Friday, December 31, 2010

2011 wes tekkoO (sudah tiba)!!

2011 tahun ARNAB, mmg kena dgn wallpaper laptop Wan nih

Hmm, beberapa jam dari sekarang kita akan beralih tahun dari 2010 ke 2011. Nampaknya inilah kali terakhir Wan update blog ni, uhuk3x... YeE, kali TERAKHIR!! bagi tahun 2010 la, huhu.

Rasanya tak lengkap tahun baru kalo kita tak buat 'azam' baru kan. Apa azam Wan agaknya taun baru ni ek?? Wan dah siapkan list lagi & bahagikan kepada Azam Luaran serta Azam Dalaman khas mengikut tenaga keupayaan Wan, huh...
AZAM LUARAN:(sasaran'+ cashflow')
  1. NAK LANGSAIKAN HUTANG - target skarang adalah PTPTN, bleh ke abis taun nih?? tak mustahil tapi at least berkurang ke separuh pon ok. And yg ade utang tu tuntut la weh.
  2. NAK BELI KERETA - ni la salah satu azam yg Wan dah prepaire awal2 lagi sejak 2010. Biar la murah, kecik @ 2'nd hand skali pOn. Sbb Wan dah pikir dalam2, walaupun satu keperluan kreta ni bukan aset tapi adalah LIABILITI(kena ingat tu).
  3. BUAT LOAN ASB - ni pOn dah lama plen, cuma baru taun ni baru nak bertindak. At least pon RM 50k pon OK.
  4. NAK ADE RUMAH SENDIRI - bunyinya cam 'katun' je ekk. mimpi ape?? haha, strategi mesti ade. Memandangkan Wan sendiri pon skrang ni menyewa, kan lebih baik beli rumah sendiri (biar la kecik@ murah tapi strategik) apa salahnya sewakan bilik yg lebih kat member2.

AZAM DALAMAN:(betulakan diri)

  1. NAK JADI PEKERJA YG BAIK - kenapa tak baik ke sblum ni?? bukan tak baik, tapi kurang baik. Yela kalo boleh nk smpai opis sblum kul 8, report submit awal, attendance clear, rajin angkat tepon &bla2.....
  2. LUANG LEBIH MASA DGN FMLY - nak balik kampung seminggu sekali, uhuk2x rindu. Sbab selalunya sbulan skali @ ade hal penting baru balik, wlaupun masa perjalanan tak sampai 2jam. Cuba tuk arrange mase & kurangkan menyebOk.
  3. CONTINUE STUDY - ni yang Wan dok fikir-fikirkan. Bila lagi nk sambung semula belajar, usia makin lama makin tua. Calon terbaik adalah dari OUM & Wan ingatkan nak amik kos manufacturing management memandangkan Wan pun dah berada dlm bidang nih.
  4. LAKUKAN HOBI - Kadang-kadang je dpt pegi memancing.. sesekali nak jugak try hobi baru seperti RC Kite yg popular di Singapore. Nak sangat join kelab nih.
  5. CUCI MATA - Wlaupun kerap ke Singapore tp tu pn atas urusan kerja, teringin gak nk melencong ke Marina Bay, naik atas MBS yg baru siap tuh. Tapi target Wan taun nih nak ke Langkawi tuk LIMA 2011, pameran aeroangkasa & maritim dwi tahunan yg Wan idam2kn tuk pegi sejak kecik lagi.

Okeh setakat nih je la Wan punya azam, sekali baca balik punya panjang da.... Walaupun azam 2010 Wan cuma 70% je tercapai, tapi tak salah tuk kita azamkan suatu yang tinggi kan. Okeys yg Penting Malam Nie Nak Countdown Kat DANGA BAY, jom!!......

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!

