Saturday, April 23, 2011

Harga Emas Lepasi USD1500/oz


Waduh.. waduh wak! masyuk betul.....

Harga 1 paun emas dalam Dollar US

Harga 1 gram emas dalam Ringgit M'sia


HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Sumber : Harian Metro & Goldprice.org

KRI Teluk Banyur ditenggelamkan, bukti??

Peluru Berpandu Yakhont semasa dilancarkan

20 April yang lalu Angkatan Laut Indonesia telah berjaya menjalankan beberapa ujian peluru berpandu milik mereka. Antaranya peluru berpandu anti-permukaan P-800(Yahont), roket anti-bawah permukaan RBU-6000(Smerch-2) serta peluru berpandu anti-udara GWS-20(Sea Cat).

Ujian kemampuan persenjataan milik inventory angkatan laut republik ini diadakan bagi membuktikan sistem persenjataan mereka 'berbisa' bagi menghadapi ancaman musuh. Sasaran bagi ujian kali ini berupa sebuah kapal uzur bekas Angkatan Laut Indonesia, KRI Teluk Banyur.
SASARAN - KRI Teluk Banyur

Peluru berpandu GWS-20 atau digelar sebagai 'Sea Cat' merupakan peluru berpandu anti pesawat aras rendah buatan British. Sea Cat merupakan peluru berpandu anti pesawat pertama dicipta bagi menggantikan meriam anti-pesawat Bofors-40mm.

'Sea Cat' sebelum pelancaran

Peluru berpandu 'Sea Cat' semasa dilancarkan

Roket RBU-6000(Smerch-2) merupakan sistem roket tanpa panduan anti kapal selam buatan Rusia. Dengan kaliber 213mm ianya menggunakan dorongan enjin reaksi bagi meluncurkan roket.
Roket RBU 6000 diselenggara

Roket RBU 6000 sewaktu dilancarkan

Antara yang menjadi perhatian dalam ujian kali ini adalah kemampuan peluru berpandu anti-kapal permukaan supersonik buatan Rusia P-800(Yakhont) yang dikatakan mampu mengenai sasaran sehingga 300km pada kelajuan 2.5 mach!.

Tiub pelancaran P-800(Yakhont) diatas KRI Oswald Siahaan-354

P-800(Yakhont) yang baru diperolehi oleh Angkatan Laut Indonesia ini merupakan versi asas kepada peluru berpandu terkini ciptaan bersama Rusia & India, BrahMos.

P800(Yakhont) semasa dilancarkan

Walaupun sudah beberapa hari ujian ini dijalankan tetapi masih tiada lagi rakaman video mahupun foto yang membuktikan beberkesanan peluru berpandu ini mengenai sasaran. Contohnya seperti foto ini :

Wednesday, April 20, 2011

Yamaha 135LC 2011 Baru

Setelah beberapa bulan menunggu sejak hujung tahun lalu mengenai desas-desus 135 LC 5-speed akan dilancarkan Di Malaysia. Kini penantian ini berakhir setelah model ini dilancarkan hujung Mac yang lalu.









Foto ikhsan : www.FitriHadi.com



Sunday, April 3, 2011

MIsteri disebalik Battle of Los Angeles

Ehemm.. dah tengok cerita ni??? World Invasion: Battle of Los Angeles.. sebuah filem padat dengan aksi pertempuran arahan Jonathan Liebesma. Cerita ini mengisahkan tentang perjuangan manusia menentang makhluk asing yang ingin menakluki bumi.

Tidak seperti filem seangkatannya sebelum ini seperti War of The World yg menampilkan jalan cerita yg perlahan. Filem ini lebih menarik dengan menonjolkan pelbagai aksi pertempuran di sekitar Bandar Santa Monica, dimana tempat serangan bermula. Pelbagai strategi & kelengkapan ketenteraan konvensional masa kini juga diketengahkan bagi menumpaskan musuh yg 'tidak nyata kewujudanya' ini.

Tapi tahukah anda bahawa 'Battle of Los Angeles' juga merupakan sebuah kisah benar??
Ianya dikenali juga sebagai 'The Great Los Angeles Air Raid' yg juga merupakan satu siri pertempuran menentang 'musuh yg tidak wujud'.

Memandangkan ketika itu Perang Dunia Ke-2 sedang berada dikemuncaknya selepas Pelabuhan Pearl Harbour diserang oleh Tentera Laut Jepun dan serangan kapal selam Jepun di Perairan Santa Barbara. Pertahanan Udara Amerika Syarikat dipesisir pantai barat diletakkan dalam keadaan berjaga dengan kemungkinan serangan tidak diduga tentera udara Jepun. Lalu mewujudkan "war nerves" yang tinggi dikalangan Tentera Amerika Syarikat.

Tetapi pada malam 25 Feb 1942, kemunculan tiba-tiba satu objek yg tidak dikenalpasti telah disalahtafsirkan oleh Pasukan Pertahanan Udara Amerika Syarikat yg menyangka ianya serangan pesawat tentera udara Jepun. Lalu mengaktifakan siren amaran, mengeluarkan perintah bergelap & penembakan artileri pertahanan udara oleh 37th Coast Artillery Brigade keudara selama beberapa jam.
Kesilapan ini telah mendapat liputan meluas media ketika itu. Dan akibatnya hampir 2juta penduduk Los Angeles berada dalam ketakutan dan 3 orang mati akibat serangan jantung(terkejut) dari tembakan meriam bertalu-talu. Ada yang mengatakan objek misteri itu adalah UFO, belon kaji cuaca dan sebagainya.

Tapi tragedi ini sememangnya mempunyai kesinambungan dengan filemnya iaitu, World Invasion: Battle of Los Angeles. Atas tragedi itu jugala Wan tertarik dengan cerita ni. Sejak ditayangkan pada 11 Mac lalu, dah 3kali tengok ini cherita. First masa baru keluar kat panggung dan 2nd & 3rd download kat tenet.

Nak tengok free bolehlah download ---> disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...