Saturday, November 7, 2009

Kapal selam kedua siap.....

Pada 5 Nov 2009 yang lalu , kapal selam kedua Malaysia KD Tun Razak telah dirasmikan di limbungan kapal Cartagena, Navatia sebelum dijadualkan mula berlayar pulang ke Malaysia dan dijangkakan tiba pada Januari 2010.

Upacara penyerahan ini telah dihadiri oleh Panglima Angkatan Laut Malaysia, Tan Sri Dato 'Sri Haji Abdul Aziz Jaafar, dan dihadiri oleh Duta Besar Malaysia Di Spanyol, Dato' Mohammad Naimun Ashakli, dan Presiden Navantia, Aurelio Martinez.

ilustrasi dalaman Scorpene TLDM
KD Abd Rahman sewaktu tiba diPangkalan Kapal Selam Teluk Sepanggar, Sabah
KD Tun Abd Rahman& KD Razak dikelaskan sebagai SSK

Kapal selam dibahagikan kepada 3 kelas:

SSK - kapal selam pemburu-pemusnah(Hunter-killer submarines) (dijana oleh Elektrik-diesel); iaitu kapal selam yang digunakan untuk memusnahkan kapal permukaan atau kapal selam lain.

SSN - kapal selam penyerang(Attack Submarine) (dijana oleh Nuclear); iaitu ciri sama seperti diatas, kecuali lebih laju dari kelas SKK

SSBN - kapal selam balistik(Ballistic Missile Submarine) (dijana oleh Nuclear);iaitu digunakan untuk melancarkan peluru berpandu dari dalam laut.

(sumber: defense-studies.blogspot)

Prof Izzi ker??

sekadar hiasan.....
Petang tadi masa Wan tengah dok printkan customer punya past year paper, tetiba Wan dapat satu call. Call dari member Wan(nama dirahsiakan.. hoHO), die request nak belaja Wan KFC kat bandar Dungun nun. WOw.. rezeki terpijak, kebetulan Wan pOn tengah lapar time tuh, dah seharian 'hibernate' jadi beruang kutub kat bilik. Mana taknyer sehari ujan turun mencurah-curah, nak kluar pegi dining pOn tak leh.

Pas selesai keja, Wan & 2 org lg kawan Wan ni pOn gerak la pegi bandar. Masa dok makan2 tu mula la member yang belanja ni bukak cerita. Upenya die nih ade masalah ngan POmpuan(kah3x... tak sangka mamat nih pn fall in love jgek).Kireny die nih baru masuk 1'st step ler, dah de respon tapi kurang yakin@confuse.

Tapi parah gak kes die nh, biasa la 'angau' kan??sampai takleh study katenye. Hui!!tengah2 final nih, jgn buat hal beb. Tu yang die sanggup perabis kat KFC demi nk mintak pendapat & luahkan msalah die nih. Katanya segan nk bagi tau orang lain, tapi Wan ni bukan 'orang' ke?? Wan pon kadang2 tertanya2, kenapa sesetengah member2 Wan nih suka sgt luah masalah dieorang nih kat Wan.

Kadang2 Wan risau gak kalo apa yang Wan "beri" tu kurang tepat@salah. Tapi alhamdulillah la stakat nih. WalaupOn Wan bkn la pro sgt bab2 nih, tapi at least Wan dapat kembalikan keyakinan dieorang tuk hadapi suatu masalah tuh. Sebenanya itulah pentingnya bila kita dapat luahkan masalah. 1'st akan rasa lega, sebab apa yang tersimpan dalam dada tu dapat dilepaskan. 2'nd, bila dah lepas semua, isi pula dengan kata2 semangat@nilai positif. Disinilah peranan seorang pendengar yang baik diperlukan.Penah ada satu kes nih yang sampai menitiskan air mata. Bukan air mata Wan ea, kawan Wan nih(ingat Wan 'gembeng' ker??hahHAH...)

Sebenarnya Wan nak tegaskan kat sini Wan bukanlah kaunselor, tak berani nak syorkan sesuatu yang terbaik. Tapi Wan sedia untuk dengar masalah & bagi sedikit guideline berdasarkan pengalaman org@Wan sendiri.

ishh.. mengarOt sudeh, berbalik pada cite mmbr Wan nih. Hmm.. die ade dpt satu msg dr bdk yg die suke nih, tp sbb takut salah faham die share la kat Wan&sorg lagi mmbr yg die percaye nih(name jgek dirahsiakn). Apa yg die phm dari msg uh, die kate 'aweks' nih tolak requeat die. Tapi Wan & sorang lg kwn Wan nih phm lain plak, msg tu kate bagi 'lampu hijau'@ awks tu 'open' la kireny.... adOiyai...

