Sunday, May 22, 2011

TLDM semakin menyengat...

Sejak kebelakangan ini, Wan perhatikan Entiti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semakin mendapat perhatian dikalangan pemerhati ketenteraan serantau. Ianya begitu membanggakan terutamanya kepada seluruh anggota organisasi ini dan warga Malaysia amnya.


Tidak kurang pula ada diantaranya yang menganggap perkembangan ini menjadi suatu ancaman yang harus ditanggani.


Bagi Wan, apa yang sedang berlaku ini pastinya satu perkembangan yang menarik dan harus diikuti dari masa ke semasa. Link yang Wan sertakan dibawah boleh dibuka untuk rujukan ke artikel yang dimaksudkan.



Bermula dari artikel pertama yang baca mengenai lawatan Dato' Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia ke Jakarta, Indonesia. Sidang media yang diadakan menyentuh tentang Pengoperasian Skuadron Kapal Selam TLDM. Mungkin menarik untuk dikongsikan di'link' tersebut. Jika disalah anggap mungkin ianya dianggap satu ancaman yang akan memulakan perlumbaan kekuatan senjata di Rantau ASEAN.

Artikel kedua pula, mengenai kuasa udara TLDM yang mula meningkat naik terutamanya dalam operasi anti-kapal selam. Dikatakan sebagai Tindakbalas Kepada Kekuatan Kapal Selam China. Bermula dengan 2 buah skuadron yang terdiri daripada 6 buah helikopter Fennec & 6 buah helikopter Super Lynx serta tambahan pembelian 6 buah lagi Super Lynx.

Tidak kurang juga dengan kejayaan TLDM membanteras jenayah Lanun di perairan antarabangsa telah menjadikan organisasi ini disegani Di Rantau Asean. Dengan bantuan Skuad Udara, pasukan ini dapat menjalankan operasi mereka dengan lebih efisyen dan berkesan. Seterusnya menjadikan ianya Pasukan Sayap Udara Tentera Terbaik.



Selamat Maju Jaya TLDM. Syabas...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...