Friday, October 30, 2009

JAWATAN KOSONG .... min SPM



KELAYAKAN :

1. SPM / SPMV / STAM

2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG)

3. BERUMUR 21-35 TAHUN SEMASA MEMOHON

4. SIHAT TUBUH BADAN

KELEBIHAN :

1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas
9. Peluang ke luar negara



Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 15 NOVEMBER 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.







Jawatan:

1. Cawangan Malaysia:

  • CicakMan(terbaru)
  • BioNik
  • KluangMan
2. Cawangan Luar Negara (U.S.A):
  • Spiderman
  • IronMan
  • Power Rangers
  • WonderWomen(wanita shj)

3. Cawangan Luar Negara (Jepun):

  • Kamen Riders
  • Ultraman
  • Sailormoon (wanita shj)

AKU poN TERKeNA, ilanG TRos Tensen study .......

Tuesday, October 27, 2009

Terima KasihHH!!!...


Sempena final exam UiTM yang akan bermula esok, 28 Okt. Wan offer kepada semua student kampus Dungun especially kawasan kolej kediaman Gemia yang akan mengambil exam.

Perkhidmatan print slip exam "PERCUMA".... ya! PERCUMA....

kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang ke Kolej Gemia 1/324...
sebagai menghargai sokongan anda terhadap Ws printing servis.

Wan mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua student UiTM bagi Final Exam kali nie.....

Camne nk buat 'banner' sendiri ek???


'tag' khas yang Wan design tuk follower blog Wan... cool

Kadang-kadang masa Wan 'blog walking' ke blog member2, sesetengah tu Wan tengok blog dieorang siap ade pakai banner yang bergerak-gerak lagi(animation lah tuh..). Maka, Wan pon tertanya-tanya sendiri, camne nak buat banner camtu ek?

Puas Wan cari, merata Wan selongkar & last2 jumpa gak, hehe.. Rupanye mudah je, lebih-lebih lagi bila design sendiri banner tu kat www.mybannermaker.com . Semudah A... B... C, hehe... follow je step kat website tu cam korang nak custom layout friendster@blogger.

Selamat mencuba....

FaceboOk??... sudeh laa..

mungkin pada hakikatnya,
berat untuk ku meninggalkan mu......
tapi apakan daya ku,
aku hanya insan kerdil yang lemah....
mudah leka dan alpa....
hanyut dibuai arus kemodenan dunia...
namun ku harus bangkit,
demi mengejar cita-cita...

Selamat Tinggal FACEBOOK ku!!......
Tepuk2...tepuk sikitt. FewittTT.... cayalah, hhahhHA
Tak pernah-pernah Wan 'bermadah' dalam blog Wan nih, tapi entah kenapa tiba-tiba buang tebiat pulak petang nih. Bila baca-baca balik sedap pulak tuh, hahahH...

Sebenarnya bukan apa, mulai dari semalam Wan telah membuat keputusan yang sukar iaitu nekad untuk 'stop' dari bukak facebook nih, huhu...
Dah lama sebenarnya plan nak buat macam ni, tapi hati selalu kata, 'nanti dulu lah Wan, final lama lagi!', 'kawan kO tengah ramai Wan, rugilah!' dan bla..bal... macam-macam lagi hasutan.

Pada Wan memang betul Facebook ni agak melalaikan, pada pendapat Wan jela. Walaupun sebenarnya depend pada individu yang menggunakannya. Sebab biasanya kalau Wan dah log in, rasanya terlalu banyak 'bahan' menarik didalamnya & sapa2 yg pernah ada facebook tu fahamlah kan??Lagi satu, sapa2 yang belum baca entri Wan yang sebelum ni pasal facebook boleh la baca(klik link) di ruangan entri bertajuk 'ARE U aDDICTeD To FaCebOoK????'.

