Wednesday, January 26, 2011

tOlong ingatkan akuU.....

hak2... tetiba rasa rajin lak nak blogging mlm nih. Wan sbenanya tengah kusut gile ni lepas 'stock count' kat tempat keje tadi, wadussS tensiOn gilak bak kata Org Sabaa baa!!

Dah puas dgr lagu kuat, melalak sorang2 smpai saket tekak. Hah, kat sini plak Wan lepaskan saki baki ketensionan yg masih wujud dilubuk hati ini(asl la rse cam dh 'mereng' je mlm nh).

Nak story sket la psl keje ek, rasany Wan xpenah lg expose psl keje Wan kt cni kan? Nama tempat keje Wan nih SunningDale Mfg Sdn Bhd, kira kilang la. Lokasi Di Tmn Perind Desa Cemerlang, Ulu Tiram. Dia buat komponen plastik bg set panel audio kenderaan 'branded'2 punye, Renault/Nissan/Mazda/M.Benz/Wokswagen & etc. Buat panel jela, bukan buat keta2 tu sume tak faymes mane pun.

Kat sini Wan buat maintaining data tuk sistem inventori, mcm kerani la(mmg kerani pOn). Kena incharge tuk 3 department sekaligus iaitu Printing/Tempo Dept, Laser Dept & Assembly Dept. Sbb ade bnyak process nk buat panel & button set yg berkualiti nih.

Mak aih, mmg agak sukar diterima pd mulanya, tp ku tabahkan hati jua menjalankan tugas isk3..... yela, sbb dept lain 1 dept sorang jaga. Tapi alhamdulilah, makin lama makin brtambah expert & boleh da jadi tutee kpd staf2 baru tuk dept lain hehe... Gaji??ok la, buat org 'baru' cam Wan nh... agak lumayannn 1'st tym dpt gaji camni.

Setiap ujung bulan cam hari ni tadi, akan ade stock count. Biasanya buat 2@3 hari setiap bulan.
Time ni la Wan kena 100% gune otak kanan(yeke??) & 'absorb' mcm2 pressure yang dtg, sbb nak 'tally'kan physical & system lepas buat beratus2 @ beribu (beribu ker??) transaction setiap bln, fuhh...!!

Supvisor@leader stiap dept akan report final qty tuk diverify dgn system. Time ni la mcm2 adjusment kne buat lbh2 lg kalo ade bnyak transaction yg 'spoil' bulan tu. Jadi kena la kuarkan segala ilmu2 tauhid@munangkahat(ehemm... tipu! mne ade) yg dah dipelajari, maksud Wan 'trick' mase trainning dlu.

Biasa la 'spoil'@silap ni semua org buat, kalo tak dari production dr Wan la kan sapa lagi. Tapi yang harini punya Wan rasa sampai dok luluh rambut memikir (prasan ada rambut gugur kat keybord.. hehe). Btul la testimoni kat YUN NAM HAIRCARE tuh, tension ni bleh buat kepala jadi botak. Oh.. TIDAKKKKkkk......!!!

okeh daa....

Sunday, January 23, 2011

Tahniah TLDM, syabas PASKAL

Lanun yang berjaya ditahan

Kecekapan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbukti lagi, setelah tindakan pantas pasukan itu telah berjaya membebaskan sebuah kapal tangki Malaysia bersama 23 anak kapal, dua jam selepas ia dirampas lanun Somalia di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Oman, kelmarin.

MT BUNGA LAUREL

Dalam kejadian jam 11.40 PM (waktu Malaysia) itu, MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan raifal AK-47 dan pistol yang menaiki sebuah bot laju.

senjata yang berjaya dirampas

Difahamkan, tujuh suspek itu sebahagian daripada 18 lanun yang merancang serangan itu dari sebuah kapal induk berlabuh tidak jauh dari tempat kejadian. Kejadian disedari anak kapal MT Bunga Laurel yang kemudian mengaktifkan Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) sebelum berlindung dalam bilik keselamatan berhampiran bilik jentera kapal berkenaan.

Kejadian berlaku dua jam selepas MT Bunga Laurel berpisah daripada konvoi keselamatan kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Bunga Mas 5 yang terbabit dalam Ops Fajar bagi memberi perlindungan keselamatan kepada kapal dagang negara di perairan berisiko itu.

Bertindak atas panggilan kecemasan itu, Pasukan Khas Laut ATM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan MV Bunga Mas 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian. Helikopter tempur, Fennec milik TLDM yang diberlepas dari MV Bunga Mas 5 turut digunakan dalam misi berisiko tinggi itu, khusus bagi tujuan pemantauan dan serangan udara.

MV BUNGA MAS LIMA

Tembakan dari helikopter telah berjaya menghalang kumpulan lanun di atas kapal induk mereka dari memberi bantuan kepada rakan mereka di atas kapal tangki yang dirampas. Ini memudahkan anggota PASKAL digerakkan ke atas MT Bunga Laurel. Selepas berbalas tembak, kapal tangki kita berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 AM.

Difahamkan, tiga lanun yang berada di atas kapal tangki berkenaan cedera dalam kejadian itu dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

Kejadian terbaru ini juga jelas menunjukkan ancaman lanun di Teluk Aden semakin serius dengan 32 kapal masih ditawan kumpulan lanun sehingga kini, yang kebanyakannya dalam proses rundingan untuk dibebaskan.

