Monday, December 31, 2012

Dividen ASB 2012 : 8.90% (Dividen 7.75 Sen Seunit + Bonus 1.15 Sen Seunit)



Dividen ASB untuk 2012 ialah 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Dividen ASB 8.9% 2012 ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan 7.75 sen ini lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Sebenarnya ASNB mampu memberikan 10.8% dividen ASB 2012 (dividen+bonus) namun selepas membuat pertimbangan ASNB hanya memberikan 8.9% sahaja.

Untuk rekod, sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3% kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan.


Bagi yang tak sabar nak menerima dividen tu, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.

Buat masa ini, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus.

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.

Sebenarnya Wan jangkakan dan ramai yang jangkakan dividen tahun 2012 ini sebanyak 9.0% atau lebih namun realitinya dividen 2012 ini sebanyak 8.9% sahaja tapi masih menunjukkan trend meningkat iaitu naik 0.1% daripada tahun 2011.

Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen 6.6% sahaja untuk 2012. Syukurr...

Jom kita usha rekod pembayaran dividen ASB sebelum ini :-


Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai pinjaman ASB di bank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam. Wan pun kenal ASB ni melalu 'teknik' ni juga. Cuba baca post Wan yang lepas pasal LOAN ASB.



Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya... sikit-sikit pun tak mengapa daripada tiada langsung.

Okey, selamat menuai hasil :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...