Sebenarnya Wan bukan nak 'condemn' Facebook nih, adat la kan?pada usia remaja kita memang lebih tertarik untuk bersosial, cuma pandai-pandailah membahagi masa. Ini pun Wan just nak kongsikan apa yang dirasa & dedahankan something, mybe interesting, yang dah pengaruh keputusan Wan nih.

Tapi jangan risau, kepada rakan2 facebook kat luar tuh Wan akan 'aktif' semula berfacebook lepas abis paper final exam Wan pada 15 Nov nanti. Okey...:)

Thursday, October 22, 2009

ASBENTA IN MEMORY

Group study pada malam SPM...
Selamat petang semua... HohOoo, bosannya petang nih. Sehari takde kelas, cuma ada test jek pagi tadi. Hmm, tengah Wan dok bOring-boring tadi tiba-tiba pulak teringin nak bukak album gambar 'kenangan silam'. 'Berhabuk' dah gambo zaman muda-muda dulu, lama tak bukak folder album nih.
berkumpul tengok tv ramai2... seronoknyer
Masa tengah dok 'selongkar' folder nih, Wan jumpa dengan gambar-gambar Wan masa zaman duk asrama sekolah menengah dulu. Maka secara Otomatiknya, fikiran Wan terus flashback ke zaman itu(cehh..)
kenangan bersama ahli selaku ketua dorm A (al-batani)2005...
Kalau ikutkan dulu, lama gak Wan duk hostel ASBENTA, iaitu singkatan kepada Asrama Bentara, SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat. Banyak kisah suka duka yang Wan lalui sepanjang 5 tahun duduk kat sini. Ada yang pahit, ada yang manis, yg masam pOn adalah sikit-sikit, huhuh...gurau jek.

Al-kisahnya dulu Wan dapat offer ke sekolah nih sebab Wan terpilih untuk belajar di Sekolah Menengah Rancangan Khas atau feymes masa tu disebut sebagai kelas 'RK'. Masa tu cuma sekolah-sekolah kawasan bandar je yang ada RK. So, Wan yang berasal dari luar bandar kena la 'berhijrah' ke bandar, demi menuntut ilmu(cehh...).

Tak macam sekarang berlambak dah ada RK termasuk kat kawasan luar bandar, melepas la peluang adik-adik kita kat luar tu nak merasa duk hostel. So, belajar la pandai-pandai & terus masuk ke MRSM@Sekolah Sains yang lagi tinggi reputasi.
malam mesra ASBENTA... kecik2 lagi korang ek, huhu
Tu belum cerita pasal duk asrama lagi. Teringat dulu masa jadi junior, Wan pon tak ada sejarah keluarga yang pernah duk asrama sebab Wan ni anak sulong. So, pesan mak&ayah la Wan jadikan panduan untuk terus 'survive' dalam asrama. Persepsi Wan terhadap asrama masa tu, 'asrama ni tempat yang membosankan', 'asrama tempat pemangsa&mangsa buli' dan bla..bla...

Tapi ni semua berubah bila Wan dapat ikut 'flow' untuk menjadi penghuni asrama yang sejati, hehe.... Kalo hujung minggu tu dapat la merasa keluar pegi 'outing' kat bandar, biasanya destinasi yang dituju adalah Stesen Bas, Summit Parade & Wira Court. Biasanya tuk cari stok makanan & keperluan lain tak pOn just hangging 'cuci mata', huhu..
barisan AJK ASBENTA 2005
Sepanjang 5 tahun Wan duk asrama, Wan pernah berada dibawah jagaan Warden En. Khatam & En Khairul pada 2 tahun pertama. Masa ni Wan baru form1&2, memang garang warden masa ni. Bakinya dibawah jagaan En Azuhan, Ustz Zafri & En Husin. Masa berlakunya pertukaran warden, terdapat sedikit masalah & masa tu hampir 1/2 tahun asrama takde warden. So, jadi la kucar-kacir sikit.

