Showing posts with label Secret Recipie. Show all posts
Showing posts with label Secret Recipie. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Apa itu kuih 'KekohCha'??




'KekohCha' hebat betul nama kuih ni dalam versi Pantai Timo. Versi Johor pula dipaggil 'Onde-onde' & versi KLnye dipanggil 'Buah Melaka'. Biasanya berwarna hijau dengan bersalut parutan kelapa. Dalamnya pula berisi cairan gula merah. Bersifat liat ketika dikunyah.

Menurut kawan Wan nama kekohcha ni diambil sempena perbuatan memakan kuih tersebut. Iaitu, gigit atau kekoh dalam dialek Pantai Timo semasa memakannya dan 'pecah' isi gula merah didalam yang terkeluar dari kuih yang digigit. So, kekoh+pecah=kekohcha. Hehe, yela tu kot cerita dia, ada logiknya jgak.


Pergh.. tengok gambo pun dah boleh 'meleleh' nih.

Merupakan kuih fevret Wan, terutamanya time bulan puasa nih. Juadah wajib selepas kurma, mesti ada. Saiznya berbeza mengikut tempat, pada Wan kat Pantai Timo ni saiz die kecik2, sebesar ibu jari, kiranya sekali 'ngap' jela. Biasanya dijual pada harga RM1.00/7biji.



Jom kita usha pulak cara nak buat:

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung pulut
120 gm gula melaka - dipotong kecil
270 - 290 ml air panas
1 sudu makan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
3 helai daun pandan - disimpulkan

BAHAN LAIN : (GAULKAN)
½ biji kelapa parut
Sedikit garam

CARA-CARA:
1. Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau ke dalam tepung pulut..
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli tepung tersebut.. Uli hingga rata dan boleh dibentuk²..
3. Ambil sedikit adunan ini dan leperkan.. Bubuh gula melaka ditengahnya dan bulatkan semula..
4. Didihkan air dalam periuk.. Masukkan daun pandan dan garam..
5. Kemudian masukkan bebola tadi..
6. Apabila bebola timbul, angkat dan toskan..
7. Gaul dengan kelapa parut pastu blehlah dihidangkan..

Wednesday, August 26, 2009

Kenali Kuih "Akok"



Haa... entri kali ni Wan kenalkan pada sejenis kuih@juadah yang popular di Pantai Timur terutamanya diTerengganu iaitu kuih Akok. Sebut betul2 pronounce, "Ak-kok" bunyi pun loghat pantai timur. Sempena bulan ramadhan ni ianya merupakan antara juadah yang mudah didapati di Bazar2 ramadhan di pantai timur ni.

Mungkin kuih akok ini suatu yang agak asing bagi mereka yang bukan berasal dari pantai timur. Masa Wan mula2 sampai sini dulu pun tengok sekali imbas rupa dia tak ubah macam kuih 'bingka' dan 'kuih bakar' yang biasa terdapat di Johor sebab ianya di bakar didalam acuan yang sama.

Cuma bezanya Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis. Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain. Kuih akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama sebab mengandungi santan. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur(bahan utama) diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut.

JOm kita Preview resepi & cara nak buat kuih ni.

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
70 gm tepung

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok. dalam oven 210 degree Celcius.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.

selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...