Thursday, March 31, 2011

Selamat ke LOJI NUKLEAR ??

Kemalangan nuklear terbesar di ChernobylKemalangan nuklear terbesar di Chernobyl

Memang benar, ini merupakan kemalangan loji nuklear yang meragut banyak nyawa, dan dikenang sampai sekarang. Tapi jom kita kaji.

Eksiden loji nuklear yang boleh dikatakan besar ialah dua di atas tu je. Ada beberapa eksiden loji nuklear yang lain, cam kebocoran dan lain-lain, tetapi tidaklah seteruk mana. Dibanding dengan loji nuklear yang beratus-ratus jumlahnya (tengok list di sini. Malaysia ada tu!), kalo hanya ada dua kemalangan besar kira boleh kita kata rekod kemalangan yang amat sikit.

Yang kemalangan itu pun, tak berlaku semudah yang disangka.

Kita ambil contoh kes kemalangan Three Mile Island. Kemalangan yang berlaku sebenarnya bukanlah sekadar kesilapan teknikal ‘bodoh’, tetapi adalah rentetan pelbagai kerosakan yang secara kebetulan pula berlaku secara serentak! Sori ar, kenyataan dia panjang, malas lak nak translate. Boleh faham kot kalo tak translate pun:

There was a relatively routine blockage in what is called the plant’s “polisher” – a kind of giant water filter. The blockage caused moisture to leak into the plant’s air system, inadvertently tripping two valves and shutting down the flow of cold water into the plant’s steam generator. Like all nuclear reactors, Three Mile Island had a backup cooling system for precisely this situation. But on that particular day, for reasons that no one really understands, the valves for the backup system weren’t open. Someone had closed them, and an indicator in the control room showing they were closed was blocked by a repair tag hanging from a switch above it. That left the reactor dependent on another backup system, a special sort of relief valve. But, as luck would have it, the relief valve wasn’t working properly that day either. It stuck open when it was supposed to close, and, to make matters even worse, a gauge in the control room that should have told the operators that the relief valve wasn’t working was itself not working!

Apa yang terjadi hari itu bukan sebab satu kerosakan, tetapi 5 malfunction yang tiada kaitan antara satu sama lain kebetulan berlaku secara serentak! Kalaulah kerosakan-kerosakan tu jadi berasingan, benda tuje. macam kena gigit nyamuk

Cumanya sebaik-baik penjagaan pun, eksiden yang luar biasa camni boleh juga berlaku. Tapi dari situ kita belajar. Kapal terbang pun sama. Takkan dalam beribu-ribu penerbangan setiap tahun, bila ada secubit yang berlaku kemalangan, kita terus chop naik kapal terbang ‘merbahaya’!

“Abis tu, elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah nanti, tak merbahaya ke? Bukan elektrik itu pun radioaktif jugak ke?”

Untuk tak pening-pening, loji nuklear ada dua jenis, satu namanya Pressurized Water Reactor (PWR, atau reaktor air bertekanan) dan Boiling Water Reactor (BWR, atau reaktor air didihan). Dua-dua reaktor/loji nuklear ini ditunjukkan di bawah:

Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR)Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR) (dari wikipedia)

Untuk kedua-dua loji, bahagian bahan radioaktifnya ialah kat control rods. Tapi yang kita nak dari rods ni bukannya gelombang radiasi dia, tapi haba yang terhasil dari bahan radioaktif tu! Jadi bila salurkan air di dalam bahagian oren tu, air akan jadi panas. Tapi sebab tekanan tinggi dalam bahagian oren, jadi suhu air boleh lebih dari 100 celsius dalam keadaan tak mendidih. Dengan air di bahagian oren yang panas tu, dapatlah panaskan aliran air kat bahagian biru tu. Sebab bahagian biru tu tekanan biasa saja, jadi senang menjadi wap. Bila jadi wap, wap tu disalurkan ke turbin yang akan berputar dan hasilkan elektrik.

Jadi, radiasi yang keluar dari rods tu kalo ada pun hanya ‘terperangkap’ dalam bahagian oren tu je. Elektrik yang dihasilkan di loji nuklear tak guna radiasi untuk hasilkan elektrik, tapi guna wap air, hasil dari haba yang terkeluar dari rods tu!