Nih la masalahny bila malu sgt, call terus terang kn abis cite. Tu jela yg Wan syorkan, tap balik dr KFC uh die nmpak ceria sket la, beza dr sebelumya, bawak moto cam org sasau...hAHah. Tak abis2 jerit 'aku kne reject....!!!', 'aku kena reject!!..' mcm2 la orang nih.... tp layan sudehhH. Ni la warne2 kehidupan kan???

Last eVent : parT 6 BBQ


Malam kelmarin(4/11) Wan&all coursemate part 6 buat satu majlis barbeque yang diadakan khas tuk meraikan student final sem Chemical Engineering. Majlis 'ringkas' nih diadakan di Pantai Teluk Gadung disertai 40+/- student final sem & lectrer MGT, Pn. Hasmida.

BBQ lagik, puas da buat bbq sem nih... cuma bezanya yang nih kena bayar, RM10 sorang. Sbab makanan malam tu agak mewah gak, hOHO.

Preparation pOn agak gempak, sbab kena handle 30 ekor ayam. Tapi mintak Makcik kat Cafe Kapas tu preparekan rempah & perapkan. Beehoon goreng & keropok juga ditempah dari Cafe Kapas nun, dekat sket nak angkut gie Gadung uh. Tapi, dekat2 pOn Satria Fizi jgak yang jadi mangsa, hahAH. Haa, lupe plak plus lagik 50+/- bungkus sosej.

Stat kul8 nyalakn bara & angkut 'barang'2 dari Cafe Kapas ke Teluk Gadung. Prepare air minuman & stat bakar ayam uh. Stat kul9 ramai dah mai, juga lectr Mdm. Hasmida Sememangnye agak happening malam tu, port pOn ok.. Sambil makan2 tu lapang dada rasanya ditiup angin monsun Laut China Selatan sambil disinari cahaya bintang & bulan mengambang penuh, lebih2 lagi pagi tadi baru jek selesai jawab paper CHE 335(Basic Instrumental Analysis).

Majlis yang dijangkakan abis around 1a.m terpaksa ditamatkan awal sbab ujan dah menjemput masing2 tuk pulang ke kolej, cehh. Tetiba angin kuat & ombak besar naik sampai kawasan BBQ uh. Memang dugaan buat majlis outdoor time2 tengkujuh camni, bila2 jek ujan bleh turun. Cam malam tuh, abis masing2 basah termasuk Wan, nak taknak barang2 xleh tinggal camtu jek. So, russhing la kemas & bermandi hujan la malam tuh, huhu..

Yang bestnye da la basah kuyup, balik lak tak jumpa post A. Kawasan pantai malam tu blackout, so pintu masuk kampus yang biasanya terang benderang jadik gelap-gelita malam tu sampai terlajak da.

Tapi apa2 pun ni la pengalaman terindah buat event bersama rakan2 yang bakal grad ujung taun nih. Harap2 lepas nih masing2 ingat satu sama lain walaupun da bawak haluan masing2, mybe ade yg nk cntnue study ke, kerja ke, tak pOn yang da nak kawen, hahAH.. allahualam, wan pon tak tau rezeki masing2 kan?

Okey stakat nih sajah.....

Monday, November 2, 2009

"WHEEL CLAMP" jaga2 kaki kuda kamoO...

Lama dah Wan upload pic2 nih tapi tak sempat2 lagi nak komen. Pic2 ni menunjukan beberapa kenderaan yang kena 'clamp' kat sekitar kampus Wan. Tak tau la kenapa petang tu gatal tangan nak snap pic2 camni, tapi memang banyak kenderaan yang kena clamp time uh.