Buli??alhamdulilah... pada kaca-mata Wan sendiri tak ada la kes buli, ada pun cuma gurau-gurau jek. Nasihat Wan, 'kunci' nak elak buli adalah bertolak-ansur. Betul! jangan sesekali jadi 'keras kepala', tak kira samada belah junior@senior. Sebab ni la kadang2 punca jadinya gaduh kat kebanyakan asrama masa tu, contohnya cam kat SM Teknik tu.
'cekeding' lagi aku masa nih, hahah....klako(bagOs la tu ketawakan diri sendiri)
Dalam asrama pulak, makan tak perlulah risau 5kali sehari(break1'st, lunch, tea time, dine & supper) dengan yuran hanya RM1 sehari. Memang la gemuk camni, tapi cuma Wan ni je yang tak gemuk-gemuk, still 'cekeding' huhu...

Haa.. kalau nak tau asrama Wan ni selalu putus bekalan air bila tekanan air rendah, sebab asrama Wan ni kat atas bukit. Bila takde air mula la masing-masing melilau cari air kat seluruh kawasan sekolah. Sambil bawak baldi, gayung berebut-rebut mandi kat surau, dewan & bilik air guru pon redah jek, huhu..

Asrama a.k.a 'fly' memang tak boleh dipisahkan, macam asam garam dah. Tak kira samada siang atau pun malam, kedua-duanya Wan penah rasa. Wan tak pernah tertangkap, tapi pernah dihukum. Ni la sifat manusia, yang ditegah tula yg nak dibuat. Akibatnya adik-adik, abang Wan ni pernah dihukum 'gantung' asrama selama seminggu. Seksa berulang dari Rengit ke Batu Pahat naik moto selama seminggu, tu la nakal lagi, padan muka kat diri sendiri. Ceritanya, malam tu Wan & member2 pegi Cyber Cafe kat belakang sekolah. Kebetulan malam tu ada buat 'rocall' mengejut, ahh.. sudah. Cek-cek nama takde, yang seterunya paham-paham la ye, hehe...

Kepada adik-adik yang masih belajar@duk kat asrama tu gunakanlah peluang yang diberikan sebaik-baiknya. Jangan main banyak sangat tau, belajar betul-betul ingat pesan mak ayah. Ececeh, pandai nasihatkan orang Wan nih, huhu.

Haa.. Ok memandangkan sekarang ni tengah musim peperiksaan Wan nak wish gud luck kepada rakan-rakan & pembaca blog ni(yg amik exam lah..). Juga kepada semua student yg amik exam PMR, SPM & STPM especially student SMK DATO' BENTARA LUAR.

Wednesday, October 21, 2009

Windows Seven Dijual Esok

Ehem..ehem.. kepada korang yang kaki komputer & update kepada ICT mesti dah tau kan yang esok (22 Okt 2009) Operating Sistem baru, Windows Seven akan mula dijual kepada umum.
appearance desktop Wan... cun tak???
Hehe.. tapi bagi Wan yang dah hampir setahun pakai Windows Seven(trial version yg dah diupgrade) nih, tak perlulah risau@pening kepala nak korek duit untuk merasai pengalaman pakai OS ni yang diuar-uarkan lebih baik daripada versi sebelumnya, iaitu Windows Vista.

Cuma apa yang Wan tunggu-tunggu adalah 'nama komersial' bagi OS baru nih. Kalau versi-versi yang sebelumnya, nama bagi Windows 6(Vista), Windows 5(XP), Windows 4(2000) and so on(lupe2, hehe).Ura-ura sebelum ni ada menyatakan bahawa nama bagi Windows Seven adalah 'Vienna', tapi apa-apa pun kita tungguU....
Harga juga menjadi tanda tanya, sebab pada Wan harga Windows Visat pOn still mahal lagi. Apa lagi harga untuk Windows Seven yang lebih baru dan prestasi yang jauh lebih baik daripada Windows Vista.
Melalui pengalaman Wan yang hampir setahun menggunakan Windows Seven nih, ternyata Seven lebih 'ringan' daripada Vista. Sehingga dapat digunakan dengan lancar pada komputer yang mempunyai Memori Capaian Rawak (RAM) DDR2 bawah 1GB(756MB), walaupun menggunakan effect 'appearance' terbaik. Ruang yang digunakan bagi 'Partition C'(System) pula lebih kecil. Contohnya, jika vista menggunakan 12GB, seven hanya memerlukan 7GB.

