
Nak melabur ni kalo nk untung banyak modal kenalah banyak jugak. Jadi kenalah menyimpan, tak pun meminjam. Yela tapi kadang2 mentaliti sesetengah kita ni kalo suruh menyimpan melengah-lengah sbab tak wajib, tapi kalo bab2 bayar hutang xboleh melengah punya sebab wajib bayar. So, paham-paham la.. Sekarang nih pun ada banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB cam CIMB, Maybank, RHB easy.
Cuba tengok maklumat yang Wan dah kumpul.
*Bayaran bulanan termasuk insurans. (Boleh diperolehi di bank berkaitan)
(Bayaran insurans hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.)
Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB.
Maknanya, untung rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun.Ambil tempoh maksimum 25 tahun untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan.
Boleh juga berhenti bila-bila masa (tetapi syarat mesti lebih dari 3 tahun-baru dapat untung)
Dalam analisa ini, Wan ambil pakej terbaik buat masa nie dari RHB melalui EasyASB
Kenapa RHB???
*buat masa ni, hanya RHB yg offer tempoh 5tahun pertama untuk bayar interest(BLR-1.0%) sahaja & bakinya bayar pinjaman pokok+interest. So, bayaran bulanan lebih kecil.
Katakan Wan ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun.
Kadar interest sekarang 5.3%(BLR 6.3%-1.0%)
Kadar dividen + bonus ASB 8.55% .
Berikut adalah analisa yg Wan dapat.
5 tahun pertama:
kadar interest RM 100 000 x 5.30% = RM5300 setahun
pulangan ASB RM 100 000 x 8.55% = RM8550 setahun
kadar keuntungan RM8550 - RM5300 = RM3250 setahun
@RM3250/12 = RM 270 sebulan
20 tahun berikutnya:
total interest RM 100 000 x 5.30% x 20tahun = RM106 000
bayaran berikutnya RM100 000 + RM 106 000 = RM206 000
@
RM206 000/300bulan = RM687 sebulan
dividen ASB RM 100 000 x 8.55% = RM8550 setahun
@
RM8550/12 = RM 713
kadar keuntungan RM713 - RM687 = RM26 sebulan
Paling teruk pun, Wan cuma perlu membayar ansuran pinjaman untuk tahun pertama sahaja(RM442 sebulan)... tahun ke2 dan seterusnya boleh guna dividen ASB tu untuk rolling bayar ansuran pinjaman.
Dari kira-kira di atas.. pulangan 5tahun pertama memang menguntungkan. Walaupun untung selepas 5taun sangat kecik ianya masih tetap untung dan tak membebankan Wan sebab dah nama pun pelaburan ni dibuat atas dasar pinjaman. Dan yg paling penting selepas 25 tahun, Wan dapat total RM100k. masyuk $_$
Catatan:
- Sesuaikan jangkamasa tempoh pinjaman dengan umur anda. Jika aturan anda betul, anda akan menikmati masa persaraan yang terjamin. Insyaallah.
- Selain melalui pinjaman, melabur melalui simpanan sendiri adalah lebih menguntungkan(lebih afdhal&berkat) tp bergantung kepada komitment, disiplin & mentaliti diri masing2.
SEKIAN, SELAMAT MELABUR.




"Misil yang dilancarkan tepat ke sasaran berukuran 40 meter pada kedudukan 40 kilometer (22 batu nautika) dari kedudukan kapal selam. "Ia dilancarkan ketika KD Tunku Abdul Rahman berada pada kedalaman 55 meter iaitu paras di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Misil Exocet SM39 blok dua merupakan aset negara yang diperolehi dari Perancis pada pertengahan 2008. Peluru berpandu sepanjang enam meter dan berdiameter 35 sentimeter itu seberat 2,100 kilogram. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kontrak ujian tropika.
"Ia juga bertujuan mengesahkan keberkesanan misil Exocet SM39 blok dua dan sistem persenjataan KD Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika," ujarnya. Sebanyak 10 unit misil terlibat dalam penembakan tersebut akan turut menyertai latihan gabungan TLDM iaitu Eksesais Operasi Laut (Ostex) dan Latihan Integrasi Armada Kapal Selam (Subfit) yang berlangsung selama seminggu bermula hari ini(29/07/2010) di kawasan Gugusan Semarang Peninjau, Laut China Selatan.