Teluk Aden yang berada diantara Somalia dan Yaman merupakan jalan utama yang menghubungkan Eropah dan Asia menggunkan kapal laut selain Terusan Suez.

Dua insiden lain yang mewarnai peristiwa rampasan kapal oleh lanun diteluk ini sepanjang 48 jam lalu adalah peristiwa penawanan semula Kapal Samho Jewelry oleh Kommando Tetera Laut Korea Selatan yg menyaksikan 8 lanun terbunuh serta rampasan kapal yang didaftarkan di Togo dalam pelayaran dari Singapura ke Yaman.

Saturday, January 8, 2011

Nak KAYA?? sayang DIRI SENDIRI

Salam hormat semua...

Post kali ni Wan nak kongsikan satu konsep kekayaan yang ramai orang tidak tahu, dan ini menyebabkan ramai mengigit jari setelah bekerja kuat berpuluh tahun tapi tak juga kaya-kaya(maksud disini hidup senang).

Apa sebabnya ek?

Apabila mendapat gaji setiap awal bulan, (tidak kira samada RM500 atau RM10,000 sebulan), biasanya, perkara pertama yang kita akan buat ialah berikan gaji kita kepada bank (ansuran kereta, rumah dan kad kredit). Kita juga baik hati dan berikan gaji kita kepada TNB, Astro, SAJ. Oh ya, tidak lupa juga kita berikan gaji kita untuk jadikan Tesco, Giant dan restoran mamak jadi lebih kaya.

Masalahnya ramai yang LUPA untuk berikan gaji kepada diri mereka sendiri terlebih dahulu. Hasilnya selepas berkhidmat selama 30-40 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit pencen yang cukup makan sahaja.

Jadi Rahsia Kekayaannya: Anda mesti membayar paling kurang 10%-30% kepada diri anda terlebih dahulu, kemudian barulah berikan kepada orang lain. Buatlah secara automatik, melalui potongan gaji dan simpan dalam ASB, ASW atau dana amanah lain. Anda boleh lakukannya dengan mula BERJIMAT.

Anda mungkin tidak percaya hebatnya rahsia kekayaan ini, tapi cuba renungkan kisah ini dalam satu blog yg Wan baca baru-baru ini:


--- Kisah Benar Pakcik Y ---

Pakcik berkahwin awal tahun 80'an. Untuk 10 tahun pertama,
pakcik dan makcik BERJIMAT CERMAT sakan. Pakcik simpan
dari RM1k, makcik dari RM500 sebulan dalam ASN/ASB,
kemudian tambah sikit2 bila ada promotion tanpa bermewah-mewah.

10 bulan setahun kami menabung, bulan raya dan bulan Disember
kami tidak menabung. Pakcik beli keto pertama model second
hand sahaja, tinggal pula dirumah sewa selama 7 tahun.

Kami tak pakai orang gaji. Shoping kat pasar malam saja.

Pada awal tahun 90'an BERKAT BERJIMAT CERMAT dan menabung
dalam ASN/ASB - wang terkumpul termasuk dividen dalam ASB
pakcik&makcik masing-masing mencapai RM200,000+ dan RM100,000+
[Jumlah melebihi RM300,000].

Selepas tu pakcik dan makcik simpan sikit2 jer dan menikmati
pulangan yang lumayan. Hasil daripada pulangan kami telah
langsai semua hutang termasuk hutang perumahan makcik. Makcik
telah berhenti kerja pada tahun 1997 kerana pulangan pelaburannya
‘mencukupi’ untuk bekalan tua. Pakcik masih bekerja dan kini
berfikir untuk ambil persaraan opsyen.

Pada tanggal 2,Jan 2009 baru2 ni Pakcik dan makcik masing-masing
mendapat pulangan RM34,000+ dan RM16,000+ [jika dicampur jumlahnya
sekitar RM50,000] dari pelaburan ASB.

Kini jumlah dalam ASB pakcik=RM480,000.00+, dan makcik RM220,000.00+
[total RM700,000.00+] dan berjaya mengutip sekitar RM50,000.00
setahun…

Kini pakcik sedang timbang2 untuk bersara awal kerana pulangan ASB
dicampurkan dengan pension dijangka melebihi perbelanjaan tahunan -
boleh simpan atau gi holiday kat luar negeri. Pakcik hanya akan
keluarkan dividen sahaja setiap tahun, wang pokok dalam ASB biarlah
disitu sebagai pusaka untuk anak2.

Moral: BERJIMAT dan menabunglah sebanyak mungkin untuk sepuluh tahun
pertama, insyaAllah cerah masa depan.

Bila membeli kereta, pastikan harganya tidak melebihi 18 bulan
pendapatan, seelok2nya 12bulan sahaja.

Bila membeli sebuah rumah, jangan melebihi 50 bulan pendapatan.

wassalam

- Pakcik Y

---------

Masanya belum terlambat untuk anda laksanakan Rahsia Kekayaan ini, BAYAR 30% KEPADA DIRI SENDIRI DAHULU, iaitu sasaran 30% daripada gaji anda atau mulakan dengan 5% adalah lebih baik daripada langsung tidak membayar apa-apa kepada diri sendiri.


PS: Anda perlukan wang extra untuk mula melabur bagi meningkatkan keuntungan anda, tetapi tanpa berjimat maka tiadalah wang extra untuk anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...