Emm.. td Wan ade bukak Wan punya Friendster, berkurun dah rasanya xbukak sejak ade Facebook nih. Selak punya selak jumpa la gambo2 yg kata org ' high sentimental value' hehe.
Salah satunya gambo masa buat aktiviti kat kampus dulu, Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) UiTM Dungun di Manir, Kuala Terengganu. Kalo tak silap wan program ni buat masa cuti semesta ke-5 Wan kat UiTM, Mei 2009 kot.
gambar kenangan
Program nih kiranya macam program anak angkat pelajar kepada masyarakat sekitar kawasan Dun Manir. Kalo nak tau ni kali pertama Wan jadi anak angkat, sbb Wan tak reti camne anak & keluarga angkat-mengangkat nih. So, follow je flow program walaupun rasa agak janggal.
bersama keluarga angkat dihari terakhir program
Haa, ni la ayah & mak angkat Wan masa program tu. Sepanjang program tu Wan kena tinggal & ikut aktivit bersama macam anak sendiri la katakan. Rumah keluarga Wan ni kat pekan Manir, orang situ panggil tempat ni 'tanah lot' & dalam program ni kiranya tempat keluarga Wan ni paling hujung. Sebab tempat berkumpul untuk buat aktiviti program kat Balai Raya Kg Pulau Bahagia, 4km+/- la.
yaa, masuk paper!!.. perasan tak Wan sblah Yus tuh, huhu...
Tapi yang paling Wan ingat sekali, masa penyerahan anak angkat, keluarga angkat Wan xdpt dtg amik sbb Wan dapat tau abang kpd ayah angkat Wan ni meninggal jadi keluarga angkat Yus (YDP MPP masa tu) yang wakilkan. Sampai terus ikut majlis pengebumian & malam pulak ikut majlis tahlil, x follow program dah mlm tu, hehe... Masa 1'st day ni la Wan dah dpt rasa macam Wan ni sebahagian daripada masyarakat sini, syok beb dh mcm kat kampung sndri. majlis tahlil at sini ada perbezaan sikit dgn kat JOHOR
Sepanjang program 4 hari 3 malam tu mcm2 la aktiviti buat. Antaranya explorace, task utk game ni pon best2 cam kena buat kuih 'akok', buat ketupat palas, sauk ikan dlm sangkar, berlari & memanjat tu xyah crita la kan. Yang paling mencabar masa task nak kena buat kuih akok, dari potong kayu api sampai hidupkan api dapur kayu and finally masak kuih semua kena buat sendiri.
aih mamat nih, org suruh sauk dia pegi pancing ikan tu
'task' makan ketupat palas(org ganu panggil ketupat goreng) hehe....
Program-program lain macam gotong-royong, lawatan ke sekolah rendah, khidmat masyarakat, sukan masyarakat, ceramah oleh Prof Izzi, malam kebudayaan & mcm2 lagi.Sekor lembu dikorbankan tuk program ni sumbangan ADUN Manir
Gulai kawah orang Manir
mencari anak buluh betung menangis hehe....
akak2 membawa 'anak muridnya' utk group resentation
SMILE :)
Untuk area 'tanah lot' ni pulak cuma dua keluarga yg amik anak angkat, family Wan & family Yus. So, bila ada aktiviti penat berulang-alik jela kat jalan. Peserta yg lain dpt family angkat yg dekat2 dgn balai raya tau, tak adil. Dan untuk meng'adil'kan keadaan Wan & Yus amik keputusan tuk 'deal' transport ngan van Uitm, sbb kesian kat family angkat masing2. Hari2 terakhir merupakan suatu yang kalo boleh nak dielakan bila ada program2 camni. Mana taknye, sedih siap ada yang menangis nak tinggalkan keluarga angkat masing2. Sebelum balik semua peserta diarak ke seluruh pelusuk kawasan Manir dengan 4WD. Kat pedalaman kawasan Manir ni ada satu kawasan ladang Jagung yang luas, lapang & tenteram je rasa masa lalu kawasan ni.
main basikal dgn bdk2, yehaaa!!!... CHOW!!
Sisipan :
No comments:
Post a Comment