Tuesday, September 7, 2010

Eehh.. da nak rayee..

Assalamualaikum sume...

malas tul kblakangan nih nak post smthin kat blog nih. Tak tau la nape, mgkin dh ketandusan idea kot. Mana taknye, idea2 yg bernas tlah dialirkan terus menerus ke arah bazar2 ramadhan sbg persediaan tuk, emm.. nk buke ape ek ptg nh?? X pon nk bli ap ek tuk raye nanti... hmmmm

xpe la, tuk mengisi slot nih(ceh slot) Wan nk cite sket pasal preparation Wan b4 nk raye nh... Kebtulan last week 'payday' & merupakan hari yg ditunggu oleh mereka2 yg bekerja especially raya yg tinggal sminggu lagi nih.

So, spt yg tlah dirancang & diangan-angankan, ni la masa yg sesuai tuk 'mengirai' (memblajekan)
dwet hasil usaha sndiri slama sblan yg lalu. Tapi tuk raya nih, Wan xbajet bnyak sgt memadangkan Wan pn cme cti sampi raye ke-3 je.. DIULANG raya KETIGA SAHAJA.

Nampaknya, kalo baju Melayu tu sepasang pOn dah lebih dr ckup. Klo ikot ati, pkai bju taun lepas pon xpe kalo stkat raye 3 ari je, uhuk2.. tp mmndangkn taun nih 'agak brduet', xpe bli la satu,JOHN MASTER punye siap butang free lagi tuh...
huhu, dh trpengaruh ngan iklan nih.. adkah Wan 'sehensem' ini dpagi syawal nanti hehe...
Lain2 cam jean & t-shirt sepasang sume Wan carik kat JUSCO Tebrau City, sbab tmpt nih kononnye ade bnyk discount(wlaupn xde la murh mne, hehe). Cume songkok & sandel nnt Wan nk carik kat Pekan Parit Raja malam raye nanti.
Kueh raye?? haa, taun nih Wan buat kejutan sket tuk fmily, huhu. Buat 1'st timenyer Wan bwk blik biskot2 yg diorde dr akak2 opis tmpt keje Wan. Mama xyah buat biskot taun nih, biar Wan yg buat, hehe...(padahal oder je kueh2 tunjuk dri katalog)
Haa, mercun&bunge api.. mmg xkan meriah raya Wan kalo xde mende nih sume. So, Wan dh stnbykn stok trus dr supplier & skali ngan delivery(xbran nk amik sndri). brg panas wo, murah gle wa ckp lu.
Insyallah, kalo smpat MERIAM TANAH kat depan bleh la di'touch up'2kn. Dah masok 3taun mriam nih berbakti menyumbangkan kemeriahan dihari raye kat kampunku yg terchenta.. haha..
Pelita & lampu raya Malik dh stnbykan. hmm, tp jeles tul la dgn bebudk skolh ni dh la dpt cti pnjang dpt lak duet raye. Taun ni jgn ckp dpt duet raye kena bg adalah, huhu.. tp cam best je ek
Ok laa, stakat nih je Wan nk melalut b4 tibanya Syawal. Lagipun esok 8/9/2010 (Rabu) Wan pun dah nk berangkat pulang ke Desa Parit Tengah & meninggalkan Desa* Cemerlang. Wan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS:
*berhati-hati dijalan raya
*berhati-hati makan kueh raya
*jauhkan diri dari mercun, bunga api & meriam yg semestinya berbahaya
*jaga kesihatan dihari raya
*kembali bertugas selepas raya
Wassalam...

Friday, August 27, 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa (versi Ramadhan)


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padakuKu
kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

---OST 'SYURGAMU RAMADHAN'---

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa

yang ditunggu2 & diidam2kan....(buke ngan family)
Kabare wak....

humm, sedar x sedar lusa dah masok bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlari, huh..huh..
Gembira tul taun ni dpt sambut puasa kat negeri tumpahnya darahku JOHOR (patriotik sket dbulan kemerdekaan nih).
Oh yeah, tak lupa slamat menyambut hari kemerdekaan kepada warga seberang selat, Singapura yg ke-54. Dgn tema ''Live Our Dreams And Fly Our Flags'' yg patOt dicontohi oleh rakyat M'sia yg bakal menyambut hari yang sama tak lama lagi.

