepada Amin Shah dengan satu persatu firma yang dikaitkan dengan beliau mula mengalami perubahan yang menyaksikan kepentingannya diketepikan. Ini termasuklah dalam firma-firma seperti PSCI, Actacorp Holdings Bhd, Helmed Setron (Halifac Capital Bhd) serta Bolton. PSC- Naval Dockyard telah diberikan pengurusan dan nama baru, iaitu Boustead Naval Shipyard.

KERJA SAMBILAN a.k.a PART TIME


+


yehaa!! horrey...
tahniah kepada diri kamoO sendiri Wan Salleh... hahah

EeeEeEeee.... geli-geleman kenapa la aku ni exited sangat nii. HaHh!! bertenang, rilex2x..... tarik nafas. huh..huhh.. OK2, cukup...

Entri kali ni Wan cite pasal kerja part time. Pernah tak korang dengar pasal kerja part time? tak pun korang sendiri yang buat keje part time tu? Especially buat korang2 yang dialam 'menuntut ilmu', tak kisah la masa tunggu result SPM ke, cuti sekolah@semester, tak pun cuti ujung2 minggu.

Dengar macam best je ek? kerja part time@kerja sambilan. Satu cara untuk tambah pendapatan dengan cara yang mudah & halal . Hahah.. sapa yang tak nak duit kan? apalagi bila cara nak dapatkan tu mudah, berduyun-duyun la yang nak kan? Sampailah timbul banyak tawaran kerja sambilan kat akhbar & internet yang belum tentu kesahihanya.

Wan pun tak terkecuali, sampaikan macam2 cara gak Wan dah try untuk benda yang bernama 'kerja sambilan' ni. Dari akhbar sampai la ke internet, punya la macam2 skill dieorang punya kerja part time, tak kurang juga yang ajar orang nak menipu orang. Adik-beradik TONTO la tu (stand for Tolong Orang Nak Tipu Orang) yang penah popular satu masa dulu.

Tapi kenapa entah minggu ni Wan agak bernasib baik. Sebab ari isnin lepas Wan ada buat 'walking interview' kat Mydin Dungun. Saja la kan, sambil temankan kawan Wan beli barang kat situ, Wan try la 'usha'2 akak yang duduk kat kaunter yang dibukak depan tu & last2 die suruh isi form.

Tak ada niat pun nak kerja, sebab awal sem aritu Wan dah dikecewakan dah. Masa tu punyalah semangat Wan nak cari kerja, try kat 2 kedai 7Eleven & 2 pump Petronas tapi dieorang nak pekerja tetap je. Sebab kalau kerja kat tempat camni dieorang bukak 24jam & Wan ingat boleh la Wan buat syif malam time ujung2 minggu.

Berbalik pada cite tadi, 3jam je lepas Wan isi form tu pihak Mydin call, bagitau yang Wan dah boleh mula kerja mulai khamis (semalam). Amboi!! cepatnya dieorang amik orang keje, cam desprate sangat jek. Wan pun terfikir "tak menyesal ke die amik aku keje ni??"Hahah....
Sebab sblum Wan isi form tu, Wan letak banyak syarat2 kat die bila Wan dah kerja nanti. Biasa la study first kan?

So.. pejam2 celik, pagi tadi Wan masuk kerja. Wan jaga section Supermarket(barang keperluan harian). Alhamdulillah kerja pun rilex, barang sampai dari stor Wan susun2 kat rak. Duduk dalam market tu pun tak perasan masa kejap je berlalu, sampaikan hujan kat luar petang tadi pun tak perasan. Taptuptap... dah nak buka puasa, heheh....

Actually, banyak benda baru yang Wan dapat kat situ. Tak abis kalo nak cite kat sini, Walaupun baru sehari Wan kat situ. Tapi daripada apa yang diberitau Mydin Dungun perlukan ramai lagi pekerja, especially part time. Masa Wan tanya HR.Dept pun dieorang cakap xde lagi student yang try buat part time cam Wan ni & dieorang pun suh recommand member2 kat campus yang nak buat part time kat situ.

