Saturday, November 27, 2010

'GEMPAR'!!! Perang Korea meletus Lagi....

mukabumi Semenanjung Korea

Membuka tirai Military kali ni dengan peperangan terbaru yang 'menggejutkan' dunia & Wan sendiri sebagai pemerhati ketenteraan iaitu antara Korea Utara - Korea Selatan. Ketegangan di semenanjung Korea ini kembali meletus setelah tentera Korea Utara mensasarkan puluhan tembakan artileri ke arah sebuah pulau di Sempadan Korea Selatan, Selasa, 23 November 2010.


keadaan Pulau Yeonpyeong setelah dibedil

Pulau Yeonpyeong menjadi sengketa antara Korea utara dan Korea Selatan. Serangan Korea Utara tersebut menyebabkan seorang tentera Korea Selatan maut sementara 13 yang lain cedera.

Korea Utara dikatakan tidak senang dengan tindakan Korea Selatan yang kerap melakukan latihan ketenteraan di daerah yang menjadi sengketa tersebut. Insiden ini mendapat reaksi dari Korea Selatan yang berjanji akan membalas serangan Korea Utara ke Korea Selatan tersebut.

VS

Friday, November 26, 2010

Pasukan Udara Tentera Darat


Untuk entry 'military' kali ni, Wan nak intro pasal Pasukan Udara Tentera Darat(PUTD).
PUTD merupakan satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat.

Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 di pengkalan udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kluang, Johor. Merupakan sebuah kor tentera 'termuda' didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

PUTD memulakan operasi penerbangan 11 Mac 1995 pada hari 881 Skuadron ditubuhkan dengan rasminya. Ketika itu 881 Skn dilengkapi dengan 10 pesawat SA316B Alouette III yang dipindahmilik daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Alouette III milik PUTD yang kini menjadi bahan pameran dimuzium

Pada tahun 2006, 881 Skuadron diperkuatkan dengan penghantaran 11 buah helikopter A109 LOH(Light Observation Helicopter) buatan AgustaWestland. Pasukan Udara Tentera Darat menjadi pengendali pertama A109 LOH di Asia. Helikopter-helikopter ini dilengkapi dengan persenjataan roket 70-mm dan meriam 20-mm.
dilengkapi roket tanpa panduan 70mm & pod meriam 20mm
gagah dengan celoreng 'harimau' tentera darat Malaysia

Peranan Pasukan Udara Tentera Darat termasuk :
1)memberi sokongan taktikal kepada formasi-formasi Tentera Darat
2)tinjauan medan tempur (light observation)
3)beroperasi sebagai sebahagian daripada satu pasukan gabungan senjata (combined arms team)
4)memberikan bantuan tembakan dari udara
5)sokongan anti kereta kebal
6)bantuan tembakan dari udara secara langsung
7)menyerang sasaran-sasaran peluang
8)memberikan pengangkutan taktikal (terhad)
9)medevac kecemasan
10)mencari dan menyelamat

Bagi melengkapkan operasi pasukan baru ini, 2 buah skuadron lagi diperlukan. Selain Skuadron Peninjau(881), Skuadron Helikopter Pengangkut(882) & Skuadron Helikopter Penyerang(883) juga bakal ditubuhkan.

Antara calon-calon helikopter yang dipertimbangkan sesuai adalah seperti:
Helikopter Penyerang Denel Rooivalk dari Afrika Selatan

Helikopter Penyerang Tiger dari firma Eurocopter

Helikopter pengangkut Mi-171 dari Russia

Saturday, November 20, 2010

OPKIM Perdana Manir 2009

Assalamualaikum my frenN...

Emm.. td Wan ade bukak Wan punya Friendster, berkurun dah rasanya xbukak sejak ade Facebook nih. Selak punya selak jumpa la gambo2 yg kata org ' high sentimental value' hehe.

