Tuesday, September 29, 2009

Diabetis?? takutnyer....



Baru-baru nih Wan dapat tau yang ayah Wan kena kencing manis. Masa Wan ikut check darah aritu, paras gula dalam darah ayah cecah 23mmol/L, tinggi tu. Biasa normal 4-6mmol/L jek. Waa, risaunya Wan sebab kalau ikut sejarah keluarga, Atuk&nenek belah ayah Wan tak pernah ada penyakit nih. Tapi sebaliknya sekarang hampir kesemua pakcik&makcik Wan kena penyakit nih.

Termasuklah ayah Wan yang merupakan 'mangsa' terakhir dalam adik beradiknya sebab ayah Wan ni anak bongsu dalam adik-beradik. Maknanye, kalo Atuk@nenek Wan tak pernah kena but anak2nye bleh kena, apalagi Wan kan??
So, sini Wan nak kongsikan sikit pasal Penyakit No.1 diMalaysia nih....

Diabetis ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang senus. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan  dalam  pangkreas.  la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan. Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Jenis Diabetis

Ada 2 jenis utama diabetis iaitu:  

Jenis I atau Diabetis Yang Bergantung Pada Insulin

* Selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
* Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
* Disebabkan kekurangan insulin.
* Biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.  

Jenis II atau Diabetis yang Tidak Bergantung Pada Insulin

* Selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
* Biasanya boleh dikawal dengan hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
* Disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
* Biasanya mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.  

Faktor Risiko Diabetis

Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. Faktor risiko diabetis ialah:
* Kegemukan
* Kurang aktiviti fizikal seperti senaman
* Faktor pemakanan seperti - Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan - Pengambilan serat yang tidak mencukupi - Kurang zat makanan di peringkat awal umur - Kelahiran yang tidak cukup berat
* Sejarah keluarga yang menghidap diabetis
* Umur
* Kumpulan etnik  

Gejala Diabetis

* Kerap dahaga
* Kerap kencing
* Susut berat badan walaupun berselera makan
* Terasa letih atau lesu
* Luka dan cedera yang lambat sembuh
* Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan  

Komplikasi Diabetis

Diabetis yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Komplikasi diabetis yang biasa adalah:
* Penyakit buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan
* Koma atau tidak sedarkan din
* Stroke/angin ahmar
* Penyakit saraf
* 'Gangrene' atau tisu mati  

Pencegahan Diabetis

Diabetis, terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan:
* Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki 'Body Mass Indeks' (BMI) antara 20 - kurang dari 25 BMI =      Berat (Kg)                                 Tinggi (m) X Tinggi (m)
* Makan pelbagai jenis makanan.
* Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
* Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
* Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
* Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
* Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali.  

Bolehkah Diabetis Disembuh?

Diabetis tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetis, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;
* Ubat.
* Pemakanan sihat.
* Penjagaan berat badan.
* Bersenam selalu.
* Elakkan jangkitan.

SUMBER : http://papisma.org/panduankesihatan/?p=11=1

Monday, September 28, 2009

RAYE?? I M BECK....


Waa.. akhirnya Wan sampai semula kat kampus setelah seminggu bercuti raya dirumah. Walau pOn tak puas lagi, redha jela... nak wat cane. Tu pOn nasib baik dapat balik sini, walaupon tak dapat tiket.
Semalam Wan tumpang Fizi balik naik Satria die dari JB, sekali dia & Ijan. Dah amik Wan beraya la skali kan?? 6jam perjalanan, jem gak jalan time kat Kuantan masa tuh.


Waa.. sampai gak akhirnye...
Cuti raya ni Wan langsung tak dapat Online apa lagi nak update blog nih. Banyak benda yang berlaku sepanjang seminggu Wan Cuti raya kat rumah, Wan nak summerize&kongsikan kat sini.

