Thursday, July 29, 2010

KD Abdul Rahman tunjuk 'Taring'

Assalamualaikum...
kalo sblum ni Wan penah post artikel pasal SU-30MKM 'tunjuk taring' @ 'test power' selepas lengkap penerimaan 18 buah unit. Kali ni Wan tertarik plak tuk nk post pasal kapal selam kita KD Tunku Abdul Rahman 'Test Power' selepas lengkap ketibaan kedua-dua buah kapal selam....

Misil bawah permukaan ke permukaan Exocet SM-39

Latihan kali nie adalah dengan melancarkan penembakan misil bawah permukaan ke permukaan, Exocet SM39 blok dua untuk memusnahkan sasaran permukaan (STB) berukuran 40 meter. Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pelancaran tepat pukul 10.15 pagi tadi di kawasan Laut China Selatan membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam negara menjalankan sebarang misi jika diperlukan "Misil yang dilancarkan tepat ke sasaran berukuran 40 meter pada kedudukan 40 kilometer (22 batu nautika) dari kedudukan kapal selam. "Ia dilancarkan ketika KD Tunku Abdul Rahman berada pada kedalaman 55 meter iaitu paras di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Misil Exocet SM39 blok dua merupakan aset negara yang diperolehi dari Perancis pada pertengahan 2008. Peluru berpandu sepanjang enam meter dan berdiameter 35 sentimeter itu seberat 2,100 kilogram. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kontrak ujian tropika. "Ia juga bertujuan mengesahkan keberkesanan misil Exocet SM39 blok dua dan sistem persenjataan KD Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika," ujarnya. Sebanyak 10 unit misil terlibat dalam penembakan tersebut akan turut menyertai latihan gabungan TLDM iaitu Eksesais Operasi Laut (Ostex) dan Latihan Integrasi Armada Kapal Selam (Subfit) yang berlangsung selama seminggu bermula hari ini(29/07/2010) di kawasan Gugusan Semarang Peninjau, Laut China Selatan.

Pada Wan dengan latihan camni sekurang-kurangnya dapat menutup mulut pelbagai pihak yg kata kapal selam nie rosak teruk & xdpt dioperasaikan. Yang paling penting dapat membuktikan kemampuan sebenar skuadron baru kapal selam negara, Syabas TLDM....

Pemandangan dari atas markas hadapan skuadron kapal selam TLDM, Teluk Sepanggar, Sabah....

Monday, July 26, 2010

Amalan Malam Nisfu Syaaban


1. apabila selesai solat Maghrib, hendaklah dibaca Yaasin dgn diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan diluaskan Allah rezeki yang halal dan diberkatiNya, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan dimatikan dalam iman (Husnulkhotimah), kemudian dibacakan doanya.


2. perbanyakkan istighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita


3. Mohon keampunan dua ibu bapa(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil)


4. mohon keampunan dan taubat diri(Aku Mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya)


5. membaca(Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan diaNya, dgn cara ikhlas kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid walaupun dibenci oleh orang kafir)


6. membaca Al-Quran7. membaca tasbih-Subhanarabial a3la (100x), Subhanallahi wabihamdihisubhanallahilla’zim (100x)8. membaca selawat atas Nabi


9. membaca zikrullah – Allahu akbar


10. solat2 sunat –sunat isyraq, sunat dhuha, sunat mengiringi Fardhu, sunat awwabin, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat witir, sunat hajatRebutlah amalan sebanyak-banyak yang boleh.


Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Amin..

Sunday, July 18, 2010

Jiran sebelah 'kobong'(terbakar)

Hmm..nielah rupa jadi kat plant sebelah yg terbako tempoh hari. Wan pon xnampak time terbakar tu coz jadi kul 3.00pg. Dtg2 keje pagi tu bau semacam je area Desa Cemerlang ni(asap ler..). Smpai2 bnyak plak keta bomba dpn main entrance. nie plak pintu yg pecah dok dilanggar operator2 syif malam yg panik nk selamatkn diri sndri tanpa pikir kslamatan org lain. Sorang dah 'bedebik' langgar pintu nih smpai pecah&injured. Tmpat yg terbako xde injured, tmpt lain yg injured,haish....
Dinding zink awning ni la yg slamatkan SDP dari tebako. Bayangkan, Chemical Storage SDP cuma 1meter dari bangunan yg terbakar. Wan xdpt byngkan apa jadi kalo stok Thinner, Lacquer & lain V.O.C yg bertong2 ni kene sambar api (zink tu pon habis merah terbakar)
Tme kasih gak kat bomba yg cpt kawal kebakaran & amik prventive measure yg khabarnya menyembur air ke Chemical Storange & dinding bersebelahan bg menyejukan chemical2 nih yang peka&berbahaya trhadap haba yg tinggi.
Gambar yg diambil dari confrence room. Apa agaknya nasib diorang lepas nih. pekerja die?? tuan die??malas nk pikir.....

