Saturday, July 18, 2009

Malaysia Boleh!!....




Yahoo!!, lega rasanya Malaysia kalah tipis je 2-3 lawan Manchester United tadi. Walaupun semua tau, itu adalah lakonan MU belaka (da kali ke bape kalah ni ek??). Tapi, at least reputasi FAM tak teruk tercalar di mata rakyat Malaysia. Maklum la, sebelum nih macam2 kontroversi dilemparkan kat satu-satunya persatuan bola sepak negara kita nih, ksian jgak aku tengok sbenanya.

Aku tengok pon berbaloi la dengan 'preparation' yg Rajagopal buat untuk match hari nie ni. Contohnya, macam friendly match Malaysia vs Zimbabwe arituh. Walaupun Malaysia rangking ke-155 FIFA tapi boleh 'tibai' Zimbabwe yang rangking ke-134 FIFA dengan 4-0. Rombakan pasukan dengan mengandingkan pemain baru & lama pOn nampaknya menjadi. CONGRAT!!!

Apa-apa pun tahniah buat pemain-pemain negara yg bersungguh-sungguh kat tengah padang tadi. Semoga perlawanan tadi menjadi kayu pengukur kepada bola sepak negara untuk terus maju dimasa hadapan.


fokus tul bdak2 GM1 nih...


bnyak 'tiket' terjual arinih
PATRIOTIK TU MESTI!!...

Thursday, July 16, 2009

Kampungku.. Parit Tengah


Logo Kampung Parit Tengah

Tengah bosan-bosan tadi, tiba-tiba teringat pula Wan kat kampung halaman. Huk3... baru 2 hari balik Dungun dah rindu kat kampung.

So, kata orang nak mengubati hati yang lara ini(haha geli), Wan pun search di internet tentang kampung Wan, Parit Tengah. Hasilnya Wan jumpa http://paritengah.com/. Huh, tergamam juga Wan, kampung Wan ada website sendiri siap dengan domain '.com' lagi. Kekaguman, hehe...


Signboard utama di'beteng' Parit Tengah

Sebenarnya banyak kisah menarik pasal Kampung Parit Tengah nih (promot sikit ,hehe...) daripada zaman pembukaan kampung ni sampailah jadi 'terkenal' macam hari ni. Semuanya boleh didapati di http://paritengah.com/


'Guyup' simbol perpaduan penduduknya

Haa, satu lagi gambar kat atas tu adalah arca yang merupakan ikon Kampung Parit Tengah nih. Satu je ada kat Johor, maybe kat Malaysia @ dunia, hahah...

logo Belia Kampung Parit Tengah

Satu lagi, di era moden ni tak sah jawabnya kalo tak ade facebook, juga boleh follow update tentang pelbagai aktiviti, riang ria penduduk kampung ni di www.facebook.com. Memandangkan kampung ni merupakan salah satu lokasi homestay popular di Malaysia, pelbagai aktiviti IPTA & IPTS dianjurkan disini.

Tahniah kepada belia kampung yang setia stay kat kampung & buat banyak pembaharuan kat kampung ni. Rajin-rajin la 'maintanace' & 'improve' lagi kampung kita nih. Wan pun berazam nak jugak sumbang sesuatu kat kampung ni.


Semoga terus cemerlang, gemilang & terbilang.....

KFC free....

ilustrasi sampingan

Rezeki-rezeki, dah la xyah susah-susah keluar pegi dinner. Dapat pulak member belanja KFC, save lagi la duit aku malam nih, hehe.. Sebenarnya malam ni birthday 'otai' batch aku, BALOK tambahan pulak PTPTN baru kuar, mesti la kena belanja member-member kan. Tapi biasanya kalo ade birthday somebody kat batch aku nih, bende ni x abis sampai sini je.... kita tengok apa kesudahannya malam nih, hehe....

Jambatan daripada kepala orang??

Assalamualaikm semua, huhu...
kenapa aku ketawa? aku pOn xtau, hehe..

Pasal tajuk kat atas tuh, aku teringat pesan arwah nenek aku masa aku kecik-kecik dulu. "Wan jangan main kat luar, nanti ada orang cari kepala nak buat jambatan", huhu. Kelakar jugak bila pikir-pikir balik, tu la antara nasihat orang tua dulu.

Sebenarnya arinih aku nak tulis pasal satu rojek yang aku buat sepanjang cuti sem arituh...
Projek apa? bukan projek akademik...jeng..jeng..jengg...


projek buat jambatan kat Sg.Ulu Tiram, hehe...

