Monday, August 17, 2009

Nak puasa dah.... (part 1)


Salam petang Isnin....
Petang ni Wan agak rilex sikit, asignment Chemical Process Principal (CPP) & quiz Process Plant dah settle awal pagi tadi. Visit untuk Subjek Process Plant pun dah nampak progress, lepas Wan jumpa member2 group lepas abis class subjek tu pagi tadi. Petang pun memang free xde class, dapat la update blog nih, hehe....

Tak sangka pejam2 celik ujung minggu ni dah awal Ramadhan. Kejap betul rasanya masa berlalu, dah nak raya lagi. Wan teringin nak sambut awal Ramadhan dengan famili kat rumah. Tapi Wan rasa taun ni Wan tak dapat tunaikan keinginan Wan ni sebab baru je balik rumah pasal cuti H1N1 aritu. Memang wan tak jangka cuti ni, sebab dari awal sem Wan dah plenning nak balik sambut awal puasa kat rumah. Duduk jauh tak boleh balik selalu... isk3x (begini la nasib diperantauan)

Wan rasa, sejak wan form 3 kat SDBL dulu sampai sekarang tak pernah lagi merasa sambut awal Ramadhan kat rumah. Biasanya seminggu nak raya barulah dapat merasa puasa kat rumah. Sabar jela Wan!!


waa!! biskOt raye.. banyaknyeE... (ala2 upin&ipin)

Kat mana2 supermarket pun Wan tengok selain kurma, biskut & baju raya pun dah berlambak dah, Wan pun dah mula jadi konpius, sebenarnya ni nak raya dulu ke puasa dulu. Macam keterlaluan pulak, every year Wan dapat rasa preparation2 nak raya camni semakin awal dari tarikh sebenar. Tak percaya tengoklah nanti, awal puasa dah ada lagu raya kat tempat2 camni. Bila dah tiba raya nanti sunyi la pulak, tak meriah la camni......

Saturday, August 15, 2009

COOLING TOWER (Menara Penyejuk)

Malam ni Wan nak 'summerise'kn sket apa yang wan baru study tadi....
it'z about COOLING TOWER atau bahasa melayunya MENARA PENYEJUK a part of subject CHE324 (Process Plant Operation&Maintanance).


sumber rujukan utama



Menara penyejuk ini berfungsi untuk menyingingkirkan haba daripada air yang bersuhu tinggi, senang kata sejukan air panas la. Kenapa air??? haa, sini wan nak bagi tau. Air adalah medium@perantara terbaik untuk pemindahan haba selain daripada sifatnya yang universal.

Disebabkan menara penyejuk adalah satu alat yang berfungsi untuk menyejukan air, maka sumber air panas tu juga datang daripada alat yang memanaskan air contohnya seperti 'Heat Exchanger'.

Apa tu Heat Exchanger??? secara ringkasnya ianya adalah alat pemindah haba kepada suatu bahan secara tanpa sentuhan terus antara bahan. Huraian lanjut akan diterangkan dalam entry2 akan datang.....

Berbalik pada menara penyejuk, sebenarnya ianya terbahagi kepada empat jenis:


Menara penyejuk ini mempunyai beberapa komponen utama:


1) Water distribution Header:
  • fungsinya mengalir & menyeburkan air panas yang dipam naik ke bahagian paling atas menara penyejuk.
2) Splash Bar:
  • semburan air panas tadi akan jatuh keatas kepingan ini
  • kemudian kepingan ini menghalakan air yang jatuh keatasnya air ke bawah
3) Fill:
  • merupakan susunan kepingan kayu@plastik@aluminium
  • air panas akan tersebar dan membentuk titisan menurunani menara
  • disini titisan air panas akan bertembung dengan udara sejuk yang masuk kedalam menara
4) Air Intake Louvers:
  • merupakan celah@bukaan didinding menara yang membenarkan udara sejuk masuk melaluinya
  • udara sejuk dihala ke atas supaya pertembungan udara sejuk dan titisan air panas berlaku
5)Basin:
  • tempat mengumpul titisan air yang telah sejuk
6)Drift Eliminators:
  • susunan kepingan di bahangian atas @ dalam menara
  • berfungsi untuk mengurangkan kadar air yang meruap keluar 'Drift@Windage Loss'

terminologi pergerakan udara di menara penyejuk


luaran menara penyejuk



dalaman menara penyejuk

Friday, August 14, 2009

Pring~ ade boH??....

"pintu dibuka sekadar memuatkan kepala untuk masuk menjenguk kedalam. Soalan pertama yang diajukan 'PRINg ade boH(loghat GAnu)???'"


publishing.....

Hari ini 14 Ogos. Ws(Wan Salleh) Printing Service (sekadar gelaran) memulakan semula perkhidmatan printing dari bilik bagi semester ini. So, makna nyer sesape 'penduduk' kolej Gemia yang nak print, scan & copy, Ws printing service sedia membantu, hehe... promot la plak.

