Friday, November 26, 2010

Pasukan Udara Tentera Darat


Untuk entry 'military' kali ni, Wan nak intro pasal Pasukan Udara Tentera Darat(PUTD).
PUTD merupakan satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat.

Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 di pengkalan udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kluang, Johor. Merupakan sebuah kor tentera 'termuda' didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

PUTD memulakan operasi penerbangan 11 Mac 1995 pada hari 881 Skuadron ditubuhkan dengan rasminya. Ketika itu 881 Skn dilengkapi dengan 10 pesawat SA316B Alouette III yang dipindahmilik daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Alouette III milik PUTD yang kini menjadi bahan pameran dimuzium

Pada tahun 2006, 881 Skuadron diperkuatkan dengan penghantaran 11 buah helikopter A109 LOH(Light Observation Helicopter) buatan AgustaWestland. Pasukan Udara Tentera Darat menjadi pengendali pertama A109 LOH di Asia. Helikopter-helikopter ini dilengkapi dengan persenjataan roket 70-mm dan meriam 20-mm.
dilengkapi roket tanpa panduan 70mm & pod meriam 20mm
gagah dengan celoreng 'harimau' tentera darat Malaysia

Peranan Pasukan Udara Tentera Darat termasuk :
1)memberi sokongan taktikal kepada formasi-formasi Tentera Darat
2)tinjauan medan tempur (light observation)
3)beroperasi sebagai sebahagian daripada satu pasukan gabungan senjata (combined arms team)
4)memberikan bantuan tembakan dari udara
5)sokongan anti kereta kebal
6)bantuan tembakan dari udara secara langsung
7)menyerang sasaran-sasaran peluang
8)memberikan pengangkutan taktikal (terhad)
9)medevac kecemasan
10)mencari dan menyelamat

Bagi melengkapkan operasi pasukan baru ini, 2 buah skuadron lagi diperlukan. Selain Skuadron Peninjau(881), Skuadron Helikopter Pengangkut(882) & Skuadron Helikopter Penyerang(883) juga bakal ditubuhkan.

Antara calon-calon helikopter yang dipertimbangkan sesuai adalah seperti:
Helikopter Penyerang Denel Rooivalk dari Afrika Selatan

Helikopter Penyerang Tiger dari firma Eurocopter

Helikopter pengangkut Mi-171 dari Russia

1 comment:

  1. Saya ada buat entry khas sempena sambutan ulangtahun 78 Tentera Darat. Silalah berkunjung ke http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...