Balik Kampung:

Ramai sungguh yang nak balik malam tu....
- part ni yang agak kucar-kacir sikit, awal2 lagi dah serabut. Bukan apa, Wan salah tengok tiket masa tu. Wan ingatkan balik malam nih... rupa2nya malam esok, huhu...gitu la citenya. Itu la, lain kali check betul tiket tu sebelum nak balik. Exiceted sangat nak balik, huhu...

tapi last2 tinggal Wan & budak Keluang ni je yang tinggal jam 1pagi

ujan sepanjang perjalanan....
- Waktu baliknya malam esoknya pulak, Bas Wan, Bas Cepat Express merupakan antara bas terakhir malam tuh, 12.15 pagi. Kalau terakhir je takpe, pastu tambah lambat lagi sejam, last2 jadi la bas tu sampai 1.15 pagi. Dah la Wan sorang2 kat situ, risau kalo2 bas tu terlupa nak berenti ke, memang tak balik beraya la jawabnya. Lastly, Kul 9.30pagi Wan sampai, direct sampai depan kampung.

Preparation:

banner ditengah2 pasar Parit Raja

Persimpangan P.Raja lengang jam 3pagi
- Raya taun ni, persiapan ala kadar jek. Baju raya pOn Wan cari last minit, beli masa malam raya kat Parit Raja. First time Wan stay kat sana sepanjang pagi raya, dari kul 1-4pagi. So, dapatlah Wan tengok situasi sebenar lelong-melelong dipagi raya, waktu ni lah yang paling sesuai untuk berbelanja, hehe...

Kue raye murah2... lelong2

beli2 jangan tak beli... 2 pasang Rm80

murah2 bang!! nak cuba dulu pOn boleh, borong4x.... 
(MERCUN & BUNGA API)

- Kebanyakan biskut, kuih raya & mercun jatuh harga 50%, pakaian sehingga 40%. Part yang paling best mercun lee... dah la murah pastu siap bleh test lagi sebelum beli. Tak sangka pulak Wan, pagi tu sebesar2 bapak mercun keluar, siap display berlonggok2 atas meja. Ada la dalam 5@6 gerai, macam kat Parit Raja nih xde Polis lagaknya. KLCC, Merdeka, tu jela nama2 bunga api yang Wan tau, yang lain ape ntah nama die.

Marhaban:

Marhaban kat rumah ketua kampung...

 di salah sebuah rumah penduduk

- Menjadi adat&kemestian bagi masyarakat JOHOR dibulan Syawal nih. Aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah penduduk kampung. Biasanya dipanggil sebagai "Bara'an" oleh masyarakat Jawa, begitu juga dikampung Wan.
- Biasanya diadakan pada awal bulan Syawal, depend pada kampung. Kalau kampung Wan, Kampung Parit Tengah biasa dibuat pada raya ke-2 & memakan masa sehari sahaja. tapi ada juga kampung yang buat seawal raya pertama, selepas solat sunat Aidilfitri.
- Secara keseluruhanya, bagi Kampung Wan yang berkapasiti 300+/- rumah. Marhaban dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 'qariah Darat'(hulu-kaw Wan),'qariah beteng'(tengah) & 'qariah laut'(hilir). Itu baru marhaban lelaki, marhaban perempuan & marhaban qariah surau pula menyusul selepas raya ke-5. Bagi kami masyarakat Johor, tradisi inilah yang memeriahkan lagi sambutan Syawal. PROUD OF IT:)

Beraya:

Beraya kat Kulai, rumah nenek belah mak


Ziarah pusara nenek belah ayah

- Takleh miss.. raya, mestilah beraya. Pagi raya lepas sembahyang, terus 'berkonvoi' gerak pergi beraya dirumah nenek kat Kampung Ayer Manis, Kulai. Sampai sana, ramai sanak-saudara menunggu & terus 'berkonvoi' ke rumah saudara-mara terdekat disana. Last2, petang baru habis & gerak balik.