Sunday, December 26, 2010

Harga Kereta 2011 & Syarat Kelayakan Loan

Time Wan dok godek2 cari latest info pasal national car tadi, Wan dapat satu info lengkap pasal harga & loan dalam satu 'pakej'. Credit to http://zakiautoworld.blogspot.com/

Wan saja copy balik info nie sebagai rujukan Wan & blogger yang lain. Kat sini baru la Wan tau limit loan yg sebenar & model yg layak untuk Wan adalah setakat Perodua Myvi 1.3(M) Standard & Proton Saga Facelift Executive jek.

SENARAI HARGA KERETA BARU 2011

***PERODUA***


***PROTON***


SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN KENDERAAN
(kakitangan Kerajaan & Swasta)

**Harga Kereta: RM 24,000 - RM29,999**
Gaji bersih: RM1200 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 900 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM1700 keatas.

**Harga Kereta: RM 30,000 - RM39,999**
Gaji bersih: RM1400 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1600 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1600 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1000 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2300
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2000 keatas.

Harga Kereta: RM 40,000 - RM44,999
Gaji bersih: RM1500 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1700 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1700 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1300 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2600
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2100 keatas.

**Harga Kereta: RM 45,000 - RM49,999**
Gaji bersih: RM1700 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1900 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1700 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1300 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2600
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2300 keatas.

**Harga Kereta: RM 50,000 - RM59,999**
Gaji bersih: RM1900 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2200 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2200 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 3000
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2600 keatas.

**Harga Kereta: RM 60,000 - RM69,999**
Gaji bersih: RM2300 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2800 keatas.

**Harga Kereta: RM 70,000 - RM79,999**
Gaji bersih: RM2500 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2800 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2800 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM3000 keatas.

**Harga Kereta: RM 80,000 - RM89,999**
Gaji bersih: RM2800 keatas kakitangan Kerajaan dan RM3000 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM3000 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 2200 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3700
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM3500 keatas.

**Harga Kereta: RM 90,000 - RM99,999**
Gaji bersih: RM3200 keatas kakitangan Kerajaan dan RM3500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM3500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 2200 Gaji Suami : RM2300
Jumlah pendapatan : RM 4500
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM4000 keatas.

Nota: Jika mempunyai duit muka (downpayment) lebih dari 10%, syarat-syarat tersebut boleh dibincangkan dengan pihak bank dan kemungkinan peratusan untuk lulus adalah tinggi jika gaji kurang dari syarat diatas.

**Syarat Pinjaman Kenderaan (Blacklisted)**

1. Kakitangan Kerajaan atau GLC (Government Listed Company)
2. Boleh membuat potongan BIRO ANGKASA
3. Gaji bersih mestilah RM1200 dan keatas.
3. Tidak muflis

**Syarat Pinjaman Tanpa Slip Gaji**

1. Jumlah keluar/masuk dalam akaun bank mestilah tidak kurang daripada RM3000 sebulan2. Jika akaun bank tidak aktif atau jika transaksi keluar/masuk kurang daripada RM3000 sebulan mestilah mempunyai penjamin bergaji RM2000 dan keatas. atau
1. Mempunyai deposit wang melebihi RM50,000 didalam akaun simpanan/tetap, ASB atau Tabung Haji.

Thursday, December 23, 2010

RESULT PMR 2010.. Amacam??


Tahniah Wan ucapkan kepada adik-adik Form 3 yang baru saja memperolehi keputusan PMR korang. Banyak @ tak korang punya 'A' tu soal yang kedua, yang penting korang dah berjaya menempuh peperiksaan ini dengan jayanya & dah lakukan yang terbaik.

Tak lupa juga kepada adik Wan yang juga baru memperolehi keputusannya tadi. Beliau memperoleh 3A & 5B, NOT BAD.... Tahniah diucapkan. Dengarnya esok dpt belanja KFC kat Rengit ea, huhu....

Kepada yang gagal juga diharap jangan berputusa asa. Kerana ini baru permulaan cabaran anda dalam menuntut ilmu, banyak lagi dugaan & peperiksaan yang bakal ditempuhi. Yang penting kuatkan semangat & tambahkan lagi usaha.