Wednesday, July 14, 2010

Jiwang?? layan.. Kau Laksana Bulan da series


"Knapa saye tengok cite nie?? sbab die best....." begitulah ulasan adik Aiman berumur 5thun yg mengikuti drama bersiri Kau Laksana Bulan -iklan-
Sebenarnya Wan nk preview sket pasal cite nih. Stating pOn mase tengok dlu dah best, apatah lg dah nk penghujung ni kan. Selidik punya la selidik barulah tau upenya, drama ni diadaptasi dari novel penulis Aina Emir bertajuk Kau Laksana Bulan. Maklumlah Wan ni pOn 'rajin' la sgt nk bce2 novel nih.
Drama yang disiarkan kat TV2, setiap Isnin jam 8.30 malam. Pelakon2 yg bawak watak dalam drama ni pon hebat2 blaka spt Ayu Raudhah sbg Anna, Zulhuzaimy sbg Firaz, Fizo Omar sbg Syafiq, Ashraf Muslim. Watak utama Ayu Raudhah sweet sgt brtudung.
Sbab cite ni diadaptasi dari novel bnyak la monolog dalaman yg kadang2 tu lucu. Metafora & personifikasi pOn... ceh tetiba masuk klas BM lak...Tapi sayangnya drama ni kurang promosi & org2 bertuah je yg dpat tengok, hehe....
Cite die lbh krg gini la:
Anna nie sorang penulis&student. Parent die nak Si Anna ni kahwin cepat tapi, phm2 la kumbg bkn seekor(kre rmbg mte la.. haha). So, die nih slalu terperangkap dalam bayangan sendiri(syok sndri). Next.....

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Tapi lelaki itu mintak rujuk smula. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas(nih yg best nih, slmbe gler) pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya(cehh..). Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
Next....emm, (padahal xtau, kne tggu episod strusnya)
Yg strusnya tgok la sndri kat tv,smentara blum abis nih. Best tau, tgk jgn xtgk.
CHowww.....

Bertuah ke Si Paul....

PERHATIAN : Artikel nie hanya sekadar hiburan, takde kna-mngena dgn sesiapa yang masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia (sebab ianya hanya seekor binatang) pempercayainya adalah satu perbuatan khurafat.
Setelah sebulan brlangsungnya piala dunia, akhirnye ia melabuhkan tirai setelah Sepanyol dinobatkan sbagai pasukan bola sepak terbaik DUNIA. Piala dunia kali ini dianggap berjaya kerana hampir tak kedengaran sebarang kontroversinya yang jika pada 2006 'Tandukkan Zidane' dan bersifat 'racist' menjadi sebutan peminat bola sepak ketika itu. Atas sebab itulah, nama Paul si sotong kurita menjadi topik hangat ketika ini. Kalo orang yg bernama Paul nie Wan gambarkan sebagai seorang yg botak licin, hmm.. kena la kurita nie kn?? So, sesiapa yang ikut perkembangan piala dunia pastinya kagum dengan ramalan2 tepatnya sehingga ke perlawanan akhir.

Ramalan Paul juga, menjadi panduan dan membawa keuntungan kepada sesetengah kaki loteri. yang dikatakan bernilai jutaan dollar diseluruh dunia, terutamanya pada perlawanan akhir. Walaupun mendapat saingan dari binatang lain spt 'MANI' burung Nuri dari Singapura, tapi tekaan mereka berbeza pada perlawanan akhir yg akhirnya memihak kpd Paul.

brtuahnyer...taun bile agaknye nie ek?? Paul 'HERO' kami!!!....... ni la nasib kaum krabat kO pas world cup... haha

Sunday, July 11, 2010

Seharian Di PC Fair

Pagi tadi Wan sempat singgah jap kat PC Fair yang diadakan di Persada Johor. Sebenarnya x plen pon nk dtg sini, tapi alang2 dah lalu singgah la jap. Sbb last week pon Wan dah pegi PC Fair kat Today's Mall. Kirenya dtg cme nk meramaikn & cuci2 mate jela.
bergambo dgn "BREN" salah satu maskot Western Digital
Wan rasa ni la PC Fair paling meriah penah Wan pegi, sbb ruang pameran besar & mcm company IT terlibat, termasuk yg jrg2 Wan dgr. Promoter broadband pn ramai mengalahkan pengunjung.
Apa yg menarik kt sini ek??... drpd ap yg Wan nampak & yg agak nampak menonjol kat cni. Harga pendrive & portable Hard disk bleh dikatakan berpatutan. Sbab untk 2Gb RM 18 pn dh bleh dpt & HD 500GB utk RM250. Flat screen samsung 21' pn Rm 312 dh bleh wat blik
Hasilnya... Penat + benda2 alah ats tuh

Friday, July 9, 2010

KD Tun Razak.. berakhirkah penantian??