Boleh follow tak? (Tak faham jangan segan bertanya ye)

Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR)Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR) (dari wikipedia)

Loji BWR lagi senang proses dia. Rods yang keluarkan banyak haba akan memanaskan aliran air sampai menjadi wap (kali ini tekanan biasa, so senang jadi wap). Wap tu disalurkan ke turbin, dan akhirnya menghasilkan elektrik melalui generator. Untuk kes ini, ada kemungkinan sikit radiasi sampai ke bahagian turbin, tapi tu pun sikit sangat untuk memberi apa-apa kesan kepada turbin. Dalam kes ini pun, elektrik terhasil bukan sebab radiasi tapi pergerakan turbin!

Kesimpulannya, untuk dua-dua kes, elektrik yang terhasil tiada kesan radiasi!

Senang cerita, kita takut sangat dengan loji nuklear bukan sebab apa, tapi sebab kita tak ambil inisiatif untuk kenali cara ianya berfungsi. Tak kenal maka tak cinta!

* * *

Oklah, in the end kalo masih tak dapat meyakinkan korang tentang betapa selamatnya loji nuklear, aku bagi korang satu teori aku yang pasti korang akan rasa selamat setelah mendengarnya. Teori superhero.

Apa persamaan superhero seperti The Incredible Hulk, Spiderman serta sebahagian ahli X-Men? Diorang adalah superhero-superhero yang mendapat kuasa ajaib kesan dari radiasi!

Sekiranya kebocoran berlaku = Banyak gelombang radiasi akan mengalir ke luar.

Bila banyak kesan radiasi = banyaklah superhero yang muncul.

Banyak superhero = Keselamatan dan keamanan manusia sejagat terjamin.

Jadi,

BANYAK RADIASI = KESELAMATAN!

(Fuh, bes betul teori ni. Lagi power dari E=mc2!)

Wednesday, March 30, 2011

AV 8 Made in Malaysia

Sebelum ini begitu hangat diperkatakan tentang isu perolehan bagi menggantikan kenderaan perisai pembawa anggota, AIFV CONDOR. Bermula dengan kontroversi penggunaan IFV ini yg sudah tidak releven (4x4WD & armor tahap 2) dalam misi pengaman PBB masa kini, sehinggalah kepada model pengganti yg bakal dibina sehingga memerlukan kos RM8 Billion.

Tetapi alhamdulillah akhirnya kerajaan mengumumkan kereta perisai moden buatan Syarikat FNSS dari Turki, yg merupakan model 8x8 atau digelar sebagai AV8 PARS dipilih sebagai model asas bagi kenderaan baru ini.
variasi kenderaan PARS yg dihasilkan oleh FNSS
=
AV8 PARS semasa diuji oleh ATM

Kerajaan telah memberi tempoh sehingga 2012 kepada syarikat pertahanan tempatan, Deftech di Pekan, Pahang untuk menyiapkan prototaip pertama AV8 PARS dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

PARS dengan ketebalan perisai Baseline 7.62mm yang mampu menahan robekan peluru raifle anti-material serta robekan Armour Piercing Rounds serta diklasifikasi dalam pertahanan tahap 4 (condor tahap 2).

Sistem kawalan pula menggunakan semi-automatic computer controlled pneumatic suspension – kawalan komputer separa automatik dan mampu digerakkan ke kawasan tempur dengan jarak operasi sejauh 1000 km.

Pada Pendapat Wan, pelaburan berjumlah RM 8Billion dengan perolehan pertama 257 buah rangka utama (main frame) AV8 PARS ini adalah termasuk segala kepakaran, R&D, Blueprint serta apa jua yang disertakan di dalam pakej pembelian tersebut. Ini kemungkinan juga termasuk sekali kebenaran untuk memodifikasi serta menghasilkan & mengeksport semula model ini diperingkat antarabangsa.