(p/s: tapi Win XP still OS terbaik&paling berjaya walaupon, 'kureng' dari segi visual)

Selamat mencuba....

Tuesday, October 20, 2009

Tertekan Ditekan Tekanan yang Menekan



Fuhh!! caya la Wan, sOdap btOi tajOk entri ko kali nie... apa tekan-tekan nih, tau la ibu jari besoO. Ko nak main tekan-tekan lak... hohOOHoOi Wan, ape la merepek malam-malam buta gini.

Inilah akibatnya kalO 'ovERdose' study. So, as a cOnclusion study la berpada-pada. Udah2, kita terOs masuk ke entri malam nih pasal 'tekan'. Sebenanya, Wan dalam 'mood' tertekan skarang nih.Bertimbun-timbun lab report nak kena submit b4 final yang apa org puteh kate 'around da corner' atau pun bahasa melayunya 'hampir2 diselekoh' (apa la pepatah inggeris nih, dekat 'corner' ngeping(cilok)lah kan).

Dalam struggle nak buat report ni pulak badan meragam. Kelmarin stat kena batuk2, balik Cemerong semalam kena pulak selsema & bagun pagi tadi mulut plak sakit kena 'ulser'. Haish, macam2 dugaan. Ni tak masuk lagi lab yang nak kena buat esok. Bila la nak stat study tuk final.

Emm.. satu lagi, aritu Wan ada nak cerita pasal dinner MAPRA kan? ni lagi satu hal. Dinner MAPRA merupakan Majlis Malam Pra Graduan, iaitu malam untuk meraikan pelajar2 semester akhir yang dah nak grad. Yang Wan hangin sangat, boleh pulak dinner nih cancel. Duit dah bayar dah, tu no hal tapi masalahnya sekarang dinner ni cancel pasal xramai student yg nak join. Masa tuntut semula yuran tuh dari pejabat kolej, daripada beribu-student lelaki kat Gemia nih, cuma 4 orang je yang bayar. apa kes ni &*#@#(

Haha, lupa lak. Masa pegi dinner dengan member2 tadi, Wan terlibat dgn kemalangan kat round about depan JKR jln Lapangan Terbang nun. Kreta Satria yang Wan naik bergesel dengan moto. Silap moto tu gak, nak belok tak bagi signal. Nasib baik la sempat elak, kalo tak......

Takde yang cedera, tapi sampai terduduk gak kat jalan si pembonceng yg kat belakang tuh, huhu sian. Tapi yang tak bestnya abis calar&lekuk body Satria Fizi. Moto pulak bengkok die punya pemegang brek jek. Tapi nasib baik penungang moto tu nak tanggung kos repair kereta. Yang bawak moto tu pulak student gak, part 1.
okeh, ni jela post Wan stakat tuk pagi nih...
continue with my repot, babai.....:)

Sunday, October 18, 2009

Open House... ada lagi ker??

Lokasi: didepan Dataran Merdeka Dungun
Sapa kata takde?? walaupun hari ni dah genap hari yang ke-30 syawal. Sempena cuti Deepavali hari nie, Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Said sempat lagi mengadakan jamuan rumah terbuka peringkat daerah Dungun di Dewan Merdeka, Kuala Dungun. Wan pun hari ni takde kerja, so pegi la usha2 kejap. Makan free woO, sape tak nak. hahaH...
Akhir kata dari Wan selamat tinggal bulan Syawal & selamat datang bulan Zulkaedah.

(p/s: adik2 kat luar tu dah boleh kalau nak kira@simpan duit raya yang dapat sepanjang sebulan beraya aritu, huhu....)

