Tuesday, November 10, 2009

final + eksiden = budak2 kimia

Ishh... eksiden lagik, tak serik2. Camni la budak2 kimia batch Wan, tiap2 sem asal final je mesti ada yang eksiden kat jalan. Malam kelmarin, 2 orang kawan Wan, Nik & Nazri cedera sbab langgar orang dari belakang. Nasib baik moto vs moto, tapi si Nik yg bawak moto agak serius, Nazri kat blakang plak luka2 sikit kat tangan.
'palinG-palinG' kamuk mau pulang Sabah esok....

Orang yang kena langgar uh, orang kampung situ gak. Budak tu pon luka2 kat muka&tangan. Kalo ikut teori perlanggaran zarah, Nik yang salah tapi Wan no komen sbab Wan pOn xnampak.

ngeri tgok...
Wan&member2 yang dapat tau berita, terus bergegas pegi Hospital Dungun. Sampai2 hospital 'kerabat' budak tu dah ramai kumpul kat sana. Tapi alhamdulilah keadaan terkawal, walaupun nampak macam ada yg tak berapa puas hati.
Nik pon dah dibawak balik keluarganya ke Besut malam tadi pas dapat keluar hospital paginya. Harap2 dia cepat sembuh, walaupun terpaksa 'drop' 3 subjek final sbab tak boleh amik baki 3 lagi paper.

Sunday, November 8, 2009

PlantS vs ZombieS

karekter yg cute miut(sejOk mate memandang)....
Ade gak ke Wan Game khas tu final exam nih?? nak final pon main game lagi ker......
eheh.. ader, mane bleh xde. Ala, game ringan2 jek, standard bdk2 sek rendah jek. Buat ilang2 tensen study, huhu..
interface yg menarik....
Rasanya hampir semua penghuni Gemia main game nih, huhu...
bertahan! bertahan! serangan bertubu-tubi...
kalo da zombi, zombi juga... amik ko 'Cili Japelo' sbijik, bakar, hahahh...
kemaraan zombie tidak dapat dibendung... Oh tidak, "ZOMBIE ATE YOUR BRAIN!!"..
Tapi bahaya gak, selagi tak habis satu level tu nak main jek rasanya. lagi stu bila kalah mesti nak main lagi sampai menang, hehee... tu Wan la, hahah...

Nak download: Klik sini

Rindu zaman bekerja......

possing depan keta customer yang berjaya Wan 'operate'... (kat Perak)
Kerja.. kerja.. kerja.. !! bila la nak kerja agaknye?? lame tol nak tunggu abes study nih. Seronoknya kalo teringat balik zaman Wan kerja masa pas SPM dulu. Nak kata kerja nih susah, rasenya takde la susah mana? tapiii... memang seronok lah, hahhaHH..

Nak cerita sikit la, dulu pas SPM Wan kerja kat satu company nih, nama die Takasimaya Holding Sdn Bhd. Company nih buat&pasarkan sistem sekuriti kereta, cam sistem Immobilizer, Anti-Hijack, GPS & etc(kalo korang yg arif pasal keta tau la ek).

fakta menarik... tengok jgn tak tengok...
Wan rasa untung sangat dapat timba banyak pengalaman selama hampir 1 tahun kerja kat situ.
Skop kerja Wan masa tu sebagai 'installation technician'. Huh.. seram jek dengar, tugasnya kalo ade customer nak pasang@servis mana2 sistem nih, Wan la kena buat.

