Wednesday, February 2, 2011

Kebebasan Kewangan

Emm, Kita selalu dengar pasal ketenangan minda@mental & fizikal, tapi jarang2 pulak dgr pasal ketenagan kewangan kan. Jarang2 dipertengahkan tapi jangan diambil mudah, sebab benda ni pOn bersangkut-paut.

Contoh la (Ws Equilibrium*):
*baca boleh caye jgn(tp cam btol gak)

KEWANGAN --> MENTAL + IMAN --> FIZIKAL
(tak stabil) (tak stabil) (tak stabil) (komfem tak stabil)

ini la jadinya (err.. ni bukan saya)



Haa, cuma kali ni Wan nak tambah sikit info yg dikirim oleh sorang sahabat e-mail tentang ketenagan kewangan dibawah.

Bagaimana nak capai ketenangan kewangan ni? Satu persoalan
yang akan bermain dalam fikiran apabila umur kita dah mencecah
35 tahun ke atas. Untuk yang berumur kurang dari 35, selalunya
perbelanjaan kita keluar seperti air, lancar saja.. kan?

Apabila mula bekerja 2 sumber utama kelompangan selain perbelanjaan
perkahwinan;
>> beli kereta
>> sewa/beli rumah untuk didiami

Itu belum masuk perbelanjaan 'syok-syok' enjoy zaman muda,
tak salah nak enjoy tapi harus berpada-pada. Ada 3 kesan utama dalam perbelanjaan;

[1] Belanja banyak.... kurang simpanan
[2] Belanja banyak.... tinggi kos 'lifestyle' bulanan kita
[3] Belanja banyak.... tinggi kos saraan 'retirement' kita

Semua tu berkait sebenarnya, jarang yang mula bekerja berfikir tentang
persaraan kalau ada pun akan membisikkan dalam diri, "KWSP kan ada.."
Tapi tahukah anda kajian yang dibuat menunjukkan majoriti pencarum
habis duit KWSP/EPF dalam masa 3 tahun sahaja!! Lepas tu apa jadi?

Prinsip asas ialah, kurangkan belanja.. lebihkan simpanan! Dan simpanan itu ditukarkan kepada PELABURAN

[1] Belanja banyak.... kurang simpanan

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan (FORMULA SAKTI)

Simpan dulu baru belanja. Set kan berapa % nak simpan (harus lebih 15%). Ramai
yang NIAT dulu nak simpan, tapi tak buat sebab belanja dulu, di akhir bulan
baru semak baki dan itulah jumlah simpanan. Itu cara tak betul, simpan dulu baru
belanja! Jangan amalkan formula SAKIT ini;

Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan (FORMULA SAKIT)
[2] Belanja banyak.... tinggi kos 'lifestyle' bulanan kita

Contoh terdekat, apa yang biasa dibuat oleh ramai orang bila gaji naik?
>> baju baru, siap tukar 'brand'. Dulu beli di 'Gedung Hari-Hari' sekarang di 'Isetan' (contoh)
>> kereta baru. dulu 'junior executive' bawa Saga, sekarang 'senior exec', tukar Honda City
>> makan. dulu makan kedai Mak Jijah, sekarang 'TGI Friday's'

Jadinya, kenaikan gaji itu tak mendatangkan kesan kepada JUMLAH SIMPANAN' anda
juga sebab sudah disalurkan untuk taraf kehidupan yang lebih 'stylo'. Maka pada
akhirnya simpanan sebelum kenaikan gaji dan selepas kenaikan gaji sama saja..
Ianya terjadi pada saya juga pada awalnya, ye lah seronok dapat duit banyak
tapi pada akhirnya tengok kadar simpanan tetap sama. Sebab itu anda perlu tetapkan
jumlah dalam % dan bukan jumlah tetap dalam ringgit!
[3] Belanja banyak.... tinggi kos saraan 'retirement' kita

berkait dengan kesan ke-2 tadi, bila naik gaji, cara hidup berubah, perbelanjaan
bulanan bertambah disesuaikan dengan jumlah gaji yang diterima. Bila bersara,
sudah tentu kos saraan bulanan kita juga akan sama dengan jumlah saraan semasa
bekerja. Katalah gaji sebelum bersara RM10k dan selepas bersara ianya RM5k, mampukah
kita 'survive'? Dulu biasa makan ayam percik, sekarang serunding ayam je.. Masa ni
lah duit KWSP/EPF dikerjakan!!

[PENYELESAIAN]
Asasnya sekarang ialah simpanan kita. Disiplin dalam simpanan. Jika gaji RM2k, perbelanjaan
bulanan RM1.5k, bila gaji naik RM4k, cuba kekalkan perbelanjaan pada jumlah RM1.5k atau lebih
sedikit, makanya ada banyak lebihan untuk simpanan. Jangan ubah gaya hidup sebab pendapatan
bertambah (Kesan no.2), cukup sekadar meraikannya sekali bersama keluarga.

Seharusnya gaya hidup sebelum kaya dan selepas kaya tak jauh bezanya, jika itu berlaku
maka anda hampir kepada matlamat 'ketenangan dalam kewangan'

Adakah artikel ini bermanfaat? Ya! Wan rasa sangat ianya sangat bermanafaat sebagai panduan Wan dlm menempuh alam pekerjaan ni & kepada rakan2 pembaca yg masih menuntut pulabolehlah dijadikan panduan untuk masa akan datang.=)

p/s: ketenagan minda adalah kunci kekayaan yg sebenar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...