Berikut adalah antara platform turet & persenjataan yg mampu untuk pasangkan pada AV8 PARS :
A 105mm Tank Destroyer Version, with Rooikat turret

Oto Melara HITFACT 120mm

Oto Melara HITFIST 25mm

Oto Melara HITFIST 30mm

INGWE anti tank missile

INGWE + 50cal turret

AV8-ADATS

AV8 TUNGUSKA

AV8-THALES ADES

AV8 Kliver Turret

LAV-AD Turret

Menarik bukan? walaupun sekadar ilustrasi yg jelas di'edit'. Tapi Wan berharap AV8 PARS versi Malaysia yg bakal dihasilkan kelak adalah lebih dan tidak kurang dari specifikasi diatas di mana setimpal dengan bajet yg telah diperuntukan.

Memandangkan PARS keluaran Firma FNNS ini adalah model yg masih baru didalam pasaran kententeraan, adalah tidak mustahil bagi Malaysia untuk menjadi pesaing baru dengan memasarkan model ini.

Jika Indonesia boleh berbangga dengan ANOA dan Singapura dengan TERREX. Mengapa tidak Malaysia dengan PARS???

http://images-mediawiki-sites.thefullwiki.org/11/2/7/8/6639363887447171.jpg
Pindad 6x6 ANOA


8x8 TERREX

Saturday, March 26, 2011

Mampukan Libya Ditumbangkan??

Sahih atau tak fakta ni, Wan pun tak brapa pasti. Tapi bila tengok 'line' yg bawah skali tu rasa cam nak gelak. Lepas Operasi ' Odyssey Dawn' yg di ketuai oleh Amerika Syarikat bermula minggu lalu, hanya sedikit kelengkapan Tentera Libya yg terjejas....

Bayangkan lebih 119 buah Tomahawk missle dah dilacarkan, tapi orang awam yg jadi mangsanya.

Thursday, March 24, 2011

Panduan Melabur Emas


Macam yg Wan janjikan sebelum ni, apa yg kita kena tahu sebelum mula membeli emas untuk dilaburkan :

1. Jangan Membeli Emas Barang Kemas.

Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini, apabila berkata tentang “pelaburan
emas”, mereka menyangka ianya bermaksud “membeli emas barang kemas seperti rantai,
cincin dan gelang”. Walaupun ianya sesuatu yang bernilai, dan kelihatan anggun dan “kaya” apabila memakainya.

Tetapi, dalam konteks pelaburan, ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak. Mengapa?.

Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. Ini
kerana, pihak penjual akan memasukkan kos “upah” , kos design dan juga harga “brand”
mereka. Sebab itu, anda boleh lihat sendiri, mengapa harga emas di “Poh Kong” atau “Habib
Jewel” lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa.

Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga “air kopi” yang dijual di “warung” dan juga di
“coffee bean”. Ataupun “kain batik” yang dijual di “kedai-kedai biasa” dengan kain batik yang
dijual di “butik”. Walaupun ianya adalah benda yang sama, tetapi disebabkan “brand”, maka
produk itu menjadi sedikit mahal.

Emas yang berbentuk barang kemas, sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa.
Sedangkan dalam prinsip pelaburan, apabila kita ingin melabur, kita perlu pastikan, caj-caj
tambahan yang dikenakan, adalah paling minimum. Ini bagi membolehkan kadar pulangan
pelaburan kita menjadi maksimun.

Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah. Di ASB, jika anda melabur RM10,000 maka, kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan anda.

Manakala, jika anda melabur di Unit Amanah, apabila anda mendepositkan RM10,000, caj
sebanyak 2.5% akan dikenakan, ini bermaksud, wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun
anda hanyalah RM9750. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu?

Jadi, sebagai pelabur yang bijak, kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak
berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum.

Begitu juga dengan pelaburan emas, jika harga emas semasa ialah RM140 se gram, maka,
apabila anda membeli emas sebanyak 20gm, harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah
RM2800. Tetapi, jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas, anda akan dikenakan
“upah workmanship”, menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000
untuk memilikinya.

Tambah memeritkan lagi, apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli,
harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Pergh! rugi besar tu!

Jadi, sekali lagi diingatkan, jika anda ingin melabur di dalam emas... jangan sekali-kali membeli
emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat
untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang.

Jika untuk tujuan “pelaburan”... membeli emas dalam bentuk barang kemas, adalah merupakan
satu langkah yang kurang sesuai.