Banyak-banyak bende yang aku buat cuti nih, aku rase bende nih la yang paling best sbab aku dapat ikut progress die dari awal sampai akhir. Keje pOn OK sbab boleh kire aku take over keje technician site nih, sbb katanya die ade projek kat tempat lain. Buzy la tu kot, so aku kena la amik gambar progress projek awal smpai akhir (jadik la site photographer), keep in data untuk 'pilling' mase awal projek & tolong-tolong menyebuk, huhu. So aku mesti la turun site, xleh miss.



"Nih kerje Sivil Eng wan, apa kena-mengena dengan Chemical Eng ko nih?"

Hah.. xde kena mengena pOn. Nih la antara soalan2 popular dari member2 aku yang wajib dijawab tiap-tiap sem baru nanti.

xapa la, janji aku puas & cuti aku terisi walaupOn orang nak kata "Mat Indon" ke pedulik ape aku. Knowledge baru masOk, Income pOn masOk lol, masyuk!!...
Apa pasal la 'sempit' sangat pemikian dieorang nih....

Sebut-sebut pasal Mat Indon nih, nasib baik la 'softskill jawa' aku nih ok, sempatlah aku 'Ngobrol'(borak@bual) dengan sorang krew kren warga indonesia nih.. jadik la aku orang jawa sekejap.

Kesimpulanya, aku ade bende nak kongsi dengan korang. Sedih aku sebenarnya, kenapa anak tempatan tak nak rebut peluang keje kat site camni ek... Memang hakikatnya kerja tu nampak 'kasar'(pada aku tak kasar mana pOn) tapi gaji dieorang mengalahkan orang kerja kilang woo, waktu keje pOn 8-12&2-5(8jam) jek, tak masOk overtime lagi tuh... makan, minum, transport, tempat tinggal sume tanggung.

Aku pOn setuju sangat dengan idea Menteri Sumber Manusia baru-baru ni supaya kekosongan sektor tertentu disi oleh warga tempatan, pasal Indonesia hentikan penghantaran tenaga kerja warganya ke M'sia punca dari kes dera amah.

Cukup la wan!!!
huh, Ok..oK
saksikanlah bingkisan ini....












Wednesday, July 1, 2009

Durian...Oh rambutan...!!

Salam..
bertemu semula kita dalam....

Hmm.. baru arini sempat nak on9.
dah cakap dah... payah nak on9 cuti2 nih, huh
penat btOi aritu, 8jam dalam bas xpress + 1jam dalam bas 'lompat'(atau lebih dikenali sebagai COSTAL OMNIBUS, HAaa.. aku akan cite pasal bus ni kalo ade mase nanti). Nasib baik tak terkehel pinggang cakap lu... Ala, kata peribahasa 'alah bisa tegal biasa' kan, dah masuk 3taun dah berulang DUngun n BP nih. Lebih kurang pukul 9 jgak aku smpai rumah.

Masa aku tengah boring2 tunggu adik amik aku kat bustop seri merlong, aku jumpa si faizal, rakan seperjuangan mase sekolah rendah dulu. Bual punyalah bual, tau la aku yang die ni dah abis diploma n nak sambOng degree naik sem baru ni. Upenye die ni ondaway nak pegi Pontian wat Medical Checkup. Huh, jelesnye aku, terase kerdilnye aku nih, huhu... bile la aku ni nak abes aku punya diploma nih... sorang demi sorang kawan aku dah grad... xpe2 wan, sabaq.. satu sem je lagik, sabar2..

sampai umah, aku trus tanya durian. Huhu, takut betul durian tu abes.. siap mandi2, sarapan n trus cari durian kat bawah pokok. Pokok apa?? pokok durian la bai!!...

Dapat la 3 biji. Padahal kat rumah berlongok-longok dah buah durian, nak jgak cari kat bawah pokok tuh. Kena timpa buah durian sebijik!! baru tau. Bukan ape, xfresh la yang kat umah tuh(padahal baru je dikutip mak subuh tadi). Lagi satu, bile makan buah yang dikutip sendiri kat bawah pokok tu lain macam jek rase puas die, hehe...

Pas abis lahap buah-buah durian tu, aku xtau nak buat ape. Keluar jap pegi Parit Betak carik paper n round2 kampong klo ade benda2 best ke. Tapi amat mengecewakan apabila pagi tu kampongku sunyi sepi bagaikan baru dilanda garuda, haha... Balik bace paper n tetiba aku terlelap. sedar2 aku tengah tulis blog aku nh. hahah, gurau jek..

xde la, cite pasal buah2 nih klo stakat arini dah abis dah durian kat blakang umah tu(hmm.. taun depan la baru jumpa buah durian 'home made' ni lagi). Tapii.. buah rambutannye pulak dah stat masak 'ranum'(fuhh, jarang guna word nih). Memang tak henti2 la musim buah kat umah cuti nih, Alhamdulillah..... rezeki tuhan. pokok rambutan zaman JepOn

nak jgak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...