Ujian kemampuan persenjataan milik inventory angkatan laut republik ini diadakan bagi membuktikan sistem persenjataan mereka 'berbisa' bagi menghadapi ancaman musuh. Sasaran bagi ujian kali ini berupa sebuah kapal uzur bekas Angkatan Laut Indonesia, KRI Teluk Banyur.
SASARAN - KRI Teluk BanyurPeluru berpandu GWS-20 atau digelar sebagai 'Sea Cat' merupakan peluru berpandu anti pesawat aras rendah buatan British. Sea Cat merupakan peluru berpandu anti pesawat pertama dicipta bagi menggantikan meriam anti-pesawat Bofors-40mm.
Peluru berpandu 'Sea Cat' semasa dilancarkanRoket RBU-6000(Smerch-2) merupakan sistem roket tanpa panduan anti kapal selam buatan Rusia. Dengan kaliber 213mm ianya menggunakan dorongan enjin reaksi bagi meluncurkan roket.
Roket RBU 6000 diselenggara
Roket RBU 6000 sewaktu dilancarkanAntara yang menjadi perhatian dalam ujian kali ini adalah kemampuan peluru berpandu anti-kapal permukaan supersonik buatan Rusia P-800(Yakhont) yang dikatakan mampu mengenai sasaran sehingga 300km pada kelajuan 2.5 mach!.
Tiub pelancaran P-800(Yakhont) diatas KRI Oswald Siahaan-354P-800(Yakhont) yang baru diperolehi oleh Angkatan Laut Indonesia ini merupakan versi asas kepada peluru berpandu terkini ciptaan bersama Rusia & India, BrahMos.



No comments:
Post a Comment