Hmm, semester ni kalau nak diikutkan adalah semester kedua Wan buat servis printing ni. Dari pengalaman semester lepas sambutan memang sangat2 menggalakan. Cuma bezanya semester ni Wan dah buka 'cawangan' baru kat Blok Gemia 2, Wan duduk Blok Gemia 1. Pun masing2 guna 'Brand' printer yang sama, 'Brother'(kalau xtau, ni produk dari Singapore).

Bayangkan dalam Kolej Kediaman Gemia yang kapasiti hampir 1000 student dikeseluruhan tiga blok, cuma 2@3 student yang offer service ni. Padahal hampir semua student kat sini ade komputer sendiri, tapi takde printer. Ape jadahnya ni, camne la dieorang ni nak siapkan assignment.

Atas kesedaran inilah Ws Printing Service ditubuhkan (cehh... promot lagi). Kadang2 kesian kat student2 ni, apatah lagi bila dieorang print out assignment dieorang kat luar. Wan pun masa semester 1-3 dulu penah merasa macam dieorang rasa, dah la koperasi & CC jauh pastu mahal nak gila.

Penah wan kena sekali masa semester 1 kat CC, print out sehelai asignment berwarna RM4, nak tak nak terpaksa bayar. Bila tanya, alasan dieorang sebab pakai laser printer & harga ikut dimensi warna. Assignment tu pasal buat design Iklan, memang la nak fullpage colour kan. So, memang dia tekan habis2 bila orang tengah terdesak.

Wan buat service ni pun suka2 sebenarnya, xde la mahal sangat. Best jgak bila ramai orang datang bilik. Tau bilik wan mana, yang tak kenal jadi kenal & yang best skali bila boleh kongsi2 note & contoh assignment (bukan tiru ea), sebab bila dieorang datang mestila bawa 'pendrive' sendiri kan?


'refillable' catridge memang saving...

SO, give support for Ws printing service...hehe

Seminar Usahawan Herba Bioteknologi

iyah!!! tak penah2 pagi-pagi cmni dah post blog, tetiba plak rajin. Gud Morning bloggers!!

Semalam punya penat pun tak ilang lagi ni. Sebab semalam Wan ada ikut satu Seminar Peluang Keusahawanan Dalam Bidang Herba BioTeknologi. Sebenarnya dua hari, rabu & khamis lagipun kebetulan memang takde kelas untuk kedua-dua hari tu setiap minggu. Apatah lagi join jela, dah la free.



mengantuk pun ada... huhu

Tapi Wan agak terkilan gak, walaupon free & UiTM siap dah provide bas, tapi sambutan kat program2 camni tetap dingin, terbukti bila cuma 30 student yg berminat & dari 30 cuma 5 org je lelaki. haishh...

Tapi ok la kan kata orang nak tuntut ilmu tak perlu la malu2, lagipun seminar camni memang dicari-cari student yg nak grad macam Wan ni, huhu... Biotek ni pon berkait rapat dengan kimia, penceramah pon dari Fakulti Cemical Engineering Pilot Plant (CEPP), UTM Skudai.

Seminar ni diadakan di Galeri B, Terengganu Trade Center (TTC) & kebetulan plak hari kedua seminar (khamis) ada PC Fair kat Galeri A TTC ni. Memang la wan tak lepaskan peluangkan, ni la yang ditunggun-tunggu, hehe...


@ PC Affair(PC Fair)...


Abis seminar tu balik singgah kat Masjid Tengku Nur Zahirah atau lebih dikenali dengan jolokan 'Masjid Terapung'. Nak tau tak, dah 3taun Wan duduk Terengganu, ni 1'st time dapat pegi masjid ni, apa ni. Pastu kebetulan plak tak jauh dari masjid ada Karnival Pesta Terengganu 2009. Apalagi tak kan tengok je kan, hehe... serbu!!!


jejaka2 pojaan, huahah...




tak senonoh gambo nih...

Tak sangka disebalik seminar tu banyak jgak aktiviti sampingan, kata peribahasa 'sambil menyelam minum air' hehe. Antaranya 'window shopping' kat Giant Mall & Mydin Mall, Planetrium, PC Fair, Masjid Terapung & lastly Pesta Terengganu 2009. Eddie, member Wan siap beli printer kat PC FAir tu, mentang2 la naik bas, free shopping sakan la die.

Ok, only this rite now.....
nak pegi jog tepi pantai nih, adios

Tuesday, August 11, 2009

Cakkk!!..



hui !!
I em beck oiii...
isk2.. terharunya! akhirnyer dapat gak on9, tak kisah la walaupOn skang kul3 pagi..... dah la esOk ade 'quiz' process plant, heee



Tak gune punye wireless Gemia, slalu sangat buat hal la. Harap je router sebelah bilik tapi.... 'hampeh kuda'. Kalo setakat 'meragam' 1-2 hari bleh tahan lagi, ni siap dekat 2minggu . Mentang2 la tengah musim H1N1, tak kan 'benda' ni pOn kena gak kot...

Tapi takpe kate org puteh, 'lets begone be bygone' (btul ke ejaan) & kire 'halal' la. Lagi pon semuanya dah ok kan & harap2 tak jadi lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...