Thursday, August 11, 2011

Harga emas terus melonjak


Hari ni Wan sangat terkejut bila tengok harga emas terus melonjak ke paras harga tertinggi dalam sejarahnya(mugkin sbb dh lama tak online). Bayangkan jika beberapa bulan yg lalu harganya baru sahaja melepasi paras USD1500/oz(RM145/g). Tapi setakat malam ni harganya sudah berada pada USD1780/oz(RM170/g).




Harga dalam USD/oz



Harga dalam RM/g


Daripada apa yang Wan tahu, kenaikan mendadak harga emas ini mungkin disebabkan oleh permintaan pasaran yg tinggi. Hal ini berpunca daripada kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah kebelakangan ini yg menyebabkan pelabur beralih kepada instrumen pelaburan yg lebih kukuh seperti emas berbanding saham berkenaan.


Momentum kenaikan ini juga berpotensi untuk naik ke paras USD2000/oz, jika krisis ekonomi dinegara gergasi ekonomi ini berterusan. Analisis beberapa pakar bahawa akan berlaku letupan 'gelembung emas' pada sekitar Mei hingga Julai yg lalu juga meleset sama sekali.


Bagi rakyat Malaysia yg mempunyai simpanan emas, ianya merupakan rahmat kepada mereka yg kebetulan juga semakin hampirnya musim perayaan ini. Jadi, simpanlah EMAS...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...