'Mangsa' pertama kali ni adalah kedai Nasi Kerabu Arizam II. Lokasinya adalah berhadapan dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA), Dungun. Menu istimewa disini adalah Nasi Kerabu ayam@daging bakar. Menu lain seperti Nasi Ayam Percik & Nasi Tomyam.
Yang pastinya tukang masak kat sini sume lelaki, adik beradik(bisness family kot.. baguih). Harga pula cukup berpatutan & tak kisahlah kedai nih sentiasa jadi tumpuan student poli untuk lunch kat sini.Nasi Kerabu Campur(Ayam+Daging Bakar) = RM4.50
Nasi Kerabu Ayam@Daging Bakar = RM3.50
Nasi Tomyam = RM3.00
Nasi Ayam Percik = RM2.50
Nasi Tomyam = RM3.00
Nasi Ayam Percik = RM2.50
Selain harga yang berpatutan Ayam@daging bakarnya yang 'kaw'2 pastinya tak menghampakan sesiapa yang mencuba. Nasi pon banyak jugak, senang cite makan lunch bleh kenyang sampai malam la, haha.Lagi satu, Wan nak usha sangat kedai nih sebab masa bulan puasa aritu Wan selalu beli nasi kerabu dieorang kat Bazar Ramadhan Sura Gate & Batu 50(siap ada 2 gerai cawangan). Sampai la satu hari tu Wan dapat tau yang gerai kat bazar ni ade kedainya sendiri, iaitu Nasi Kerabu Arizam 2.
HohOo.... selamat mencuba.






![[redzuansalleh.blogspot.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_usoz_2.gif)




No comments:
Post a Comment