2. Membeli Emas di Bank!

Emas-emas yang dibeli dari pihak bank dikenali dengan sikap cerewetnya.

1. Hanya cawangan tertentu sahaja yang ada menjual emas.
2. Emas di bank selalu kehabisan stok.
3. Emas yang dibeli di bank tidak boleh tercalar sedikit pun dan tidak boleh di buka plastiknya
(jesteru ia tidak boleh dipajakkan, sebab apabila ingin pajak, bekas plastik mesti dibuka untuk
emas ditimbang).

Jika tercalar atau dibuka plastiknya, emas tersebut akan ditolak nilainya sehingga 20%, dan bagi sesetengah kes (syiling kijang emas), pihak bank tidak akan menerimanya langsung syiling yang sudah tercalar.

Jika anda ingin membeli emas dari pihak bank, pastikan selepas anda beli, terus simpan emas
tersebut di dalam “safe deposit box” dan peramlah ia disitu sehingga nilainya meningkat, dan
kemudian, jual ia semula kepada pihak bank.

Kerugian disini, anda tidak boleh menjadikan emas anda sebagai tool untuk menggandakan duit
anda (money multiplier). Ia hanya boleh dibeli dan peram. Apa itu money multiplier? akan terangkan di point ke-3 dibawah... teruskan membaca.

3. Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit)!

Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank
tempatan, kelihatan seperti satu tindakan yang bijak. Dengan memiliki akaun simpanan emas,
maka, pemegang akaun emas tersebut, berpeluang untuk memperolehi keuntungan yang lebih
besar (melebihi kadar dividen simpanan ASB).

Ini kerana, sejak 5 tahun kebelakangan ini, harga emas telah meningkat secara mendadak,
sekitar 37% setahun secara purata, manakala dividen ASB pula hanya mampu memberikan
pulangan sekitar 8% setahun. Kenaikan harga emas dalam RM sejak 5 tahun lalu, kadar kenaikan adalah sebanyak 187.79% = ~37% setahun

Disebabkan itu, bukankah lebih bijak membuat simpanan di akaun emas berbanding simpanan
di ASB?

Namun begitu, jika dibandingkan diantara.. membuka akaun emas dengan membeli emas
fizikal. Membeli emas fizikal itu adalah jauh lebih baik. Ini kerana, apabila anda membeli emas
fizikal, maka, anda akan mempunyai kelebihan dari segi “penggandaan wang”.

Anda akan mendapat 2 manfaat apabila memiliki (memegang) emas fizikal tersebut.

1. Keuntungan dari kenaikan harga
2. Kebolehan untuk memajaknya dan melaburkan ia ke “instrumen pelaburan” lain yang boleh
memberikan keuntungan yang lebih tinggi ( sama ada kepada perniagaan / membeli emas lagi
dan sebagainya).

Situasinya begini...

Katakan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM100,000. (kalau benar-benar ada lagi bagus)
Jika anda menyimpannya di ASB. Maka, untuk mendapatkan dividen sebanyak 8% setahun,
maka, anda tidak boleh sentuh wang tersebut. Anda perlu biarkan ia kekal terperap di di dalam
akaun ASB anda tanpa disentuh.
Begitu juga dengan akaun simpanan emas, jika anda inginkan keuntungan sebanyak 37%
setahun, maka anda tidak boleh usik wang simpanan di dalam akaun tersebut. Jika diusik, ia
akan mengurangkan nilai pokok dan sekaligus memberikan kesan dan mengurangkan kadar
keuntungan anda.
Berbeza jika anda membeli gold bar, dengan nilai RM100,000. Emas itu berada di tangan anda,
anda boleh pajakkan ia bila-bila masa jika anda memerlukan wang. Wang itu pula anda boleh
gunakan untuk melabur di dalam perniagaan atau membeli lebih banyak emas lagi. Dengan cara
ini, anda akan memperolehi 2 keuntungan. Pertama, keuntungan dari kenaikan nilai harga emas
(appreciation value) dan kedua, keuntungan dalam perniagaan.
Maksudnya disini, wang anda tidak akan “mati kutu”. Dimana, anda ada duit tapi tidak boleh
digunakan, semata-mata nak dapatkan dividen 8% dari ASB.
Dengan emas di tangan, anda masih boleh “rolling-rolling”kan wang itu untuk kegunaan lain,
dan dalam masa yang sama, masih boleh nikmati keuntungan dari peningkatan harga emas
sebanyak 37%.
Teknik ini dipanggil “Money Multiplier”..
Ianya sama seperti teknik OD-ASB. Suatu masa dulu, sesiapa yang mempunyai sijil simpanan
ASB, mereka boleh cagarkan sijil mereka untuk mendapatkan kemudahan OverDraft (OD).

