Wednesday, October 14, 2009

Skuadron Su-30MKM beroperasi sepenuhnya


Masuk hari ni genaplah sebulan penghantaran kumpulan@batch terakhir pesawat pejuang terbaru negara Su-30MKM. Penghantaran baki 4 buah pesawat terakhir ini dilakukan pada 4 September lalu di Lapangan Terbang TUDM Subang dengan menggunakan pesawat pengangkut. Melengkapkan jumlah keseluruhan 18 buah pesawat.





Baru-baru ni juga Wan ada dengar cerita kerajaan nak gantikan 15 buah jet pejuang MiG-29 sediada TUDM dengan 6 buah pesawat baru Su-30MKM. Jika hal ini menjadi kenyataan maka kekuatan skuadron Su-30MKM akan menjadi 24 buah keseluruhan.

Bagi Wan, tindakan ini pastinya menimbulkan pro & kontranya yang tersendiri. Tidak kira samada daripada belah pihak awam yang prihatin mahupun profesional ketenteraan.

Bagi yang menyokong, pastinya aspek usia pesawat menjadi persoalan utama. Dimana usia pesawat MiG-29 sudah hampir mencecah 15 tahun beroperasi sebagai pesawat pemintas utama negara. Pastinya kos penyelenggaraan dan menaiktaraf pesawat tersebut adalah lebih baik digunakan untuk mendapatkan pesawat baru.

Tidak kurang juga bagi yang membantah, penukaran ini akan menjadikan kuantiti pesawat yang bakal mempertahankan ruang udara negara menjadi berkurangan. Dan tidak berbaloi mengantikan 15 pesawat lama dengan hanya 6 pesawat baru sahaja. Aspek tenaga kerja juga diambil kira, bagaimana pula dengan nasib mereka yang selama ini bersangkut-paut dengan operasi MiG-29, sekiranya pesawat ini tiada kelak???

Apa yang Wan harapkan, segala keputusan haruslah berasakan kepada keperluan negara buat masa ini. Dan tidak pula melupakan apatah lagi membebankan rakyat.

Monday, October 12, 2009

DINNER ChESS 2009


 kacak la mamat nih.. anak sape nih ek??
Huh, malam tadi Wan baru selesai menghadiri dinner ChESS(Chemical Engineering Student Society) untuk tahun nih. Dinner?? tapi kat gambar atas tu tulis 'OPEN HOUSE ChESS', apa cerita ni? Ntah la,Wan pun confius sebenarnya. Kalau open house sepatutnya semua boleh hadir, at least semua ahli ChESS & tak perlulah kenakan bayaran. I think its better be a dinner, ntah la maybe organizer nih pikir masih lagi dalam mood raye so open house jela. RAYA = OPEN HOUSE, gitu kot. Apa-apa jela, komen lebih-lebih pulak ko Wan, hehe....

Sebenarnya untuk dinner kali ni first time dapat buat kat dewan utama kampus, Dewan Aspirasi. Kalau tahun yang sebelum-sebelum ni buat kat Hotel UiTM & Kelab Golf, rugi la kalau tak pergi rasanya.
 
Tapi yang tak bestnya, alahai makanan die. Tak puas rasanya, cam makan RM5.00 jek. Tak boleh 'refill' pulak tu, hehe. Tapi takpe la, buat kat Dewan Aspirasi kan? mestilah banyak kos untuk makanan yang kena 'cut' untuk hiasan and bla.. bla.. bla...

Bab aturcara majlis pulak, Wan rasa dah ok la. Sebab sempena hari raya ni, so ada la event special iaitu pertandingan anyam ketupat. Bertanding mengikut part, menarik jugak...
 
Untuk persembahan pulak setiap part ada hantar wakil kecuali part 4&6. Tak ketinggalan juga persembahan kugiran.( gambar dibawah adalah sekadar hiasan, huhu)

dah lama aku impikan untuk menjadi 'drummer' seperti ini, hehe..

real beb...(ada bakat)

tak boleh blah.. hehe
Petang sebelum tu, sempat lagi Wan pegi usha-usah preparation yang si adik-adik junior ni buat. Kebetulan sekali pegi pasar kat depan dewan nun.



Dah abis majlis pun nak menyebok gak, hehe....


Okeh, setakat ni dulu... nantikan pula post untuk DINNER MAPRA yee, apa tu Wan?? Haa, tunggu!!....