Beraya paling jauh woO....
- Raya ke-2 marhaban, raya ke-3 tak leh kemana sebab ramai sangat saudara-mara datang beraya. Raya ke-4 beraya ke rumah kawan2 sekampus seperti yang dirancangkan sebelum nih. Bermula seawal 8.00pagi Wan gerak ke rumah Eddie diParit Sulong. Kemudian berdua gerak ke rumah Hakiem di Sg.Mati, Muar & terus ke rumah Farah di Melaka. Di Melaka, Syafiq & Nazri dari Bkt.Senjata, Segamat dah sejam menunggu dirumah Farah. Dari Melaka, kami bertujuh(+ adik Farah) 'berkonvoi' ke rumah Fiza di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Merupakan pengalaman beraya paling jauh penah Wan pergi dalam masa sehari. Kul 9.00malam baru sampai rumah, penat weh.

Aktiviti:


beshnyer jadik budak2, hehe....
- Bila raya, conform mercun&bunga api tak miss. Sampaikan kalo takde tu, rase macam tak best jek raya. Tapi beberapa taun kebelakangan nih Wan lebih suka beli dari main, huhu.... bagi kat adik2 suruh dieorang main(apalah punya abang... don't be like this yaa, hehe...), sebab Wan rasa mercun sekarang macam dah tak best. Tak 'KAW' macam dulu, tak tau la sebab kualiti mercun tu dah turun ataupun Wan sendiri yang dah beso(dah lali & tak heran)
- Tapi Wan masih setia kepada yang lebih tradisional&adventure iaitu.... jeng3x.. MERIAM TANAH, hahaha....kaw beb, ada bran????

bahan mentah, jeng3x....


hasilnyer....
 huhu.. gambo tak bape jelas la..
- BBQ... hmmm, interesting. Malam raya Ke-4 lepas balik beraya kat K.Pilah, Wan terus buat BBQ tuk famili pulak, walaupun penat lagik, huh... Tak kisah la, kalo tak bila lagi. Lagipun malam tu takde tetamu. Sejak raya pertama memamg pack sangat, baru malam nih la yang sempat. Malam tu, 2 ekor ayam, hotdog & daging berjaya di'settle'kan, huhu...

Ok stakat ni jek dulu... babai

Thursday, September 17, 2009

AKU & WARGA TUA

Tengah Wan dok surf ni tadi, Wan terbaca satu artikel nih yang pada Wan agak menyentuh hati. Seteguh-teguh hati Wan, tergugat juga rasanya bila baca kisah yang melibatkan warga tua macam nih. Mari kita ikut @ renungi bersama........

LULUH HATI IBU
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

-TAMAT-
----------------------------
Anak jenis apa agaknya yang sanggup buat camni kat warga tua yang merupakan ibunya sendiri.Tiga perenggan pertama artikel ini pun dah cukup untuk membuatkan mata Wan bergenangan dengan air mata. isk..iskk.. gembeng la ko ni Wan. Tu la pasal, tapi memang Wan agak tersentuh bila lihat warga2 tua lebih2 lagi yang berumur lanjut & kurang upaya melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan bersesuaian dengan keadaan & kudrat mereka.


Sedih mengenangkan semula detik2 bersama arwah nenek Wan masa kecik2 dulu. Dialah yang sama2 tinggal serumah menjaga Wan dari kecil sampailah meninggal dunia pada ketika Wan berusia 15tahun. Masih lagi Wan ingat & terngiang-ngiang di minda pesanan dan nasihat ber'loghat' jawa yang diberikan selama bersamanya dulu. Kenangan bersama-sama memetik buah kopi dikebun belakang rumah. 


Sebak..... itu saja yang boleh Wan gambarkan. Semoga rohnya aman & tenteram di'sana'. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, ziarahilah pusara mereka yang sudah tiada. Dan yang paling penting...... Sayangilah 'mereka' yang masih ada disisi anda.......



 wajah-wajah sepi yang meruntun jiwa ku.....(sekadar hiasan)

Wednesday, September 16, 2009

Geng2 'KEPALA' KIMIA...