Salah satunya gambo masa buat aktiviti kat kampus dulu, Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) UiTM Dungun di Manir, Kuala Terengganu. Kalo tak silap wan program ni buat masa cuti semesta ke-5 Wan kat UiTM, Mei 2009 kot.

gambar kenangan

Program nih kiranya macam program anak angkat pelajar kepada masyarakat sekitar kawasan Dun Manir. Kalo nak tau ni kali pertama Wan jadi anak angkat, sbb Wan tak reti camne anak & keluarga angkat-mengangkat nih. So, follow je flow program walaupun rasa agak janggal.

bersama keluarga angkat dihari terakhir program

Haa, ni la ayah & mak angkat Wan masa program tu. Sepanjang program tu Wan kena tinggal & ikut aktivit bersama macam anak sendiri la katakan. Rumah keluarga Wan ni kat pekan Manir, orang situ panggil tempat ni 'tanah lot' & dalam program ni kiranya tempat keluarga Wan ni paling hujung. Sebab tempat berkumpul untuk buat aktiviti program kat Balai Raya Kg Pulau Bahagia, 4km+/- la.

yaa, masuk paper!!.. perasan tak Wan sblah Yus tuh, huhu...

Tapi yang paling Wan ingat sekali, masa penyerahan anak angkat, keluarga angkat Wan xdpt dtg amik sbb Wan dapat tau abang kpd ayah angkat Wan ni meninggal jadi keluarga angkat Yus (YDP MPP masa tu) yang wakilkan. Sampai terus ikut majlis pengebumian & malam pulak ikut majlis tahlil, x follow program dah mlm tu, hehe... Masa 1'st day ni la Wan dah dpt rasa macam Wan ni sebahagian daripada masyarakat sini, syok beb dh mcm kat kampung sndri. majlis tahlil at sini ada perbezaan sikit dgn kat JOHOR

Sepanjang program 4 hari 3 malam tu mcm2 la aktiviti buat. Antaranya explorace, task utk game ni pon best2 cam kena buat kuih 'akok', buat ketupat palas, sauk ikan dlm sangkar, berlari & memanjat tu xyah crita la kan. Yang paling mencabar masa task nak kena buat kuih akok, dari potong kayu api sampai hidupkan api dapur kayu and finally masak kuih semua kena buat sendiri.

aih mamat nih, org suruh sauk dia pegi pancing ikan tu

'task' makan ketupat palas(org ganu panggil ketupat goreng) hehe....

Program-program lain macam gotong-royong, lawatan ke sekolah rendah, khidmat masyarakat, sukan masyarakat, ceramah oleh Prof Izzi, malam kebudayaan & mcm2 lagi.Sekor lembu dikorbankan tuk program ni sumbangan ADUN Manir

Gulai kawah orang Manir

mencari anak buluh betung menangis hehe....

akak2 membawa 'anak muridnya' utk group resentation

SMILE :)
Untuk area 'tanah lot' ni pulak cuma dua keluarga yg amik anak angkat, family Wan & family Yus. So, bila ada aktiviti penat berulang-alik jela kat jalan. Peserta yg lain dpt family angkat yg dekat2 dgn balai raya tau, tak adil. Dan untuk meng'adil'kan keadaan Wan & Yus amik keputusan tuk 'deal' transport ngan van Uitm, sbb kesian kat family angkat masing2. Hari2 terakhir merupakan suatu yang kalo boleh nak dielakan bila ada program2 camni. Mana taknye, sedih siap ada yang menangis nak tinggalkan keluarga angkat masing2. Sebelum balik semua peserta diarak ke seluruh pelusuk kawasan Manir dengan 4WD. Kat pedalaman kawasan Manir ni ada satu kawasan ladang Jagung yang luas, lapang & tenteram je rasa masa lalu kawasan ni.

main basikal dgn bdk2, yehaaa!!!... CHOW!!

Sisipan :

Majlis Sukan Negeri Terengganu

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Dungun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...