Terkejut gak Wan, nape agaknye ek? malu? hmm, what da ashame.. no word 'malu' in my Oxford Pocket Dictionary. Ala, mula2 memang la ada sikit, tapi lepas 2-3 jam kat situ, Wan rasa Mydin tu dah jadi macam Wan punya lak, haha... Kalau xramai member memang la rasa kekok sikit tapi bila dah ramai mesti ok nyer siap leh bangga2 lagi, tul tak?? apa yang penting mesti ada 'seseorang' yang merintis ke arah jalan itu.

Wednesday, August 26, 2009

Kenali Kuih "Akok"



Haa... entri kali ni Wan kenalkan pada sejenis kuih@juadah yang popular di Pantai Timur terutamanya diTerengganu iaitu kuih Akok. Sebut betul2 pronounce, "Ak-kok" bunyi pun loghat pantai timur. Sempena bulan ramadhan ni ianya merupakan antara juadah yang mudah didapati di Bazar2 ramadhan di pantai timur ni.

Mungkin kuih akok ini suatu yang agak asing bagi mereka yang bukan berasal dari pantai timur. Masa Wan mula2 sampai sini dulu pun tengok sekali imbas rupa dia tak ubah macam kuih 'bingka' dan 'kuih bakar' yang biasa terdapat di Johor sebab ianya di bakar didalam acuan yang sama.

Cuma bezanya Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis. Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain. Kuih akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama sebab mengandungi santan. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur(bahan utama) diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut.

JOm kita Preview resepi & cara nak buat kuih ni.

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
70 gm tepung

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok. dalam oven 210 degree Celcius.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.

selamat mencuba

Din ku.....



"Kenapa Bayar Lebih, Belilah Pada Harga Borong"

macam penah dengar je? slogan apa ek....
Hah, kalau korang kuat shopping takkan la tak cam kot??
ni la slogan Pasaraya Mydin.

Kepada korang yang duduk kat Dungun ni mesti dah tak asing lagi dengan Mydin ni kan?2x.... Merupakan antara pasaraya popular yang namanya sentiasa meniti dibibir warga Dungun, cehh!! sehinggakan bila ditanya:

Dialog pertama
shopper 1:Kita nak shopping mana ni?
shopper 2: mana lagi, Mydin le.......
Dialog kedua
si ibu: Din!! tolong belikan ibu sebungkus garam
si anak: kedai Mak Jah tak bukak la ibu...
si ibu: la.. Mydin kan ada

bertepatan dengan entri kali ni jom kita usha2 pasal sejarah Mydin ni.

Pada tahun 1940-an, Mydin Mohamed memulakan perniagaan di Pulau Pinang sebagai peruncit dengan menjual barang dagangan. Pada 1945, beliau membuka kedai pertamanya di Jalan Tok Hakim, Kota Bahru, Kelantan dengan menjual barangan permainan & barangan runcit. Kota Bahru dipilih kerana kemasukan barangan dari Thailand, yang telah menyebabkan peniagaanya berkembang. Dengan bantuan anaknya, perniagaanya berkembang ke Kuala Terengganu yang menjadi cawangan keduanya.

Perniagaan Mydin berkembang selepas Dato' Haji Ameer Ali menyertai perniagaan keluarga ini pada 1986 apabila beliau membuka kedai barangan borong di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Sebelum menyertai perniagaan ini, Dato' Haji Ameer Ali merupakan peneraju sektor perbankan selama 10 tahun.

Apabila gedung Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd bertapak di Kuala Lumpur, gedung ini dikenali sebagai "pejabat urusan bagi cawangan Pantai Barat Semenanjung". Sebelum Mydin bertapak di Kuala Lumpur, gedungnya di Kota Bahru menjadi pusat pengedaran untuk barangan terutamanya dari peniaga muslim.