Emm.. corner balik pasal nak pose nih, lebih2 lagi nak sambut 1'st day puasa kat umah dgn family, kata org tu dari sahur sampai la ke berbuka gembira TAK TERKATA WEH!!!.... kalo 3taun yg sudah2 bape ari jek dpt pose kat umah, tu pOn dah last, jauh skali la pada 1'st day uh.

Lagi3... hmm, nk terawih ngan org2 sekampung kat surau Al-Falah& pegi bazar ramadan kat Parit Betak. Huhui, cam bdk2....
Bebrapa jam dari skarang pn pengumuman puasa akan dibuat. Tapi klo cam kat atas nih bohong la. Rase xpenahnya Wan dgr lg tarikh dijatuhkan pada esok hari, paling koman pOn lusa la(yeke??).

Oleh itu, Dikesempatan nih Wan nak ucapkan SELAMAT BERPUASA & maaf andai ada tersalah bahsa & tingkah laku (ade ker??) disepanjang Wan menulis blog nie...
Babai... :)

Thursday, July 29, 2010

KD Abdul Rahman tunjuk 'Taring'

Assalamualaikum...
kalo sblum ni Wan penah post artikel pasal SU-30MKM 'tunjuk taring' @ 'test power' selepas lengkap penerimaan 18 buah unit. Kali ni Wan tertarik plak tuk nk post pasal kapal selam kita KD Tunku Abdul Rahman 'Test Power' selepas lengkap ketibaan kedua-dua buah kapal selam....

Misil bawah permukaan ke permukaan Exocet SM-39

Latihan kali nie adalah dengan melancarkan penembakan misil bawah permukaan ke permukaan, Exocet SM39 blok dua untuk memusnahkan sasaran permukaan (STB) berukuran 40 meter. Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pelancaran tepat pukul 10.15 pagi tadi di kawasan Laut China Selatan membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam negara menjalankan sebarang misi jika diperlukan "Misil yang dilancarkan tepat ke sasaran berukuran 40 meter pada kedudukan 40 kilometer (22 batu nautika) dari kedudukan kapal selam. "Ia dilancarkan ketika KD Tunku Abdul Rahman berada pada kedalaman 55 meter iaitu paras di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Misil Exocet SM39 blok dua merupakan aset negara yang diperolehi dari Perancis pada pertengahan 2008. Peluru berpandu sepanjang enam meter dan berdiameter 35 sentimeter itu seberat 2,100 kilogram. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kontrak ujian tropika. "Ia juga bertujuan mengesahkan keberkesanan misil Exocet SM39 blok dua dan sistem persenjataan KD Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika," ujarnya. Sebanyak 10 unit misil terlibat dalam penembakan tersebut akan turut menyertai latihan gabungan TLDM iaitu Eksesais Operasi Laut (Ostex) dan Latihan Integrasi Armada Kapal Selam (Subfit) yang berlangsung selama seminggu bermula hari ini(29/07/2010) di kawasan Gugusan Semarang Peninjau, Laut China Selatan.

Pada Wan dengan latihan camni sekurang-kurangnya dapat menutup mulut pelbagai pihak yg kata kapal selam nie rosak teruk & xdpt dioperasaikan. Yang paling penting dapat membuktikan kemampuan sebenar skuadron baru kapal selam negara, Syabas TLDM....

Pemandangan dari atas markas hadapan skuadron kapal selam TLDM, Teluk Sepanggar, Sabah....

Monday, July 26, 2010

Amalan Malam Nisfu Syaaban


1. apabila selesai solat Maghrib, hendaklah dibaca Yaasin dgn diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan diluaskan Allah rezeki yang halal dan diberkatiNya, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan dimatikan dalam iman (Husnulkhotimah), kemudian dibacakan doanya.


2. perbanyakkan istighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita


3. Mohon keampunan dua ibu bapa(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil)


4. mohon keampunan dan taubat diri(Aku Mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya)


5. membaca(Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan diaNya, dgn cara ikhlas kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid walaupun dibenci oleh orang kafir)


6. membaca Al-Quran7. membaca tasbih-Subhanarabial a3la (100x), Subhanallahi wabihamdihisubhanallahilla’zim (100x)8. membaca selawat atas Nabi


9. membaca zikrullah – Allahu akbar


10. solat2 sunat –sunat isyraq, sunat dhuha, sunat mengiringi Fardhu, sunat awwabin, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat witir, sunat hajatRebutlah amalan sebanyak-banyak yang boleh.


Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...