DIVIDEN ASB 2010 udah keluar


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.

Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.

"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pula berkata, kenaikan jumlah sumbangan itu diperoleh hasil peningkatan dividen dalam syarikat-syarikat yang dilabur terutamanya oleh Malayan Banking Bhd. (Maybank), walaupun sumbangan daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menyusut.

Menurut Hamad Kama Piah, Maybank telah memberi sumbangan dividen sebanyak 55 sen seunit, berbanding lapan sen seunit pada tahun lalu.

Katanya, Sime Darby pula hanya memberi sumbangan dividen sebanyak 10 sen seunit tahun ini, berbanding 20.3 sen pada 2009.

"Kalau dilihat daripada segi pendapatan tahun lepas, jumlah dividen yang diterima adalah kurang daripada 50 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan bonus ASB itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun ini PNB juga dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya.

"Prestasi kita agak baik tahun ini. Walaupun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi PNB mendapat dividen tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,'' katanya.

Selain Maybank, ASB juga menerima sumbangan dividen yang baik daripada syarikat-syarikat pelaburan seperti F&N sebanyak RM1.58 sen seunit berbanding 47 sen pada 2009, Maxis Bhd. pula menyumbang 33 sen seunit berbanding enam sen tahun lalu dan Telekom Malaysia Bhd. 26 sen seunit, naik 1.7 sen.

Malah, tambah Hamad Kama Piah, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB.

"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan,'' ujarnya.

Sehingga 17 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, yang mana keuntungan penjualan saham syarikat-syarikat miliknya menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42 peratus kepada pendapatan kasar tersebut.

Pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat miliknya pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion atau 50 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.

Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan mulai semalam sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.

- UTUSAN

Wednesday, December 22, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Assalamualaikum.

Hari nie Wan nak kongsikan sedikit info pelaburan mengenai satu lagi propektus yang baru dilancarkan 29 Nov 2010 lalu iaitu Amanah Hartanah Bumiputera.

Daripada maklumat yang Wan dapat skim ini:
  • Memberi peluang bumiputera memiliki pelaburan aset dalam bentuk hartanah dilokasi-lokasi strategik seluruh negara.
  • Semestinya hanya terbuka kepada golongan bumiputera
  • umur 3bulan-18tahun layak memohon untuk 'Akaun Remaja' & 18tahun ke atas untuk 'Akaun Dewasa'.
  • Konsep berlandaskan Islam / Shariah
  • Saiz dana permulaan sebanyak 1billion
  • RM1 seunit dan harganya tetap
  • Pelaburan permulaan minimum 500unit
  • Tambahan minimum 100unit
  • Pelaburan maksima 200,000unit
  • Penjualan balik unit minimum 500unit
  • Baki minimum unit dalam akaun 500unit
  • Kekerapan penjualan balik unit sebulan sekali
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
  • Juga maklumat lanjut di Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Pelaburan berbentuk hartanah seperti nie merupakan satu lagi alternatif kepada masyarakat bumiputera untuk mengembangkan lagi pegangan harta mereka selain ASB.

Daripada apa yang Wan perhatikan juga sejak beberapa tahun kebelakangan nie, kadar keuntungan ASB juga semakin menurun & kurang daripada 10% (termasuk bonus).
kadar pulangan tahunan ASB
Jadi gunakanlah peluang peluang terbaru ini untuk menambah nilai harta anda. Walaupun jangkaan keuntungan hanya 6% sahaja, tetapi ianya masih awal. Hal ini kerana nilai hartanah pastinya akan meningkat setiap tahun selagi wujudnya pembangunan & kegiatan ekonomi di Malaysia.

Selamat Melabur.

Saturday, December 18, 2010

EYE OF ME KINI MENGHASILKAN WANG!!!

Wednesday, December 15, 2010

Malaysia Juara AFF Cup 2010???

