Sunday, October 17, 2010

ASB Loan dari RHB (Easy-ASB)

nk baca tu double click la ea, maap kureng jelas...

Kebelakangan nih Wan dok asyik buat research memanjang (ngah xde keje la tuh). Research pasal ape tuh?? haah... pasal nak tambah fulus la. Salah satu cara yang Wan rasa ok adalah melalui pelaburan ASB atau Skim Amanah Saham Bumiputera.

Nak melabur ni kalo nk untung banyak modal kenalah banyak jugak. Jadi kenalah menyimpan, tak pun meminjam. Yela tapi kadang2 mentaliti sesetengah kita ni kalo suruh menyimpan melengah-lengah sbab tak wajib, tapi kalo bab2 bayar hutang xboleh melengah punya sebab wajib bayar. So, paham-paham la.. Sekarang nih pun ada banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB cam CIMB, Maybank, RHB easy.

Cuba tengok maklumat yang Wan dah kumpul.
Sejarah dividen dan bonus pelaburan ASB

Sejarah BLR (kadar pinjaman asas) Bank Negara Malaysia

*Bayaran bulanan termasuk insurans. (Boleh diperolehi di bank berkaitan)
(Bayaran insurans hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.)

Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB.

Maknanya, untung rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun.Ambil tempoh maksimum 25 tahun untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan.

Boleh juga berhenti bila-bila masa (tetapi syarat mesti lebih dari 3 tahun-baru dapat untung)

Dalam analisa ini, Wan ambil pakej terbaik buat masa nie dari RHB melalui EasyASB
Kenapa RHB???
*buat masa ni, hanya RHB yg offer tempoh 5tahun pertama untuk bayar interest(BLR-1.0%) sahaja & bakinya bayar pinjaman pokok+interest. So, bayaran bulanan lebih kecil.

Katakan Wan ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun.
Kadar interest sekarang 5.3%(BLR 6.3%-1.0%)
Kadar dividen + bonus ASB 8.55% .
Berikut adalah analisa yg Wan dapat.

5 tahun pertama:

kadar interest RM 100 000 x 5.30% = RM5300 setahun
pulangan ASB RM 100 000 x 8.55% = RM8550 setahun
kadar keuntungan RM8550 - RM5300 = RM3250 setahun
@RM3250/12 = RM 270 sebulan

20 tahun berikutnya:


total interest RM 100 000 x 5.30% x 20tahun = RM106 000
bayaran berikutnya RM100 000 + RM 106 000 = RM206 000
@
RM206 000/300bulan = RM687 sebulan
dividen ASB RM 100 000 x 8.55% = RM8550 setahun
@
RM8550/12 = RM 713
kadar keuntungan RM713 - RM687 = RM26 sebulan

Paling teruk pun, Wan cuma perlu membayar ansuran pinjaman untuk tahun pertama sahaja(RM442 sebulan)... tahun ke2 dan seterusnya boleh guna dividen ASB tu untuk rolling bayar ansuran pinjaman.

Dari kira-kira di atas.. pulangan 5tahun pertama memang menguntungkan. Walaupun untung selepas 5taun sangat kecik ianya masih tetap untung dan tak membebankan Wan sebab dah nama pun pelaburan ni dibuat atas dasar pinjaman. Dan yg paling penting selepas 25 tahun, Wan dapat total RM100k. masyuk $_$

Catatan:
- Sesuaikan jangkamasa tempoh pinjaman dengan umur anda. Jika aturan anda betul, anda akan menikmati masa persaraan yang terjamin. Insyaallah.
- Selain melalui pinjaman, melabur melalui simpanan sendiri adalah lebih menguntungkan(lebih afdhal&berkat) tp bergantung kepada komitment, disiplin & mentaliti diri masing2.

SEKIAN, SELAMAT MELABUR.

4 comments:

  1. Assalamualaikum...Wan,nak tanya...if melabur rm70000....dan katakan dividen w/o bonus katakan la 7%....so rm70000x7%=rm4900 end of the 1st year...yg rm4900 nie boleh bawak keluar semua tak?

    ReplyDelete
  2. W'salam...
    it's up 2 u, info yg Wan dpt dr pihak RHB pn mmg xde halangan:)

    ReplyDelete
  3. salam wan,rhb nie loan asb ikot islamic pnye ke or konvensioal??

    ReplyDelete
  4. W'salam..
    RHB easy in konvensional, islamic stakat ni maybank ada..

    Alhamdulillah, Wan dh start apply Jan 2011 & staun kemudian, Jan 2012 dah dpt merasa dividen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...