Tetapi sekarang, kaedah itu sudah tidak boleh digunapakai lagi, kerana, pihak bank kini sudah
tidak memberikan kemudahan OD kepada individu. Kemudahan OD hanya untuk pihak syarikat
sahaja.
Nota: mungkin anda boleh search di internet tentang teknik OD-ASB ini jika ingin tahu lebih lanjut
mengenainya.. Tetapi, rasanya tak perlulah anda buang masa mempelajari teknik yang sudah lapuk dan tidak boleh digunapakai ini.
Jadi kesimpulan disini, belilah emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri (atau simpan di
peti besi bank).

4. Menjual Di Tempat Yang Salah!

Tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Ini kerana, jika anda menjualnya di tempat lain, selalunya, harga emas tersebut
akan ditolak antara 20-30% dari harga belian semasa!. Ia satu kerugian yang besar.
Malahan, KEBANYAKKAN tempat, sama ada kedai emas atau bank atau syarikat pengeluar
emas, TIDAK AKAN MEMBELI EMAS KELUARAN SYARIKAT LAIN.
Jadi, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh
dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah), serta
ketahui syarat-syarat jualan semulanya. Pastikan juga, terdapat ramai agen/cawangan syarikat
tersebut, untuk memudahkan anda menjual semula emas anda.

Peraturan kedai emas..

Apabila anda membeli barang kemas di kedai emas, jika anda ingin menjualnya semula kepada
mereka, mereka menetapkan syarat bahawa anda perlu sertakan sekali resit/kad pembelian
yang anda perolehi sewaktu membeli emas tersebut dari mereka. Jika kad tersebut hilang,
mereka tidak akan membeli semula barang kemas tersebut. Berkenaan harga pula, mereka
akan membeli emas tersebut dengan “harga belian semasa” dan ditolak sebanyak 30%.
Mengenai harga belian ini, anda boleh lihat sendiri di kedai emas tersebut atau dimana-mana
website penjual emas. Selalunya akan terdapat 2 harga yang dipaparkan.
Iaitu Harga Jualan dan juga Harga Belian.

Harga Jualan (We Sell) bermaksud harga yang dikenakan apabila anda ingin membeli emas dari
mereka.
Harga Belian (We Buy) pula bermaksud, harga yang dikenakan apabila anda ingin menjual emas
anda kepada mereka.
Perbezaan antara harga jualan dan harga belian ini pula, dipanggil “spread”. Spread akan
diterangkan pada point yang seterusnya.
Kesimpulannya disini:

1. Sebelum membeli, pastikan anda boleh menjual semula emas tersebut kepada penjual
tersebut. Tanya mereka!
2. Ketahui apakah syarat-syarat jual semula. Adakah ia diterima jika calar? Plastik dibuka?
atau Kad Emas tersebut hilang?
3. Ketahui spread antara harga belian dan juga harga jualan bagi emas tersebut. Ini anda
perlu kira sendiri, jangan mudah percaya kata-kata penjual tentang spread ini.

5. Tidak Mengira Spread Emas Yang Dibeli

Spread adalah merupakan perbezaan harga belian dan harga jualan emas yang ditetapkan oleh
sesebuah syarikat penjual emas.
Sebagai contoh, Jika anda membeli sesuatu emas 20gm, anda perlu membayar RM3151.
Kemudian, jika anda ingin menjualnya semula pada hari yang sama (dimana harga emas masih
belum naik dan masih tidak berubah), syarikat tersebut akan membeli semula emas tersebut
dari anda dengan harga RM2962.