Huh, post ni dikarang lepas Wan menyaksikan perlawanan 90 minit Malaysia vs Vietnam. Oh tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada RCTI(stesen tv Indonesia) kerana menyiarkan secara langsung perlawanan ini. Maklumlah xde ASTRO, ala yg macam-macam ade tu.

Perlawanan yg agak mendebarkan, yela kalo kalah kat tempat sendiri kan malu. Tapi memang kelebihan Malaysia untuk menang, 2 - 0 ditempat sendiri. Sekurang-kurangnya ada bekalan buat perlawanan separuh akhir ke-2 di tempat lawan Sabtu nanti.
Tapi tahniahlah kepada 'hero' negara, Safee Sali kerana menjaringkan kedua-dua gol untuk perlawanan malam nie. Secara keseluruhan mutu permainan agak meyakinkan (mungkin kerana ditempat sendiri) & kawalan yang agak kemas di pertahanan.
Nampaknya Wan pun tak ada apa nak ulas lagi kat sini, tunggu jela esok masuk berita & paper. Dan yang paling penting pasukan Malaysia perlu membuat persiapan rapi untuk terus mara bagi merebut gelaran 'Juara' Piala Suzuki Persatuan Bola Sepak ASEAN.
NANTIKAN DEBARANYA....



MALAYSIA BOLEH!!!

Saturday, December 11, 2010

Sucide Boat a.k.a Bot 'kamikaze' IRAN


Tadi Wan ada terbaca satu artikel di sebuah blog mengenai Iran yg membangunkan lebih 9000 buah bot laju 'berani mati' @ sucide boat. Dibawah adalah sebahagian daripada artikel tersebut:

"Bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.

Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara."

Agak mengagumkan, kalau di imbas daripada kes-kes terdahulu taktik bot berani mati ni agak berkesan untuk menumpaskan musuh yang lebih kuat & mempunyai armada laut yg lebih besar. Contohnya, bagaimana Kapal Pemusnah Peluru Berpandu USS Cole diserang pada 12/10/2000 ketika mengisi minyak di Pelabuhan Bandar Aden, Yaman.
Impak daripada letupan menghasilkan lubang yang besar di bahagian sisi tengah kapal dan menyebabkan 17 anak kapal maut & 56 yang lain cedera. Manakala kapal tersebut terpaksa digantung perkhidmatan selama 2 tahun untuk dibaiki. Dengan hanya bermodalkan bot kecil, bahan letupan & 2 orang krew yang berani.

impak daripada letupan

Tak hairan la kalau Jepun dulu boleh menang di Pearl Harbour dengan taktik yang sama. Cuma bezanya ia dari udara. Sekarang kita dapat lihat contoh 'Unsymetric Warefare' @ peperangan tak simeti (kedua-dua pihak bertelagah takde kekuatan yang seimbang) boleh dilancarkan dari plbagai dimensi (darat, udara & laut)

Kepelbagain teknologi peperangan Iran juga tak boleh dipertikaikan. Selain 'Sucide Boat', Iran juga mempunyai skuadron 'flying boat'nya sendiri yang dikenali sebagai BAVAR 2.

Hebat bukan. Okeh adios....

The Choosen One

Hmm.. tajuk entri kali nie cambest pulak, the choosen one. Bukan tajuk lagu Maher Zain tu, ataupun nak buat keputusan tuk pilih calon isteri hahah... Tapi adalah tuk nak buat pilih calon kereta idaman, hehe...

Jeng.. jeng..jengggG. Korang rase keta apa yg best tuk orang yg cam Wan ni. Yela, nak kata berduit tu tak la sangat. Tapi 'keyword' die nak BERGAYA & BERJIMAT.

Mybe mid of this month No pendaftaran tuk kenderaan kat JOHOR ni dah masuk 'JMQ' sebab hari ni pun 'JMP' dah tinggal ujung2 jek. Tu yang Wan semangat pegi letak daily update tuk No pendaftaran kenderaan kat sidebar tu.
Nie semua sbab nk tunggu 'JMR' punya pasal, yela kene mengena dgn nama sendiri kan. Huruf J tuk Johor (anak jati johor la katakan), MR tuk nama Wan (Mohd Redzuan). No tu tak kisah la, tp kalo dpt 1988 lagi bagus.