Iyahhh!!... nampaknya geng 'kepala' kimia semakin 'besar kepala'. Organisasi pOn makin mantap & hope dapat buat lagi banyak aktiviti lepas raya nih. Nantikan aktiviti Oliday raye nih, convoi beraya dari Batu Pahat ke Kuala Pilah. Bersedia di check point masing2 pada raye ke-4, okey!!.


Gambor kenang-kenangan ahli "CONTROL ROOM"....
DENGAN INI WAN MEWAKILI SELURUH GENG "CONTROL ROOM" MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, September 15, 2009

PENANGAN LAGU RAYA(part 2)



Waduh2!!...
Betul ke ni, kolej Gemia pulak dah kena 'Demam' Raya... waaa
Masuk hari ni, dah 2 hari Opis Gemia memekak dok pasang lagu Raya kat Speaker. Abis satu kolej berkumandang dengan macam2 jenis lagu raya. Oh, tidakkkk.... hari2 terpaksa la dengar lagu raya dari playlist yang sama jek plak tu, opis hour dari kul 8pg sampailah kul 4ptg.

(p/s: En Syam dah tak sabO ke nak balik beraya kat Pontian tuh... hehe)

Mercun?? Biliku di'ambush' Pak Guard...!!!


Tengah dok syok2 discuss pasal persent esok kat bilik Zul nun Gemia 2 sana. Tetiba roomate Wan bagitau yang bilik baru je kena 'spotcheck' dengan Pak Guard. Yang peliknya, katanya cuma bilik ni je yang kena.

Abis almari, bawah tilam & atas syiling kena geledah. Macam la bilik ni ada 'tokan' mercun, padahal main pun tak. Mybe bilik ni paling dekat dengan 'port' strategi nak 'launch' mercun roket bila jadinya perang antara blok. Nasib baiklah malam tu takde yang simpan stok mercun kat bilik.
 
mesra la sangat....

Malam ni aman la sikit, tak macam 2-3 hari lepas sebab malam ni Wan nampak setiap blok ada Pak Guard yang jaga. Tak penah2 sampai macam ni. Ni semua gara2 2-3 hari lepas yang jadinya perang antara blok, dah macam tak terkawal dah. Dengan yang main mercunya, yang terpekik-melolongnya. Ditambah lagi dengan 'Alarm' kereta & moto yang 'terkejut' dengan letup2 mercun tuh, memang hiruk-pikuk.

Last2, 'perang' stop bila AJK surau mainkan ayat Al-Quran melalui pembesar suara diseluruh blok. Setakat ni, tu jela cara terbaik nak stopkan dieorang ni, nak harapkan Pak Guard pun time Pak Guard takde dieorang main lagi.


live 13 September 2009 lalu...

Monday, September 14, 2009

Petronas Penapisan(T) Sdn.Bhd

"Kami (Badrul, Redzuan, En Muhammad & Zulkarnain)
'rakan sekerja' di'perantuan' 
mengucapkan Salam Syawal kepada 
rakan2&keluarga di'tanah air"....
Korang jangan la salah anggap, sebenarnya gambo kat atas ni yang Wan baru uploadkan kat 'Facebook', 'Friendster' & 'Tagged' tu adalah gambar kenangan grup Wan bersama En. Muhammad b.Bahar yang assist grup Wan sepanjang industrial visit khamis lepas. Gambar ni diambil di pejabat beliau pada hujung sesi lawatan.

Lawatan yang dibuat pada hari Khamis (10 Sept 2009) ni adalah untuk memenuhi prasyarat bagi kursus Process Plant & Maintenance(CHE 324). Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada Wan tentang dunia sebenar Industri Pemprosesan PetroKimia.

Selain daripada tu, Wan juga belajar camne nak buat 'deal' @ 'appoinment' before buat sesuatu visit. Sebab untuk visit ni sahaja, lebih kurang 6 company yang Wan dah contact termasuk PETRONAS PENAPISAN (T) SDN.BHD nih.