Nak pasang pOn bukan boleh sebarangan, sebulan Wan kena kursus. Kena kenal & 'operate' wiring macam2 jenis kereta. Paham2 la, ni kereta bukan moto. Pastu kereta xnk yg baru2 & branded pulak tuh.
kereta nih baru seminggu dapat & tuannya nak pasang 'Anti-Hijack' (kat Perak gak)
Disebabkan company nih ada banyak 'branch' kat semenanjung, so setiap 1bulan 'team' akan di digilirkan untuk transfer ke branch lain. Setiap team ada 8 orang(4 technician, 2 dealer & 2 supervisor), company sediakan rumah & 2buah kereta setiap team. Gaji pOn ok gak, tp sbab banyak 'jalan' tak nmpak sgt la duit uh, huhu...
Wan mmg suke 'pomen'2 nih... bkn senang nk dpt 'lesen' pomen kreta baru2 nih, hehe...
Bila tukar branch tu makan angin la jawabnya. Sepanjang Wan kerja situ hampir semua branch belah 'West Coast' Wan dah explore, antaranya Johor Bahru(tempat Wan mula2 masuk), Batu Pahat, Melaka, Klang, KL(HQ), Ipoh, Teluk Intan, Alor Staq, Penang & Kangar.
caye tak Wan yg baring bawah dashbord keta uh, sambil dibantu technician Azam... (kat Klang)
Bila kat branch, kena la jaga branch. Macam kalo ade customer nak servis@install sistem kena la pergi ke rumah customer tuh. Nak income lebih promot la sndri kat jiran@sedara diorang, tapi tu keje dealer la(kena 'mulut manis'). Kadang2 kalo ade request dari mana2 expo @ PDRM kat branch tu, kena la pegi. Biasanye buat demo, tunjuk kat orang ramai camne kereta diorang biasanya kena curi.
caye tak korang kalo 2 item diatas nih bleh ganti fungsi kunci kereta korang....
Disebabkan company ni specialist bahagian sekuriti kenderaan, so mestilah diorang tau kelemahan sekuriti setiap kenderaan tu kan. Termasuklah staf2 diorang, mmg expert bab bukak2 kereta tak pakai kunci nih. Tapi jangan salah faham, ni untuk tujuan demo sahaja. Nie lah salah satu lagi pengetahuan tak ternilai yang Wan dapat.

FAKTANYA... biasa kat parking, bila ada orang dalam kereta mesti kita ingat orang tu tuan punya kereta kaN. Dia buat apa pon kita x amik tau. Tapi camne bila dalam tu perompak yg berlagak cam tuan punya kereta sedang berusaha membuka segala lock dalam tu, cam 'stering lock', 'gear lock', 'pedal lock'(tu pon kalo pakai la, kalo tak lagi mudah kerja die..). Kalo tak silap Wan biasanya sindeket nih guna Asid Sufurik Pekat(H2SO4) untuk leburkan perumah kunci lock uh.
salah satu demo di Selangor
Bayangkan kagum Wan, bila 1'st time Wan dapat hidupkan sebuah kereta x smpai seminit. Tanpa kunci, dapat buka lock, matikan alarm & hidupkan enjin dengan hanya gunakan lidi basikal, wayar buatan & syiling 10sen. Stylo beb!!. Wan akan gunakan ilmu nih tuk jaga kereta Wan satu hari nanti.

Sekarang pOn Wan dah nak abis study, tak sabar nak grad. Plen Wan abis nih nak kerja dulu la, settle PTPTN & kalo ade rezeki sambung buat PJJ pakai duit sendiri, hehe.....

(p/s: kpd sesiapa yang berminat boleh la layari www.tksmy.com)

Saturday, November 7, 2009

Kapal selam kedua siap.....

Pada 5 Nov 2009 yang lalu , kapal selam kedua Malaysia KD Tun Razak telah dirasmikan di limbungan kapal Cartagena, Navatia sebelum dijadualkan mula berlayar pulang ke Malaysia dan dijangkakan tiba pada Januari 2010.

Upacara penyerahan ini telah dihadiri oleh Panglima Angkatan Laut Malaysia, Tan Sri Dato 'Sri Haji Abdul Aziz Jaafar, dan dihadiri oleh Duta Besar Malaysia Di Spanyol, Dato' Mohammad Naimun Ashakli, dan Presiden Navantia, Aurelio Martinez.

ilustrasi dalaman Scorpene TLDM
KD Abd Rahman sewaktu tiba diPangkalan Kapal Selam Teluk Sepanggar, Sabah
KD Tun Abd Rahman& KD Razak dikelaskan sebagai SSK

Kapal selam dibahagikan kepada 3 kelas:

SSK - kapal selam pemburu-pemusnah(Hunter-killer submarines) (dijana oleh Elektrik-diesel); iaitu kapal selam yang digunakan untuk memusnahkan kapal permukaan atau kapal selam lain.

