Saturday, August 13, 2011
China 1'st Carrier.. The new thread for SCS??
Thursday, August 11, 2011
Kapal Auxiliary Bunga Emas Enam Dilancarkan

Bunga Mas Enam sebelum diubahsuai
Perkongsian strategik antara TLDM dan MISC telah berjaya melahirkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) atau PALAPES (L) di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) yang mempunyai kepakaran tertentu. Untuk rekod, pengambilan pertama PALAPES (L) ALAM yang dirasmikan pada tahun lalu mempunyai seramai 29 orang pegawai. Manakala terdapat 45 orang pegawai dan 43 orang lain-lain pangkat PSSTLDM yang berkepakaran perkapalan menerusi Operasi FAJAR. Bagi TLDM, Kapal AuxiliaryTLDM ini merupakan satu komponen penting di dalam merealisasikan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang terkandung di dalam Dasar Pertahanan Negara yang bertujuan untuk membuka peluang kepada lebih ramai sukarelawan yang berminat untuk mendalami ilmu kelautan, pertahanan dan keselamatan.
Harga emas terus melonjak
Hari ni Wan sangat terkejut bila tengok harga emas terus melonjak ke paras harga tertinggi dalam sejarahnya(mugkin sbb dh lama tak online). Bayangkan jika beberapa bulan yg lalu harganya baru sahaja melepasi paras USD1500/oz(RM145/g). Tapi setakat malam ni harganya sudah berada pada USD1780/oz(RM170/g).
Harga dalam USD/oz
Sunday, August 7, 2011
SALAM RAMADHAN
Sunday, May 22, 2011
TLDM semakin menyengat...

Artikel kedua pula, mengenai kuasa udara TLDM yang mula meningkat naik terutamanya dalam operasi anti-kapal selam. Dikatakan sebagai Tindakbalas Kepada Kekuatan Kapal Selam China. Bermula dengan 2 buah skuadron yang terdiri daripada 6 buah helikopter Fennec & 6 buah helikopter Super Lynx serta tambahan pembelian 6 buah lagi Super Lynx.
Tidak kurang juga dengan kejayaan TLDM membanteras jenayah Lanun di perairan antarabangsa telah menjadikan organisasi ini disegani Di Rantau Asean. Dengan bantuan Skuad Udara, pasukan ini dapat menjalankan operasi mereka dengan lebih efisyen dan berkesan. Seterusnya menjadikan ianya Pasukan Sayap Udara Tentera Terbaik.Thursday, May 12, 2011
Nukilan Dihening Pagi
Pagi ni rasanya permulaan hari yang bermakna bagi Wan, rasa lapang & tenang sangat fikiran waktu ni. Duduk dikedai mamak menghirup secawan teh tarik & menjamah roti canai sambil menyedut udara segar pagi yang masih berkabus. Memerhati simpang tiga yang tegang dengan hiruk pikuk kenderaan dan manusia yang mula keluar mencari rezeki, tak kurang juga anak-anak kecil yang keluar untuk menuntut ilmu.
Amacam?? best tak karangan tahap PMR Wan ni, hehe... Sebenarnya Wan tak kerja hari ni, dah masuk dua hari dah pun. Ni semua gara-gara bos(Manager) Wan yg galakkan Wan cuti sebab sistem yang Wan gunakan untuk jalankan tugas harian Wan kat situ 'under mentenance', Aduss. So, memang tak boleh nak buat kerja, datang kerja pun tak boleh nak buat apa (eheh.. macam sama je bunyinya..). Lepas pikir sekali(automatik, tak payah dua, tiga kali), baik Wan cuti lagi pun bukan senang nak dapat cuti brgaji camni, hehe..
Lepas sembahyang subuh, teringin pula nak sarapan roti canai. So, start motor & bawa netbook sekali sebab nak lepak lama sikit kat situ boleh online sekali(sebab ada hotspot). Rasa macam pakcik-pakcik yang sedang pencen pula, melepak diwaktu hari berkerja. Hanya memerhati gelagat orang pergi kerja, takde nak kusut-kusut pikir pasal masalah kerja itu ini.
Kan bagus kalau muda-muda dah macam ni. Maksud Wan bukan tak berkerja, tapi suasana berkerja tu tak ada kongkongan dari segi masa ataupun dari orang atasan. Yela, kalo hari-hari bekerja biasa nak sarapan pagi pun tak boleh duduk lama macam hari ni, sebelum 8.00pagi dah punch in.