Antara 'finalis'nya adalah:

PERODUA MYVI 1.3 SXi
(medallion grey)


PROTON GEN 2 CPS 1.6 (fire red)

Tahun 2010 dah nak melabuhkan tirai & 2011 pulak kunjung tiba. Kata orang nie la azam tahun baru Wan lepas setahun hempas pulas keje, at least taun baru nih nampak la hasilnya. Moga tercapai azam Wan tahun depan, INSYALLAH......

Tuesday, December 7, 2010

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM)

Dalam diam, Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) atau dikenali sebagai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menerima 3 buah helikopter dari jenis AgustaWestland AW 139 buatan Itali pada bulan November 2010 lalu, manakala pada pertengahan November sebuah lagi pesawat amfibia (amphibious) jenis Bombardier 415 MP telah diterima dari Kanada.

Disini Wan berminat untuk berkongsi tentang agensi kerajaan ini yang baru ditubuhkan pada 30 Oktober 2005. Bertanggungjawab bagi memastikan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat.

5 bahagian wilayah maritim seliaan APMM

Konsep penubuhan APMM adalah sama seperti penubuhan pasukan 'COAST GUARD' @ pengawal pantai oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun & Kanada.
Memulakan operasi awal dengan tiga buah kapal, sebanyak 17 buah kapal lagi yang diterima daripada TLDM, PDRM, Jabatan Perikanan dan Kastam telah diperbaiki dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan operasi serta peranan baru mereka.
Sementara itu, sayap udaranya juga telah berjaya ditubuhkan untuk memperkuatkan pasukan itu. Setakat ini terdapat dua skuadron sayap udaranya iaitu satu skuadron pesawat ampfibia dan satu skuadron helikopter maritim.
Satu pasukan khas@kommando yang bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM juga ditubuhkan dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.
Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 111 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter dan 2 kapal terbang pelbagai guna:

  • 3x Helikopter AgustaWestland AW-139

  • 3x Helikopter Eurocopter AS365 N3
DATA
Panjang Maksima 13.73m
Lebar Maksima 11.94m
Tinggi Keseluruhan 4.06m
Kelajuan Maksima 155 Kts
Berat Maksima Operasi 4300 kg
Jam masa beroperasi 4.1jam
Jarak Jangkauan Operasi 150bn
Jarak Maksima 427bn
Muatan Maksima Underslung 1600kg
Penumpang 11 orang
Pesakit (Stretcher) 2 pesakit
Ruang Kabin 180.1 kaki pesegi
Injin 2 X Turbomeca Arriel 2
  • 2x Pesawat Amfibia Bombardier CL 415MP
mampu mendarat dipermukaan tasik & laut

Malaysia negara ke-2 memiliki pesawat jenis Amfibia selepas Thailand dirantau ASEAN
boleh dioperasikan untuk memadam kebakaran hutan
DATA
Panjang Keseluruhan 19.82m
Lebar Sayap 28.6m
Tinggi Keseluruhan 8.98m
Kelajuan Maksima 359km/j
Berat Berlepas Maksima 19,890kg
Berat Mendarat Maksima 16,783kg
Jarak Berlepas di Darat 814m
Jarak Berlepas di Air 844m
Jarak Mendarat di Darat 664m
Jarak Mendarat di Air 674m
Injin 2 x Pratt & Whitney Canada PW123AF turboprops
Krew 5

  • 15x Kelas Gagah (ex-PZ)


DATA
Panjang 39.5 meter
Lebar 7 meter
Kelajuan 23 knot
Berat 230 ton
Senjata 1 bofos 40/70mm/1 Oerlikon 20mm/GPMG 7.62 mm
Jentera 2 MTU 20V 538 TB92
Anggota 34 Anggota