Rasa2nye sejak sem nih la sistem clamp ni digunakan secara meluas dalam kampus tuk 'mendidik' tuan punya 'kuda' yang tak reti bahasa nih. WalaupOn tak bnyak mane clamp yg pak guard ade, tapi cukup la skadar member amaran kpd tuan punya kuda yg lain bahawa "Ohh.. wat da hekk!! takleh parking kat sini lah..."haHA...
Kawasan Kolej Kediaman Gemia
Kawasan Kolej Kediaman Tenggol
Emm... tak paham la Wan, kalo parking kereta kat kawasan kolej(atas) tu memang la salah. Tapi parking kat tempat khas tuk parking(bawah) pOn salah ker. Emm... ntah la, mybe dieorang ade buat salah lain kot. Tak bayar saman ke... ohOi
Parking DiPerkarangan Dewan Aspirasi
Parking Di Hadapan Blok Sarjana
Parking Di Perkarangan Stadium@Kompleks Gemilang
Kalo 'kuda' berkaki empat(kreta le) kena kunci bila letak merata. Lepas nih, 'ayam' berkaki dua(moto da) pulak bakal kena towing bila parking merata@buat salah. Bila nak berkuatkuasa, itu Wan tak tau. tapi ptg tu Wan sempat tengok pak guard uh buat demonstrasi. Jaga-jaga la ea...
MPD pon tak macam nih sih....
Isu bawak kenderaan ke kampus ni selalu naik masa Dialog MPP@Pengarah, tapi cam takde kesudahan. Apa yang Wan nampak, kalo pekeliling sem2 lepas melarang student baru bawa kenderaan secara berperingkat2. Cara ni terbukti berkesan sebab dapat kurangkan kesesakan trafik & parking, terutamanya di kaw tasik.

Tapi sem ni, pekeliling membenarkan semula semua student bawa kenderaan dengan syarat tak parking kat kolej. Tapi ramai dikalangan student langgar syarat tu & kesannya keadaan kembali jadi cam sediakala. Parking kat area kolej jadi tak cukup & bila parking merata comfrm kena tindakan.

So.. mencegah ke, bertindak lagi ok???(susur anak gajah dari kaw kolej tasik ke blok akademik bernilai 1/2 juta tu pn dah hampir siap. Mana pegi idea 'kampus berbasikal'???)fikir-fikirkanlah......

(p/s: betuah la korang yang pic ketanye msuk dlm blog nih, hOhoi...)

Dungun is toO coOL.....ngeEEee!!..

Hye... welcome to month of november!!! kejapnye dah masuk hujung tahun ek.
emm.. lusa(4/11) paper 1'st Wan tuk final exam nih. Sempat lg nk update blog ni ek, hoHO..
Bertuah betoi dpt On9 time2 camni. Dah dua hari bilik Wan nih xdpt signal Wireless Netgear nih coz 'router' uh kena 'cabot' En.Syam, nape ntah?? nk maintenance kot.

Hah, baru pagi tadi Panel Penilai AKNC dtg lawat kampus Wan sebab arini turn kampus Wan kena. Bertambah-tambah la seri kampus Wan nih, masing-masing berkerjasama menyerikan lagi 'resort campus' yang sedia maklum merupakan antara campus UiTM tercantik diMalaysia, haha...(dengan nada bongkaknyer.. hehe)
nie banner kat post B....(sempat lg)
Memandangkan sekarang da masuk bulan nov, maknenye bermulalah musim tengkujuh kat pantai timur. Juga tak terkecualilah kat Dungun nih, 'enviroment' dah mula jadik suram. Antara simptom2nyer, mendung & hujan tak menentu sepanjang hari, ombak kat pantai nun mula bergulung-gulung & sentiasa berangin(EeEeee.. sejukkK!!).
berjalan kat Teluk Bidara semalam...hOho..
Wan nampak penduduk tempatan pOn da mula kurangkan aktiviti luar, shejukk woO.. baik tidO kat umah kot. Rasanye ni 1'st time Wan rase awal musim tengkujuh kat cni, sbab sem tuk taun ni abis lewat dari taun2 lepas. 2-3 ari kebelakangan ni kalo Wan 'ovenite' study, dr jauh seram jek dengar sayup2 bunyi oMbak tu 'landing keras'(hempas lohh..) kat pantai uh... GeDebuShhh..geDeBUshhhH!! hoHO

And effectnye, sume romate Wan dah kne dmam sesema nih. Hrp2 wan xkne le, jauhnkn la ea time2 nk final nih. Memang dugaan betul dengan cuaca sejuk gini nk study, kalo tak kuat 'iman' mmg layan tido jela jwbnye....

hUh, Wan pn ngantOk da. nk la tido jap lg, huhu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...