Saturday, October 10, 2009

Taman Tasik Tanjung Sura



keciknya aku...
Selamat pagi & happy 10/10/09 bloggers!! pagi ke?? yup, dah Wan tulis post ni belah pagi, kalo petang selamat petang laa, haishh. Ok, jangan marah gurau-gurau je. Mulai hari ini Wan nak tulis blog ini secara 'full word', contohnya kalau 'ko' tukar kepada 'engkau' sebab blog Wan ni dah ada Google Translator'. Mana tau ade 'Mat Saleh' @ visitor dari Uganda ke nak baca blog Wan ni, taklah pelik pula translate tu jadinya.

Ok, awal pagi tadi Wan pergi jogging kat Taman Tasik Tanjung Sura. 'Port' baru ni, dengan siapa??? haH, itu yang kita nak taU. Tapi topik kali ni bukan pasal tu, tapi pasal Taman Tasik Tanjung Sura ni.

Sebenarnya, taman ni terletak di Post B kampus Wan, tak siap sepenuhnya lagi mybe dalam 10% lagi siap la kot. Tapi dah boleh la untuk dikunjungi, sebab pagi tadi pun dah mula ada pengunjung dari student & penduduk yang tinggal disekitarnya. 1@2 minggu lagi siap la kot.

Promot sket!! Boleh tahan best juga, sebab ada satu jeti kat situ coz berdekatan dengan Tasik Sura. Emm, tasik ke sungai ek?balun jela. Nak tau lebih lanjut pegi la usah sendiri, malas nak cerita panjang-panjang.

Jom usha gambar yang sempat Wan amik tadi:

kepada yang suka main 'jongkat-jongket', 'buaian' & 'gelongsor' kat sini pun ada

ni die jetinya, huhu...
 
aku & sungai sura(ke tasik?? konpius..)


pondok-pondok.. new design, huhu.. 

parking pun disediakan(WFJ 2000 nun)...

Okeh, that all for now...

Friday, October 9, 2009

Lab CHE 335 @ TATI


Semalam merupakan hari terakhir Wan buat amali makmal untuk subjek Basic Instrumental Analysis(CHE 335) kat Terengganu Advance Technology Institute @ biasa dipanggil sebagai 'TATI'. Dah masuk minggu kedua sebenanya Wan kat sini, tapi cuma baru hari nie Wan sempat nak post.

Kenapa kat sini?? haa, nak tau kenapa. Sebab, peralatan kat campus Wan nih tak mencukupi tuk buat eksperimen pasal subjek nih. Senang cite mesin tuk wat eksperimen nih xde, haa. So, kena la pegi ke TATI sebab kat sini peralatan die complete tip top. Memang la lagipun kolej nih kolej swasta kan??nama pOn 'advance technology institute'. Advance tuh.


untuk eksperimen ni student akan belajar cara2 nak kendalikan High Performance Liquid Chromatograpy(HPLC) machine dan Gas Chromatograpy(GC) machine. Dengar je macam mudah ek??


Haa, So, nak operate 2 mesin nih kena la 'prepare' sample dulu. Sebab function mesin nih adalah untuk menganalasis kandungan sample cecair, tak kire la air longkang ke air water cooler ke.
Tapi untuk eksperimen nih tak la semudah main cedok jek air longkang tuh. Kena la prepare sendiri, kalo tak hilang la 'title' chemical engineer tuh.  

Nazri dengan muka gembiranya menunjukkan sample yg dihasilkannya

then, sample ni dimasukan dalam 'botol' kecik nih...


teamwork tu penting...


nih die stesen tu mesin HPLC
 

dan ini pula stesen tuk mesin GC

tapi malangnya mesin GC nih takleh 'run' lak mase tuh.
so, HPLC jela yang menjadi....


larutan kuprum bernilai RM3000+/+... huh, sungguh bernilai eksperimen nih
And, after that sample tu akan dianalisis oleh komputer dan keluarlah result tuk kandungan sample tu.
Perkembangan teknologi telah memudahkan kerja 'mengambil' sample. Jika dulu sample perlu disuntik sendiri ke dalam 'column' secara manual tapi kini ianya dibuat secara automatik seperti video diatas.

Thursday, October 8, 2009

ARE U aDDICTeD To FaCebOoK????


Facebuk ku....
Memang Wan agak addict dgn benda alah Facebuk nih. Kebelakangan nih hampir semua mmbr2 Wan dapat contact & tau update dieorang dari sini.. sampailah Wan terbaca artikel nih...
RENUNG-Renungkan......

"Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com


Dah Baca???pnjangnye...
terpulanglah kepada individu tu, mungkin ada yg pandang sebelah mata @ xbace langsung pON..
sesungguh jujur Wan cakap, Wan pON agak susah nak tinggalkan tapi seperti dikatakan tadi...


"Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook."
p/s: final dh dekat.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...