Memang boleh, siapa kata tak boleh. Tapi kena jadi bos lah, betul tak?? Contohnya, macam tokei kedai runcit kat meja sebelah Wan ni(harap-harap dia tak tau Wan tengah tulis pasal dia nih). Datang bukak pintu kedai, staff-staff dia masuk dah tau nak buat apa. Lepas tu dia duduk sarapan & baca paper satu @ dua jam kat warung. Tapi lepas tu dia buat apa Wan tak tau la, taknak komen lebih-lebih. Mungkin lebih sibuk dari yang Wan jangka, deal dengan supplier&customer, tambah modal, buka cawangan lain etc :)
Haa, satu contoh lagi. Hehe, my lovely General Manager in Sunningdale Mfg. Dia ni orang Singapore, tiap-tiap hari berulang menyeberang Tambak Johor. Waktu kerja beliau isnin hingga khamis 9.00pm to 5.00pm kalau tak silap. Tiap-tiap hari sibuk dengan meeting,buat decision & sain-menyain (signature). Setiap kali jumpa nak minta sain untuk 'purchase requestion'@ 'scrap report' kalau free pun, mesti sibuk juga dengan tab(Samsung Galaxy Tab kot) dia. Tapi takpe bos la katakan :)
Ni yang tak sabar rasanya nak jadi bos juga. Bos apa yee?? hmm, sebab sekarang ni tengah berkira-kira nak buka dobi. Sejak dari malam tadi kepala ni tengah loaded dengan macam-macam idea bernas pasal service buisness ni. Sebab dulu pun masa study penah ada pengalaman dalam service buisness ni, hehe Printing buisness sangat berbaloi.
Alamak dah lama kul 8.00pagi dah, ngee sejam duk sini, sarapan tak bayar lagi... apa plen pagi ni pula ek??main Heli RC pn best gak (cam budak-budak hehe..) okeh chow dulu!!
Saturday, April 23, 2011
Harga Emas Lepasi USD1500/oz

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.
Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.
Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.
Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.
Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.
Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”
Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.
Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.
“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP
KRI Teluk Banyur ditenggelamkan, bukti??
Ujian kemampuan persenjataan milik inventory angkatan laut republik ini diadakan bagi membuktikan sistem persenjataan mereka 'berbisa' bagi menghadapi ancaman musuh. Sasaran bagi ujian kali ini berupa sebuah kapal uzur bekas Angkatan Laut Indonesia, KRI Teluk Banyur.
SASARAN - KRI Teluk BanyurPeluru berpandu GWS-20 atau digelar sebagai 'Sea Cat' merupakan peluru berpandu anti pesawat aras rendah buatan British. Sea Cat merupakan peluru berpandu anti pesawat pertama dicipta bagi menggantikan meriam anti-pesawat Bofors-40mm.
Peluru berpandu 'Sea Cat' semasa dilancarkan
Roket RBU 6000 diselenggara
Roket RBU 6000 sewaktu dilancarkanAntara yang menjadi perhatian dalam ujian kali ini adalah kemampuan peluru berpandu anti-kapal permukaan supersonik buatan Rusia P-800(Yakhont) yang dikatakan mampu mengenai sasaran sehingga 300km pada kelajuan 2.5 mach!.
Tiub pelancaran P-800(Yakhont) diatas KRI Oswald Siahaan-354
Wednesday, April 20, 2011
Yamaha 135LC 2011 Baru
Setelah beberapa bulan menunggu sejak hujung tahun lalu mengenai desas-desus 135 LC 5-speed akan dilancarkan Di Malaysia. Kini penantian ini berakhir setelah model ini dilancarkan hujung Mac yang lalu.








Foto ikhsan : www.FitriHadi.com
Wednesday, March 30, 2011
AV 8 Made in Malaysia
Tetapi alhamdulillah akhirnya kerajaan mengumumkan kereta perisai moden buatan Syarikat FNSS dari Turki, yg merupakan model 8x8 atau digelar sebagai AV8 PARS dipilih sebagai model asas bagi kenderaan baru ini.
| |
| variasi kenderaan PARS yg dihasilkan oleh FNSS |
![]() |
| AV8 PARS semasa diuji oleh ATM |
PARS dengan ketebalan perisai Baseline 7.62mm yang mampu menahan robekan peluru raifle anti-material serta robekan Armour Piercing Rounds serta diklasifikasi dalam pertahanan tahap 4 (condor tahap 2).