Perbezaan antara harga jualan dan harga belian, ialah sebanyak 6.3%.
Maksudnya, jika anda ingin menjual semula emas tersebut pada harga yang sama dengan harga
yang anda beli, anda perlu tunggu dulu sehingga harga emas itu naik sebanyak 6.3%.
Formula pengiraan spread adaah seperti berikut.

((Harga Jualan - Harga Belian) / Harga Belian) X 100% = Nilai Spread Dalam %
Contoh..
((RM3151 - RM2962) / RM2962) X 100% = 6.3%

Lebih rendah nilai spread, maka lebih cepatlah anda boleh untung dan boleh jual semula emas
anda.

Contohnya, katakanlah dalam masa 6 bulan, nilai emas meningkat sebanyak 10%.
Jika anda membeli emas yang mempunyai nilai spread 6%, maka anda sudah boleh jual dan
untung sebanyak 4%. Tetapi, jika anda membeli emas yang mempunyai spread 17%, anda
masih belum untung, jika anda menjualnya semula, anda akan rugi 11% (anda akan dapat wang
yang kurang sebanyak 11% dari yang pernah anda keluarkan sewaktu membeli emas tersebut
dulu), jadi, anda perlu terus simpan ia lebih lama lagi, tunggu sehingga harga emas naik
melebihi 17%.

Jadi, anda boleh lihat disitu, lebih rendah nilai spread, bermakna, lebih cepat anda boleh
untung.

Berkenaan spread ini, saya telah membuat sedikit kira-kira dan analisa tentang nilai spread
emas bagi setiap syarikat pengeluar emas di Malaysia.

Untuk tujuan perbandingan ini, saya memilih Emas 999 seberat 20gm yang dikeluarkan oleh
setiap syarikat. Anda boleh lihat jadual perbandingannya dibawah..
Harga Emas pada : 1 March 2011 , pukul 10.00 malam.

Saturday, March 19, 2011

Belajar buat duit dari Emas

my first....

Hari ni Wan nak sambung semula cerita pasal 'EMAS' yg Wan cerita dalam post yg lalu. Macam mana nak kaut a.k.a eksploitasi keuntungan dari emas nih????

Adik2 yg pas SPM tu tgh keje part time pon bleh buat, yela buat bekal masuk 'u' nnti, hehe....
Modal sekitar 10g bersamaan sekitar RM1500 pn dh ckup, boleh didapati dikebanyakkan cawangan bank tempatan.

Barbalik kepada tadi, Wan terangkan secara ringkasnya terbahagi kepada dua:

1) Jangka masa panjang - beli emas, peram bertaun-taun & jual(dapat untung)
Contoh peram 10 tahun...

2) Jangka masa pendek(spot gold) - beli emas setiap kali harga turun & jual balik bila harga naik(dapat untung jugak)
Contoh peram 3 bulan je...

Bagi cara pertama sememangnya akan mendatangkan keuntungan yg agak lumayan tetapi memakan masa yg lama. Bagi cara kedua pula tetap memberikan keuntungan jika dibandingkan dengan tempoh masa yg singkat tetapi perlu dilakukan berulangkali proses jual beli setiap kali turun naik yg ketara terhadap harga emas.

Pada Wan cara kedua lagi mencabar & lebih seronok untuk dikongsikan. Dan yg paling penting keuntungannya juga lebih lumayan daripada cara pertama.

turun naik harga emas 2010....

Statistik harga emas 2010 kat atas tu Wan dah remark dgn warna merah & hijau:

Resistance - bermaksud had@halangan bagi harga emas utk terus naik
Support - bermaksud had@halangan bagi harga emas utk terus turun

Contohnya:
harga emas dibeli ketika support - RM59/gram
harga emas dijual ketika resistance - RM110/gram
keuntungan bagi setiap gram - RM51

BAYANGKAN kalau ada 10g (RM 51 x 10=RM510). RM510 dlm tangan utk setiap kali kitaran turun & naik harga emas, contoh laa.... boleh tambah modal beli emas lagi, bayangkan kalo ade 100g@200g@1kilo. cuba BAYANGKAN(jgn brangan je sudeh)....

Tapi kalo nak yg sure punya turun naik harga emas ni secara live @ history boleh la layari www.kitco.com

Tapi PERHATIAN!!!