Tujuan utama grup Wan ke sini adalah untuk melihat sendiri operasi MENARA PENYEJUK ataupun COOLING TOWER pada skala industri seperti di Loji Pemprosesan Petronas ini. Loji ini memilih untuk menggunakan cooling tower jenis 'INDUCED DRAFT', yang mana ciri utamanya mempunyai kipas utama diatas menara. Sepanjang lawatan juga Wan berpeluang untuk memasuki ruang dalaman menara & naik ke bahagia atas menara.

 
Macam biasa la bila kat Plant nih die punya sekuriti and safety is number one. Sebelum masuk tu memang kena amik 'passcard', tu baru nak masuk admin area. Bila nak masuk Plant plak kena pakai overall (yang warne kuning tu), safety boot, hard hat, eye glass & ear bud. 
 
Kamera & henset pun tak bleh bawak masuk. Ini yang jadi masalah kat grup Wan sebab gambar ni kena ada sebagai bahan masa presentation nanti. So, seboleh-bolehnya Wan nak amik gambar, sampaikan pihak plant terpaksa call pihak Headquarters kat Kuala Lumpur untuk approve. Last2, Wan dapat kebenaran tapi dengan SYARAT hanya menggunakan kamera company. Pada Wan itu pun jadi la, berhasil gak usaha Wan force dieorang walaupun segan. Tapi nak belajar apa yang nak disegankan kan? kalo tak sia2 la lawatan Wan ni.

Wawawa.... dan sampailah ke malam ni skarang, Wan nak wat slide Presentation tuk esok. Ape ek nak letak?? Doakan Presentation Wan esok berjalan dengan lancar. Ok, babai....

Sunday, September 13, 2009

11 SEPTEMBER??!

Baru Wan teringat, dua ari lepas 11 Sept kan?
ingatkah anda pada tragedi 11 Sept???
tragedi keganasan terburuk dalam era dunia moden alaf baru yang berlaku pada 11 September 2001.

 
sebelum kejadian
detik2 runtuhnya WTC
kronologi serangan...

Untuk pengetahuan korang, serangan 11 September 2001 ialah empat siri serangan pengganas yang berlaku selang beberapa minit setiap satu. Pengganas berkenaan telah mengambil alih empat pesawat dan melanggar tiga bangunan di Amerika Syarikat.
  1. American Airlines Penerbangan 11, melanggar menara World Trade Center utara
  2. United Airlines Penerbangan 175, melanggar menara World Trade Center selatan
  3. American Airlines Penerbangan 77, melanggar Pentagon.
  4. United Airlines Penerbangan 93, menjunam ke tanah.
 
  
perspektif berbeza...
Kesemua penumpang dari keempat-empat pesawat terkorban. Manakala ribuan nyawa di World Trade Center (WTC) dan Pentagon terkorban. Jumlah keseluruhan sekitar 3000 orang terkorban dalam tragedi berkenaan. Kedua-dua menara World Trade Center musnah sama sekali. Menurut beberapa sumber, tragedi ini merupakan serangan terbesar oleh bukan Amerika kepada Amerika Syarikat sejak 1814.

 
keadaan WTC selepas serangan 

AKHIRNYA!!!!....

hanya menunjukan ekspresi kegembiraan

Assalamualaikum semua.....
sebelum tu say 'yesss' & shout 'yahoo'@'horrey' atas keberfungsian semula blog Wan nih, hehe...
gumbiranya saya....

sebab dah dekat tiga ari tak post sumthing rase cam rugi plak...
lepas puas 'mengodek'2 blogger ni akhirnya settle gak masalah Wan yang sebelum ni ruangan New Post 'meragam' taknak keluarkan dia punya task bar kat atas tuh. So, tak leh la nak upload&masukan gambo dalam post serta takleh nak format teks.

thanks to myself.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...