Sistem kawalan pula menggunakan semi-automatic computer controlled pneumatic suspension – kawalan komputer separa automatik dan mampu digerakkan ke kawasan tempur dengan jarak operasi sejauh 1000 km.
Pada Pendapat Wan, pelaburan berjumlah RM 8Billion dengan perolehan pertama 257 buah rangka utama (main frame) AV8 PARS ini adalah termasuk segala kepakaran, R&D, Blueprint serta apa jua yang disertakan di dalam pakej pembelian tersebut. Ini kemungkinan juga termasuk sekali kebenaran untuk memodifikasi serta menghasilkan & mengeksport semula model ini diperingkat antarabangsa.
Berikut adalah antara platform turet & persenjataan yg mampu untuk pasangkan pada AV8 PARS :
Menarik bukan? walaupun sekadar ilustrasi yg jelas di'edit'. Tapi Wan berharap AV8 PARS versi Malaysia yg bakal dihasilkan kelak adalah lebih dan tidak kurang dari specifikasi diatas di mana setimpal dengan bajet yg telah diperuntukan.
Memandangkan PARS keluaran Firma FNNS ini adalah model yg masih baru didalam pasaran kententeraan, adalah tidak mustahil bagi Malaysia untuk menjadi pesaing baru dengan memasarkan model ini.
Jika Indonesia boleh berbangga dengan ANOA dan Singapura dengan TERREX. Mengapa tidak Malaysia dengan PARS???
Saturday, March 26, 2011
Mampukan Libya Ditumbangkan??
Sahih atau tak fakta ni, Wan pun tak brapa pasti. Tapi bila tengok 'line' yg bawah skali tu rasa cam nak gelak. Lepas Operasi ' Odyssey Dawn' yg di ketuai oleh Amerika Syarikat bermula minggu lalu, hanya sedikit kelengkapan Tentera Libya yg terjejas....Bayangkan lebih 119 buah Tomahawk missle dah dilacarkan, tapi orang awam yg jadi mangsanya.
Saturday, March 12, 2011
Skim Rumah Pertamaku
Baru-baru ni satu skim perumahan yg dikenali sbg "Skim Rumah Pertamaku" telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pd 8 March 2011 yg lalu. Skim ni memberi peluang kpd pembeli rumah kali pertama utk mendapat pinjaman 100% drpd institusi kewangan (bank). Objektif skim ini yg telah dibentangkan pd bajet tahunan 2011 ni ialah utk membenarkan pembeli rumah kali pertama, terutamanya golongan muda dgn pendapatan bulanan kurang dari rm3,000 utk memiliki rumah sendiri dengan pembiyaan penuh dari bank.
Wan mmg sokong sangat skim ni, memandangkan kebanyakan golongan muda yg rata-rata baru mula membina kerjaya hanya mampu menyewa kerana perlukan masa utk mengumpul deposit 10% untuk melayakan mereka memperolehi pinjaman 90% bagi membeli rumah. Wan juga nampak yg Azam 2011 Wan telah dipermudahkan, aminn....
Dlm masa yg sama juga, akan menggalakan pemaju perumahan utk membina lebih banyak rumah dgn harga yg berpatutan utk rakyat Malaysia.
Ciri & Kelebihan
- Pembiyaan sehingga 100%
- Aset kediaman sahaja
Kreteria kelayakan
Pemohon:
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah kali pertama
- Individu berusia 35 tahun kebawah
- Pendapatan kasar tidak lebih dari RM3,000 sebulah
- Disahkan sebagai pekerja dgn minimum 6 bulan dibawah majikan yg sama
- Umumnya, pembayaran semula hendaklah tidak lebih dari 1/3 pendapatan bulanan.
Harta :
- Kediaman berada di Malaysia
- Nilai minimum RM100,000
- Nilai maximum RM220,000
- Tinggal dikediaman tersebut
Pembiyaan:
- Tempoh bayaran semula tidak melebihi 30 tahun
- Pembayaran semula melalui potongan gaji
- Rekod simpanan (3bulan)
- DiInsurankan
Bagaimana memohon
- Permohonan boleh dibuat dicawangan bank berhampiran yg mengambil bahagian.
untuk maklumat lanjut bolehlah, lawati www.srp.com.my