Sebelum melaburkan setiap sen kamu kepada emas ni tolong jangan lakukan kesilapan....
kesilapan apa?? nantikan post Wan yg seterusnya...


ni la sikit ilmu yg Wan dpt kongsikan buat kali ni, okeh slamat malam....

Wednesday, March 16, 2011

BANKRUP.... jauhkan lahh....


Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,” ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.

Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).

Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.

- KOSMO!


Nauzubillah!!! ku rela dari xberkereta, ingat la pesan ini...

1. Kereta adalah liabiliti.

2. Jangan beli kereta sekiranya kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol, kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol dan kos-kos lain.

3. Sekiranya dapat menyertai Skim Rumah Pertamaku, maka itu adalah tindakan yang jauh lebih baik dari membeli sebuah kereta.

4. Jika sudah membeli kereta dan tiba-tiba rasa sesak kerana situasi nombor dua, maka cari pendapatan tambahan adalah lebih baik. Kalau rasa tidak mampu cari pendapatan tambahan, adakah kita sanggup memotong perbelanjaan?

Saturday, March 12, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Baru-baru ni satu skim perumahan yg dikenali sbg "Skim Rumah Pertamaku" telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pd 8 March 2011 yg lalu. Skim ni memberi peluang kpd pembeli rumah kali pertama utk mendapat pinjaman 100% drpd institusi kewangan (bank).

Objektif skim ini yg telah dibentangkan pd bajet tahunan 2011 ni ialah utk membenarkan pembeli rumah kali pertama, terutamanya golongan muda dgn pendapatan bulanan kurang dari rm3,000 utk memiliki rumah sendiri dengan pembiyaan penuh dari bank.

Wan mmg sokong sangat skim ni, memandangkan kebanyakan golongan muda yg rata-rata baru mula membina kerjaya hanya mampu menyewa kerana perlukan masa utk mengumpul deposit 10% untuk melayakan mereka memperolehi pinjaman 90% bagi membeli rumah. Wan juga nampak yg Azam 2011 Wan telah dipermudahkan, aminn....

Dlm masa yg sama juga, akan menggalakan pemaju perumahan utk membina lebih banyak rumah dgn harga yg berpatutan utk rakyat Malaysia.

Ciri & Kelebihan

  • Pembiyaan sehingga 100%
  • Aset kediaman sahaja

Kreteria kelayakan

Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah kali pertama
  • Individu berusia 35 tahun kebawah
  • Pendapatan kasar tidak lebih dari RM3,000 sebulah
  • Disahkan sebagai pekerja dgn minimum 6 bulan dibawah majikan yg sama
  • Umumnya, pembayaran semula hendaklah tidak lebih dari 1/3 pendapatan bulanan.

Harta :

  • Kediaman berada di Malaysia
  • Nilai minimum RM100,000
  • Nilai maximum RM220,000
  • Tinggal dikediaman tersebut

Pembiyaan:

  • Tempoh bayaran semula tidak melebihi 30 tahun
  • Pembayaran semula melalui potongan gaji
  • Rekod simpanan (3bulan)
  • DiInsurankan

Bagaimana memohon

  • Permohonan boleh dibuat dicawangan bank berhampiran yg mengambil bahagian.

untuk maklumat lanjut bolehlah, lawati www.srp.com.my

Gempa & Tsunami Di Jepun : Becana yg sudah dijangka.

keratan akhbar Kosmo 9 Mac 2011.. dan sekarang?? telahpun berlaku

Petang semalam masa Wan balik keje, Wan terkejut besar pas dengar kat radio yg Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. Baru je reda pasal gempa kat Christchurch bulan lepas, kuasa tuhan takde sapa yang mampu menghalang.