Pada Julai 1991, berikutan perkembangan dan pulangan yang memberangsangkan, perniagaannya bertukar dari pegangan berkumpulan kepada pegangan persendirian(Sdn Bhd). Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd diterajui oleh En.Mydin Mohamed sebagai pengerusi & semua empat anaknya dinamakan sebagai lembaga pengarah. Pada Februari 2000, syarikat ini bertukar nama kepada MYDIN Mohamed Holdings Berhad.

SUMBER: WIKIPEDIA

Sunday, August 23, 2009

Nak puasa dah.... (part2)



Selamat hari Ahad...
Selamat hari pertama berpuasa...
berapa banyak selamat daa...

Hari ni merupakan hari pertama puasa, agak exited gak. Walaupon rasanya suma nampak cam biasa. Cuma hari yang pertama-tama (mana blajo kata ganda camni??) ni dah mula rasa dugaanNya. Bayangkan time hari 1'st puasa & cuti camni dah ada Test. Dah la pagi tadi tak bangun sahur, padan muka!!...

Humm, but this ok cuma rasa payah sikit nak 'perah' otak all out sume yang Wan bace malam tadi. Test pun buat pukul 3.00 petang, time ni memang kesabaran & ketenangan akal fikiran amat dituntut. Sebab fikiran yang tertumpu diatas(otak) mudah untuk beralih tertumpu ke bawah iaitu perut yang sedang berkeroncong ini, hahah.... Mana tak nyer 2jam duduk dalam dewan, soalan dah siap jawab awal. Mula la kepala dah plenning, buka nanti nak cari juadah kat bazar mana, haha..

Abis test trOs grak ramai2 g bazar kat Bandar Dungun. 1'st thing yang Wan cari adalah kurma, pas2 pusing seluruh bazar tu baru la beli apa yang Wan nak makan tuk berbuka nanti. Actually, time puasa camni Wan lebih suka beli kuih-muih je sebab kalau beli makanan yang berat-berat karang nak terawih tak larat pulak. Dah habis terawih karang baru la melantak puas2, haha...

Time buka, hmm... cam biasa la every year mana bilik yang Wan duduk mesti jadi 'port' tuk berbuka puasa, sapa yang tak suka kan?(ceh, macam bilik die sorang je.. hehe) makanan tu jangan cakap la, kadang sampai sahur nanti baru abis.

Ok, sampai sini jela stakat ni. nak pegi sahur ni. JOMMM!!!

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA....



"Opah2!! cepat... dah tak sabar nak sembayang Tawarih ni"
"Haa, iye2.."
"Opah2, sembayang Tawarih tu apa?"
"Sembayang Tarawih tu........"

Potongan dialog diatas diambil daripada kisah Upin&Ipin. Kenapa Wan ambil dialog ni?? Saja. Sebenarnya esok dah nak puasa kan? so, malam ni dah mula la solat sunat tarawih.

Dibulan puasa ni merupakan peluang untuk umat islam menggandakan pahala dengan banyak melakukan ibadat sunat. Contoh terdekat adalah melakukan solat Tarawih.

Memang banyak dugaan untuk melakukan ibadat sunat ini, tambahan pula ianya ditunaikan beberapa jam selepas berbuka puasa. Waktu dimana orang yang berpuasa sedang kekenyangan yang pastinya menimbulkan rasa malas & mengatuk. Oleh, sebab itulah, kita digalakan untuk mencontohi sunah rasullulah dengan berbuka sekadar beberapa biji kurma dan air kosong sahaja.

Wan juga tak melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat ini secara berjemaah di Surau Gemia. Walaupun masih kepenatan balik dari Air Terjun Sekayu maghrib tadi, Wan anggap dugaan seperti Wan berpuasa diesok hari. Alhamdulilah, sambutan begitu menggalakan. Ramai dikalangan penghuni Gemia bersama-sama menunaikan ibadah Tarawih berjamaah kali ini. Semoga keadaan seperti ini berkekalan sehingga hujung Ramadhan.