SSN - kapal selam penyerang(Attack Submarine) (dijana oleh Nuclear); iaitu ciri sama seperti diatas, kecuali lebih laju dari kelas SKK

SSBN - kapal selam balistik(Ballistic Missile Submarine) (dijana oleh Nuclear);iaitu digunakan untuk melancarkan peluru berpandu dari dalam laut.

(sumber: defense-studies.blogspot)

Prof Izzi ker??

sekadar hiasan.....
Petang tadi masa Wan tengah dok printkan customer punya past year paper, tetiba Wan dapat satu call. Call dari member Wan(nama dirahsiakan.. hoHO), die request nak belaja Wan KFC kat bandar Dungun nun. WOw.. rezeki terpijak, kebetulan Wan pOn tengah lapar time tuh, dah seharian 'hibernate' jadi beruang kutub kat bilik. Mana taknyer sehari ujan turun mencurah-curah, nak kluar pegi dining pOn tak leh.

Pas selesai keja, Wan & 2 org lg kawan Wan ni pOn gerak la pegi bandar. Masa dok makan2 tu mula la member yang belanja ni bukak cerita. Upenya die nih ade masalah ngan POmpuan(kah3x... tak sangka mamat nih pn fall in love jgek).Kireny die nih baru masuk 1'st step ler, dah de respon tapi kurang yakin@confuse.

Tapi parah gak kes die nh, biasa la 'angau' kan??sampai takleh study katenye. Hui!!tengah2 final nih, jgn buat hal beb. Tu yang die sanggup perabis kat KFC demi nk mintak pendapat & luahkan msalah die nih. Katanya segan nk bagi tau orang lain, tapi Wan ni bukan 'orang' ke?? Wan pon kadang2 tertanya2, kenapa sesetengah member2 Wan nih suka sgt luah masalah dieorang nih kat Wan.

Kadang2 Wan risau gak kalo apa yang Wan "beri" tu kurang tepat@salah. Tapi alhamdulillah la stakat nih. WalaupOn Wan bkn la pro sgt bab2 nih, tapi at least Wan dapat kembalikan keyakinan dieorang tuk hadapi suatu masalah tuh. Sebenanya itulah pentingnya bila kita dapat luahkan masalah. 1'st akan rasa lega, sebab apa yang tersimpan dalam dada tu dapat dilepaskan. 2'nd, bila dah lepas semua, isi pula dengan kata2 semangat@nilai positif. Disinilah peranan seorang pendengar yang baik diperlukan.Penah ada satu kes nih yang sampai menitiskan air mata. Bukan air mata Wan ea, kawan Wan nih(ingat Wan 'gembeng' ker??hahHAH...)

Sebenarnya Wan nak tegaskan kat sini Wan bukanlah kaunselor, tak berani nak syorkan sesuatu yang terbaik. Tapi Wan sedia untuk dengar masalah & bagi sedikit guideline berdasarkan pengalaman org@Wan sendiri.

ishh.. mengarOt sudeh, berbalik pada cite mmbr Wan nih. Hmm.. die ade dpt satu msg dr bdk yg die suke nih, tp sbb takut salah faham die share la kat Wan&sorg lagi mmbr yg die percaye nih(name jgek dirahsiakn). Apa yg die phm dari msg uh, die kate 'aweks' nih tolak requeat die. Tapi Wan & sorang lg kwn Wan nih phm lain plak, msg tu kate bagi 'lampu hijau'@ awks tu 'open' la kireny.... adOiyai...

Nih la masalahny bila malu sgt, call terus terang kn abis cite. Tu jela yg Wan syorkan, tap balik dr KFC uh die nmpak ceria sket la, beza dr sebelumya, bawak moto cam org sasau...hAHah. Tak abis2 jerit 'aku kne reject....!!!', 'aku kena reject!!..' mcm2 la orang nih.... tp layan sudehhH. Ni la warne2 kehidupan kan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...