Masuk hari ni, jumaat 9 jun maka genaplah seminggu KD Tun Razak dah berada diperairan Malaysia. Dan sekarang sedang berada di Markas hadapan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah bersama KD Tun Abdul Rahman.

keadaan crew TLDM didalam kabin kapal selam ketika makan
Wan pun rasa agak lega setelah dengar satu persatu projek pembangunan 'Mega' ATM dapat diselesaikan, walaupun terdapat beberapa halangan. Daripada perolehan 6 buah (kapal peronda generasi baru), 48 buah PT-91 Twardy(kereta kebal utama), 18 buah SU-30MKM(pesawat pejuang pelbagai guna) & akhir sekali 2 buah Scorpene (kapal selam diesel elektrik).
kebanggaan Malaysia.. tapi sampai bila???
Seperti perolehan aset lain, perolehan kapal selam ini juga tak lari dari kontrversi. Dan yang paling menarik perhatian Wan adalah kerosakan keatas kapal selam pertama yang menyebabkanya gagal untuk menyelam & strusnya mengawal perairan negara.
Selepas perolehan terakhir kapal selam ini, diharapkan lebih banyak lagi perolehan yang BERKUALITI dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Terutamanya program pembangunan kenderaan 8x8@ AV8 buatan tempatan yang melibatkan kos pelaburan sehingga RM8bilion oleh DEFTEC & pembinaan fasa ke-2 kapal NGPV yang juga menelan kos berbilion ringgit.

Sunday, July 4, 2010

Kalo dah namanya ANJING

Bayangkan kalo korang berada pada situasi diatas, tengah syok jalan sorang2. Tetiba seekor anjing tu lari bagai nk gila menuju arah korang(mcm gamba tu). Apa perasaan korang??

Hah, tu la yang jadik kat Wan pagi tadi. Nak beli paper punya psl pepagi buta malas la nk panaskn moto dlu. So, pegi la jln kaki je sbb kedai pOn blakang umah je. Bleh exercise sket, hehe..

Dah dpt paper ap lg, balik la. Tapi, tak jauh dari kedai tu tetiba mana ntah dtg anjing ni berlari sambil mnyalak serius mcm nk 'baham' Wan tuk buat die pnye breakfst. "Rilek la wei! ak sndri pn xbreakfst lg nh", haha.

Wan pn xtau nk buat ap, serius spontan & Otomatik ak tbrenti kaku & tengok je kt anjing tu ap die nk buat. Tetiba die slow & lalu sblah ak sambil mnyalak xhenti2 & lastly pegi gitu aje.

Satu yang Wan xsedar tu, paper yg ak bwk tadi dah siap bergulung-gulung kat tangan yg diangkat tinggi standby tu hayun kt anjing tu tadi. Nasib baik la Wan xbaling, kalo x abis la. Wan pn xsdr ap yg Wan buat 2, panik punya psl kn.

Tapi tu la, satu je yg Wan ingat bila kena kejar anjing, JANGAN LARI. Sbab bila Wan pikir balik, cuma orang yg salah je akan takut @lari. Tapi stkat mana berkesanya teknik ni Wan pon xtau, tapi untuk situasi mcm pagi tadi memang teknik ni terbukti.

Dan satu lagi, Anjing nih takut kalo nak kne BALING. Tak kisah la pakai kasut, henpon @ dll. Myb paper yg Wan gulung2 tu die ingat nk buat baling die kot. Tu la pasal die bla camtu je.

Tapi serik la, anjing ni dah la najis Mughalazah bagi umat islam, tak payah cakap kena gigit, kena calit je pon dah nk kena samak, mak ai. Nih la masalahnya bila anjing tak terbela, tak kisah la nk ada anjing, sbab taman ni pon ramai cina&india tapi jagalah elok2 k.

Apo Nk dikato...

Rasa cam dh tutup tirai je Worls Cup 2010 nih. Maklumlah, penyokong fanatik Argentina nih dah dikecewakan gile2... mana xnye 4-0 kena tibai, simpan jela jersey tuh, huhu

Malam tadi cam biasa, Restoran Asri Rosmerah menjadi tempat berkumpul. +/- 80% pnyokong Argentina kat sini, msg2 serba biru termasuk Wan(bkn jersey sbb segan pny psl) hehe....



ULASAN NEGATIF:

Nampkny sentuhan star2 spt Tevez & Messi msih xmnjadi. Silapnya team ni agak slow pd 1'st half & bg bnyak ruang kat striker German. "1'st goal is 1'st impresion" memang terbukti, dpt naikkn smgt teammate tuk tmbah lg goal.

ULASAN POSITIF:

Wlaubgaimna pn 2'nd Arg lbh bnyk menyerang, tp suma dh terlambat. Ger menggunakan kesempatan dgn kekosongan dbhg defend Arg. Mereka trus menyerang smpai mnit trakhir wlaupn xbrhasil. Takzaiah...cehhh

KESIMPULANnya....

Ubatilah dirimu yang terluka, kamoO hanya penyokong. Pemain kat luar tu lagi la kecewa berhempas pulas tengah padang & kalah lagi. Bola itu bulat oleh itu majulah sukan untuk negara (ap da merepek mlm2 bute nh...)

k... babai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...