Tetapi sekurang-kurangnya bagi orang yg berilmu & beriman mungkin bencana seperti ni boleh diramal melalu beberapa petunjuk, seperti keratan akhbar diatas. Juga disebut didalam terjemahan surah dibawah:

“Tidak ada satu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11)

Begitulah kuasa tuhan, majunya sesebuah negara & canggih teknologinya sekalipun belum menjamin mereka tidak terjejas dari bencana alam. Walaupun Jepun ni sebuah negara yg kerap dilanda gempa bumi & tsunami, pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan daripada bencana tersebut.

syukurlah impak tsunami kurang dirasai apabila sampai di perairan Malaysia

sebuah loji minyak terbakar di Timur Jepun

bot & kapal dihanyutkan arus ombak tsunami ke daratan

umpama sampah-sarap... pemandangan disekitar lapangan terbang Sendai, Jepun

menggerunkan.... bak perkampungan terapung yg terbakar

Takziah Wan ucapkan kepada mangsa yg terlibat, semoga kawasan mereka segera pulih selepas bencana ini. Dan diharapkan juga bencana ni menjadi amaran kepada kita untuk lebih berjaga-jaga dimasa akan datang, tatkala dunia yg kian hampir ke penghujung usianya ini.

Saturday, March 5, 2011

Ada Lagi Yang Lebih "POWER"!!

Alhamdulilah....
dipetang sabtu ni Wan berkesempatan tuk jengok2 & menulis kat blog nih. Yelah biasanya jengok je, maklum la takde idea apa nak letak.

Kali ni Wan nak cerita pasal EMAS, yee!! emas dalam bahasa inggerisnya GOLD atau saintifiknya 'Aurum'(Au) salah satu unsur didalam periodic table(cewahh..). Sebab kebelakangan ni Wan asik dok korek, selongkar & research macam info & fakta tentang potensi yg Wan baru tau pasal emas nih.

Kalau sebelum ni dah puas dah research pasal Amanah Saham Bumiputera(ASB) dan sampai kemuncaknya selepas Wan dapat laburkan sehingga 1/2 dari limit tuk akaun ni awal 2011 yg lalu. Memang puas ati, tak sabar nak tunggu hasilnya nanti...

Berbalik pasal emas ni Wan ada terbaca satu artikel dari sebuah blog:

********************************************************************************
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

"Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.


"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,"katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.


“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat.Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.


******************************************************************************

Kesimpulan yang Wan dapat dari artikel ni adalah nilai matawang akan sentiasa menyusut berbanding nilai harga emas, kerana inflasi adalah musuh utama bagi nilai matawang. Sebagai contoh kalau dulu masa zaman Wan sekolah rendah RM1.00 boleh dapat 5 biji kuih, tapi sekarang paling banyak 3biji jek.

Apatah lagi dengan pelbagai krisis dinegara2 pengeluar minyak utama hari ni (Mesir & Libya) yg pastinya akan melonjakkan harga minyak, akibatnya harga barangan terus naik & mengecilkan nilai matawang.

Berbeza dengan harga emas sentiasa menaik terutamanya sejak tahun 2000(perhatikan graf dibawah):

Mungkin dulu ramai yg tak tahu ataupun tak amik tahu kerana nilai emas dahulu tak setinggi nilai sekarang. Wan pun akui yg Wan pun baru tau pasal ni, yg Wan pasti bila sebut pasal emas je "MAHAL" tula yg ter'set' dalam kepala otak ni.

Seperti semua orang tau emas ni boleh datangkan keuntungan jangka masa panjang walaupun tak tengok graf diatas, kerana dalam islam sendiri ada menyebut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak)

Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal


Tetapi yg Wan baru tau juga emas boleh mendatangkan keuntungan jangka masa pendek jika pandai memanipulasi turun naik harga emas pada jangka masa tertentu dan ini akan Wan terangkan dalam entri yg akan datang.

Tetapi yg pasti sebagai orang islam, dah menyimpan emas tu jangan lupa pulak membayar zakat yee.

Wednesday, March 2, 2011

Berdezupp masa berlalu...

Pejam celik sekejap btul dah masuk bulan Mac tuk taun dua ribu sebelas nih. Kalau Wan flashback balik peristiwa2 yang penah Wan lalu dulu, rasa macam baru sekejap Wan tinggalkan peristiwa tu.

Contohnya zaman SPM, macam tak lama. Tapi bila kira2 balik dengan jari, pehh. Dah 6 tahun yang lalu, ENAM TAHUN tu!!(masuk darjah 1 dah abis darjah 6). Lepas tu pulak, dalam 6 tahun tu apa pulak yang Wan buat & apa yang Wan dah dapat. Ish, cepat betul masa, konpius2...

rakan seperjuangan SPM 2005
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...