Akhir kata daripada Wan, Salam Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Rebutlah Sebanyak Mungkin Pahala Dibulan Mulia Ini........

Friday, August 21, 2009

Air Terjun Satu Kayu (Sekayu laa...)



YahoO!! akhirnya tertunai gak cita-cita Wan & Geng 'Control Room' untuk mandi kat air terjun. Sebenanya dah lama plenning nak pegi tapi last minute mesti cancel. So, memandangkan esok dah mula puasa, nak tak nak cuti arini mesti pegi gak.

Mula2 plenning nak konvoi naik moto, tapi memandangkan sorang dari member Wan ni ada kereta. Hmm, mesti la nak naik kereta kan? So, satria JEL 9943 ni la jadi mangsa, kena bawak 6 orang. Memang bersesak-sesak, macam sardin. Trip kali ni disertai oleh Jusa, Fahmi, Eddie, Fizi, Che Din & Wan.



Ondaway dalam keta, masing2 sambung membuta sebab kena gerak awal pagi. 45 minit perjalanan akhirnya sampai kat Hutan Lipur Sekayu. Jam pukul 10 dah ramai orang kat sini, yela hari jumaat cuti hujung minggu kat sini kan? Sebenarnya ni kali kedua Wan sampai kat sini, 1'st dulu masa part 3 sebab ada kem Jati Diri kat sini.



Sampai je terus bergambar. Eii, apa la budak2 ni. Walaubagaimanapun disebabkan Wan dah join dieorang, so Wan pun ada la dalam gambar tu, walaupun Wan ni 'tak suka' bergambar, hahah...



Pas2 angkut barang2, masuk dalam usha2 port baik. Cari jeram yang dalam, air terjun yang deras & tinggi dan yang paling penting tak ada orang datang lagi kat situ. Memang payah nak memenuhi kreteria2 yang Wan idam-idamkan ni... Chehhh. Pencarian akhirnya berhasil walaupun hampir 2 jam terpaksa pindah dari satu jeram ke jeram yang lain.

Memang best la jeram yang satu ni, sebab tersorok sikit dari orang ramai. Apa lagi masing2 terus tukar baju & TERJUNNN!!!



Huh.. memang kaw la wa cakap lu, air die sejuk gile.


apa kena si Fahmi ni tunduk semacam je...

Tapi mandi2 jgak, haa.... jangan lupa hari ni hari jumaat. Tak lupa, ibadat mesti diutamakan, betul tak? Pukul 1.00 tu semua naik ganti baju pegi Sembayang Jumaat kat Masjid Sekayu. Abis sembayang sambung lagi mandi sampai kecut, hehe...



Sebelah petang orang dah mula kurang. Yess!! ni la peluang nak teroka kawasan air terjun ni, ya bebeh.... Kiteorg pun naik ke level paling atas. Huh.. kat situ lagi best, air warna hijau je.. batu kat tebing tu pun dah macam platform untuk terjun.



Jam pukul 5.00 tempat ni dah sunyi semacam je. Kiteorg pun siap2 tuk balik, tapi ondaway balik tu hujan lebat mencurah-curah. Nasib baik la naik kereta kan? kalau naik moto abis la.

Ok setakat ni catatan perjalanan Wan ke Air Terjun Sekayu. Try le datang sini, memang tak rugi.

Raihan - Harapan Ramadhan




Raihan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Esok Puasa????!


"Dengan ini saya penyimpan mohor besar raja-raja mengistiharkan....."

Hmm, kalau kecik-kecik dulu memang pengumuman camni la yang Wan sekeluarga tunggu2. Cambest lak dengar 'style' ayat pengumuman yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ni. hehe....

Actually, malam tadi pOn Wan tak lepaskan peluang nak dengar pengumuman ni kat Berita Utama TV3. Dengan ini, comfrm la bahawa puasa jatuh pada lusa iaitu 22 Ogos 2009(Sabtu).

Oleh itu, yang boleh puasa jangan tak puasa pulak lah yee.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...