Taman Pantai Teluk Lipat

Kalau pagi hujung minggu lepas Wan jogging kat Taman Tasik Tanjung Sura, pagi cuti deepavali ni pulak Wan pegi jogging kat Taman Pantai Teluk Lipat. Lokasi berdekatan dengan bandar Dungun, Betul-betul berhadapan dengan Teluk Lipat and 10minit naik motor dari kampus Wan.

Memang strategik la upenya kampus Wan ni, dah la tepi pantai, ade teluk&tanjung pastu ada tasik pulak(dah nak grad bru perasan ker??). Bukan nak membangga diri, just sekadar kagum dengan keindahan alam yang ada disekeliling Wan sekarang ni, subahanallah.

kemudahan gimnasium dalam taman
untuk mereka2 yang berjiwa muda
Kenapa takde gambar Wan?? ntah la, lagi pun Wan datang sorang je tadi, takde sapa yang nak amikkan, uhuk3....
lagipun Wan sampai lambat, xsmpai 1/2jam jog matahari dah kuar(panas ler)... So, kebetulan ada Pertandingan memancing kat teluk lipat nun, Program 'Ngail Weh Ngail' sempena cuti Deepavali. So, masa selebihnya Wan abiskan dengan mengusha-usha orang-orang yang tengah memancing kat situ.

Air Terjun CemerOng

Semalam Wan dah berjaya menawan Air Terjun Cemerong, huhui... best.
antara 'shot'2 terbaik....
Tapi sebab pegi Cemerong ni la Wan & kawan-kawan sekali lagi telah 'hayut' ke Kuantan.
Solat kat Masjid Negeri Pahang... lawa masjid nih
Dah alang2 tengok Papadom sekali, best btoi cite nih. Lebih separuh pengambaran dibuat kat UiTM Shah Alam Bangga woO, UiTm tuh.
Wan bagi 5 bintang kat cerita nih... siap bergambo pas tgok tuh, huhu...

Friday, October 16, 2009

Sakit?! tak sakit... tak sakit...


Uhuk2..Adeh, saketnye tekak nape ni ek?nk demam ke... adakah patOt Wan telan lozengh Fishermen's Friends yang 'kuat' itu. EhmmMM, uhuk2..

Apalah nasib hari2 minggu gini, tengah2 takde mood bangun2 pagi mandi boleh lak Wan ter'lempar' bakul barang mandi kat bilik air sebelah. Sudahh, menjerit orang tengah mandi kat sebelah tu, huhu... nasib tak kena lempar semula, hehe...

Semalam pOn sorang kawan sekampung Wan kat sini, Si Maria balik Johor coz sakit gak. Die kena 'Gonclion', penyakit ape ntah. Tapi yang Wan tau, dia cakap macam bengkak kat belah atas tapak tangan tapi dalamnya ade lendir. Dia balik coz nk Wak medical checkup, kate nak bedah tak lama lagi.

Berbalik pada Wan pulak, cane ni ek?? mintak-mintak tak demam la. Jangan harap la Wan nak pegi klinik@hospital k. HuuuUU, esok nak ikut pegi mandi-mandi & BBQ kat Air Terjun Cemerong. Alahai, doa la banyak-banyak Wan sihat la ea.Malam karang nak kena prepare barang2 untuk BBQ esok..

K,babai....:)

Thursday, October 15, 2009

Exam Timetable dowh kuar wEiii!!!


Waduh-waduh, seram sejuknyee dh nk dekat exam nih. Bertambah-tambah sejuk la lagi seram ni bila Wan check kat student portal tadi jadual exam dah keluar, ngee..

Bertenang, bertenang Wan.. haa, kalo ikutkn jadual tu 1'st paper Wan jatuh pada 4 Nov, 2'nd paper 12 Nov, 3'rd & 4'th paper 15 Nov. Boleh pulak final sem ni merasa satu hari dua paper. Adus, serabut la Wan jawabnya. Sebelum ni tak penah lagi ada dua paper dalam masa satu hari, belah pagi & petang, huh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...