  • 2x Kelas Langkawi

  • 1x Kelas Marlin (kapal latihan pemberian kerajaan Jepun)

  • 4x Kelas Malawali (ex-Bintang)

  • 38x Kelas Kilat

  • 1x Kelas Pengaman (ex-AL)

  • 4x Kelas Penyelamat (ex-SAR)

  • 2x Kelas Penggalang

  • 5x Kelas Pelindung (ex-OBM)

  • 4x Kelas Semilang (ex-Siri 100)

  • 10x Kelas Pengawal (ex-GRP)

  • 1x Kelas Peninjau (ex-Siri 300)

  • 5x Kelas Ramunia (ex-Bahtera)
DATA
Panjang 32.4 meter
Lebar 7.2 meter
Kelajuan 20 knot
Berat 143 ton
Senjata 1 Oerlikon 20mm/GPMG 7.62 mm
Jentera 2 Paxman Valenta 16cm Diesel
Anggota 25 Anggota
  • 2x Kelas Nusa (ex-Rajawali)
DATA
Panjang 22.4 meter
Lebar 6 meter
Kelajuan 25 knot
Berat 53 ton
Senjata Tiada
Jentera 2Twin DEUTZ 16m 816CR
Anggota 14 Anggota
  • 15x Kelas Sipadan (ex-PC)

  • 2x Kelas Rhu (ex-Siri 200)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru.

Apa azam tahun baru nie?? Kalau diikutkan tarikhnya jatuh pada hari selasa 7 Disember 2010 @ 1 Muharam 1432, maghrib hari nie. Tema Maal Hijrah tahun nie adalah

"1Malaysia 1Ummah".

Moga tahun nie lebih baik dari tahun lepas & menjadi satu permulaan untuk ke jalan kebaikan & meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin

Thursday, December 2, 2010

I Lost My Sight

kali terakhir spek ini dipakai

Huuuh...Sodeh nyO den, spEk den ilang lagi deh...

Dah 2-3 ari cari tak jumpa2, abis satu umah selongkar, satu opis cari tapi tak tau mane cicirnya. Problem btul bila jalan mlm nih, abis nampak 'kembang' sume lampu dek silau, siang 2 ok lagi.
Yang tak bleh tahan tu baru lima bulan pakai, isk3.

Kronologi 'pemakaian' spek Wan bermula sejak form 4 sebab time tu dah mula 'rabun-rabun ayam' dah. 2'nd spek time masok U and tamat riwayatnya bila hilang time last sem. 3'rd yang baru ilang nih.2'nd spek time study

time keje

Walaupun xla kritikal mane rabunye & kadang pakai kadang tak, tapi time diperlukan kalo xde rase cam nk 'menangis' woO. Especialy kalo time presentation guna OHP @ Projektor & bejalan waktu malam.

Ni yg rase nk usha yg bru nih, lagi baru2 nih Wan ade tengok iklan Transition Lense kat Tv. Trus la usha laman web die www.transition.com . Wah, siap ade simulasi lagi tu & aweks cun pon ade hehe, best2... Begitu interaktif laman web ini(bahasa sekemanya).

ade banyak simulasi

model yg bleh bergerak-gerak

simulasi aplikasi fizik cahaya

Lens yang diketengahkan kat sini adalah Lense model UV 400. Terdapat dalam dua versi warna yang diperkenalkan apabila kanta bertukar kepada warna gelap iaitu Hitam & Kelabu

Yang pasti pasti kanta ni memberi perlindungan kepada mata daripada sinaran UV & dari pancaran cahaya yang merbahaya. Apa hal2 Check it Out!!!!

So, nasihat kepada yg mata masih ok tu jagalah mata tu elok ek. Tak payah la gatal2 nak pakai, kalo nak hensem@cun skalipun biarlah yg ori@natural hehe...

perhatian: gambar dibawah adalah bukan spek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...