Sunday, November 29, 2009

Salam Aidiladha


Suasana majlis korban penduduk Kg Parit Tengah pada Aidiladha 1430


Huh... huh.. penat 'main' kejar2 ngan lmbu korban tadi....
hakhak.. gurau jek..

Rasa belum terlambat lagi tuk Wan sampaikan salam Aidiladha kepada pengunjung blog wan nih.
Pic2 kat atas tuh adalah sedikit bingkisan daripada majlis korban yang dibuat oleh penduduk kampung Wan, Kg Parit Tengah.

Amalan bergotong-royong yang masih subur dikalangan penduduk samada tua mahupun muda. Semoga semangat seperti ini berkekalan.

OK, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA......

Saturday, November 21, 2009

Beralih ke pasaran Serantau...

Jika kebelakangan ini Malaysia telah mendapatkan persetujuan daripada negara jiran, iaitu Indonesia bagi membekalkan beberapa kelengkapan pertahanan untuk negara. Adakah industri pertahanan kita telah mengalihkan pandangan ke pasaran serantau Asia Tenggara. Ataupun sekadar untuk menjimatkan kos bagi memenuhi peruntukan pertahanan yang tak seberapa.

Apa2 pun Wan ucapkan tahniah kepada industri pertahanan Indonesia kerana berjaya meyakinkan negara serantau dengan aset2 persenjataan yang dihasilkan oleh mereka.
Daripada sumber2 yang dipercayai, bulan ini sahaja pihaknya telah menerima tempahan sekitar 24 buah bot tempur RIB(rigid inflatable boat) dari Malaysia & Indonesia. Brunei juga dikatakan mempunyai minat yang sama untuk mendapatkan bot jenis ini.
PT Pindad Indonesia juga diberi kepercayaan untuk membekalkan 30 buah kenderaan perisai(APC) 6x6 yang khabarnya akan mengantikan APC 'condor' yang sedang berkhidmat dibawah Panji PBB di Lebanon. Selain itu, Malaysia juga dilaporkan memesan sejumlah rifle tempur SS-22 buatan firma ini

Get ready for 'Balik'!!!...

Hmm.. sebelum tu, sedar tak sedar rupanya Wan dah post lebih dari 100 entry & ini entry yg ke '102'. Hoho tahniah Wan!! Emm, beberapa ari nih Wan agak sebok sikit, pasal baru je abis join Kursus Asas Keusahawanan Siswazah(KAKS)2009 anjuran MEDEC.

Malam nih Wan dah nak gerak balik Johor, bas Cepat Exp kul 12.15(tapi kompem kul stu bru dpt naik)huhu.. seronoknya, orang lain dah balik tapi Wan terkial-kial lagi kat sini. Doakan Wan selamat sampai la ek.

Hampir seminggu duk kat Campus yang 'kosong' pikir2 balik rasa seronok lak. Tapi memang agak mencabar berulang dari kolej ke Datsu(tempat seminar), dengan hari2nya hujan. Peserta lain duk Tenggol, Wan duk Gemia. Peserta lain berulang naik bas, Wan naik basikal.. hak3x (dasar degil, hehe)

Ok.. Wan akhiri entri nih dengan shot2 sepanjang 'musim hujan' sekitar campus Wan, check it out!!!

Wednesday, November 18, 2009

SME Bank factory complex

tercegat depan pintu masuk Kompelks kilang SME Bank..
Petang tadi Wan baru je selesai mengikuti satu industrial visit kat Chendering, Kuala Terengganu. Visit nih merupakan salah satu modul dalam kursus keushawanan siswazah yang Wan tengah follow skang nih, dari 16-21 Nov 2009. Bakal-bakal usahawan la nih, huhu..
En Ramli bersemangat memberi taklimat
Gerak dari campus kul9 & sampai sejam kemudian (dekat jek), hujan sepanjang perjalanan. Sampai terus kumpul kat bilik masyuarat & sedikit briefing olhe En. Ramli selaku pegawai bertugas ketika tu. Selesai briefing terus melawat kilang2 dibawah seliaan SME Bank disini.

Besta Manufacturing S.B... keluarkan sos & kicap
SolarTIF S.B... hasilkan lampu solarTinta Dinamik S.B... percetakankilang ais nih 'shutdown' kena cuciZaman Ais S.B... buat & pasarkan ais tube
Haha.. yang bestnyer mase sampai kat Kilang Zaman Ais S.B nih, kilang nih tengah 'shutdown' coz atas arahan Kementerian Kesihatan.tengah Nih semua pasal kes taun yang merebak kat negeri nih, so tak memasal sume kilang ais kena stop buat ais. Effectnyer sume penduduk Kuala Terengganu & sekitarnya tak dapat la minum air 'berais' buat 2minggu nih.
Ziq Bakery & Cake S.B.. buat kek...
yaa.. boleh rasa, sedap amik lg, huhu... (part paling best, hehe)
haha, nk usha resepi dari adik nh...
Songket Yayasan Tuanku Zahirah... hasilkan sengket ribuan ringgit

Hytech S.B.. membekal pelbagai jenis pembersih

ok stakat nih sajah....

Tuesday, November 17, 2009

Internet... tetiba cam cendawan

Pelik jugak Wan akhir2 nih beriya-iya sungguh internet servic provider nih promot servis dieorang. Tapi baguslah bila ada saingan camni, sekurang-kurangnya dieorang akan cuba menurunkan caj perkhidmatan mereka serendah mungkin. Pada Wan apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Nih adalah satu cabaran bagi TM sebab dalam Bajet 2010 pun PM dah umumkan, TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion & TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Nih lah masanya, sebab aritu penah hangat pasal isu pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
bang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar gak tagline iklan ni, sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan, hehe. Memang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:
Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai
Ramai gak yang dah komplen servis P1 ni. Cam Broadband Celcom, ramai yang kata laju pada mulanya tapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi slow giler. Sehingga istilah 'berukband', 'snailmyx', 'p1 Why Mek', 'Max Cis' dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati. hehe...

Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...