Thursday, May 12, 2011

Nukilan Dihening Pagi

Selamat pagi semua....

Pagi ni rasanya permulaan hari yang bermakna bagi Wan, rasa lapang & tenang sangat fikiran waktu ni. Duduk dikedai mamak menghirup secawan teh tarik & menjamah roti canai sambil menyedut udara segar pagi yang masih berkabus. Memerhati simpang tiga yang tegang dengan hiruk pikuk kenderaan dan manusia yang mula keluar mencari rezeki, tak kurang juga anak-anak kecil yang keluar untuk menuntut ilmu.

Amacam?? best tak karangan tahap PMR Wan ni, hehe... Sebenarnya Wan tak kerja hari ni, dah masuk dua hari dah pun. Ni semua gara-gara bos(Manager) Wan yg galakkan Wan cuti sebab sistem yang Wan gunakan untuk jalankan tugas harian Wan kat situ 'under mentenance', Aduss. So, memang tak boleh nak buat kerja, datang kerja pun tak boleh nak buat apa (eheh.. macam sama je bunyinya..). Lepas pikir sekali(automatik, tak payah dua, tiga kali), baik Wan cuti lagi pun bukan senang nak dapat cuti brgaji camni, hehe..

Lepas sembahyang subuh, teringin pula nak sarapan roti canai. So, start motor & bawa netbook sekali sebab nak lepak lama sikit kat situ boleh online sekali(sebab ada hotspot). Rasa macam pakcik-pakcik yang sedang pencen pula, melepak diwaktu hari berkerja. Hanya memerhati gelagat orang pergi kerja, takde nak kusut-kusut pikir pasal masalah kerja itu ini.

Kan bagus kalau muda-muda dah macam ni. Maksud Wan bukan tak berkerja, tapi suasana berkerja tu tak ada kongkongan dari segi masa ataupun dari orang atasan. Yela, kalo hari-hari bekerja biasa nak sarapan pagi pun tak boleh duduk lama macam hari ni, sebelum 8.00pagi dah punch in.

Memang boleh, siapa kata tak boleh. Tapi kena jadi bos lah, betul tak?? Contohnya, macam tokei kedai runcit kat meja sebelah Wan ni(harap-harap dia tak tau Wan tengah tulis pasal dia nih). Datang bukak pintu kedai, staff-staff dia masuk dah tau nak buat apa. Lepas tu dia duduk sarapan & baca paper satu @ dua jam kat warung. Tapi lepas tu dia buat apa Wan tak tau la, taknak komen lebih-lebih. Mungkin lebih sibuk dari yang Wan jangka, deal dengan supplier&customer, tambah modal, buka cawangan lain etc :)

Haa, satu contoh lagi. Hehe, my lovely General Manager in Sunningdale Mfg. Dia ni orang Singapore, tiap-tiap hari berulang menyeberang Tambak Johor. Waktu kerja beliau isnin hingga khamis 9.00pm to 5.00pm kalau tak silap. Tiap-tiap hari sibuk dengan meeting,buat decision & sain-menyain (signature). Setiap kali jumpa nak minta sain untuk 'purchase requestion'@ 'scrap report' kalau free pun, mesti sibuk juga dengan tab(Samsung Galaxy Tab kot) dia. Tapi takpe bos la katakan :)

Ni yang tak sabar rasanya nak jadi bos juga. Bos apa yee?? hmm, sebab sekarang ni tengah berkira-kira nak buka dobi. Sejak dari malam tadi kepala ni tengah loaded dengan macam-macam idea bernas pasal service buisness ni. Sebab dulu pun masa study penah ada pengalaman dalam service buisness ni, hehe Printing buisness sangat berbaloi.

Alamak dah lama kul 8.00pagi dah, ngee sejam duk sini, sarapan tak bayar lagi... apa plen pagi ni pula ek??main Heli RC pn best gak (cam budak-budak hehe..) okeh chow dulu!!

Saturday, April 23, 2011

Harga Emas Lepasi USD1500/oz


Waduh.. waduh wak! masyuk betul.....

Harga 1 paun emas dalam Dollar US

Harga 1 gram emas dalam Ringgit M'sia


HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Sumber : Harian Metro & Goldprice.org

KRI Teluk Banyur ditenggelamkan, bukti??

Peluru Berpandu Yakhont semasa dilancarkan

20 April yang lalu Angkatan Laut Indonesia telah berjaya menjalankan beberapa ujian peluru berpandu milik mereka. Antaranya peluru berpandu anti-permukaan P-800(Yahont), roket anti-bawah permukaan RBU-6000(Smerch-2) serta peluru berpandu anti-udara GWS-20(Sea Cat).

Ujian kemampuan persenjataan milik inventory angkatan laut republik ini diadakan bagi membuktikan sistem persenjataan mereka 'berbisa' bagi menghadapi ancaman musuh. Sasaran bagi ujian kali ini berupa sebuah kapal uzur bekas Angkatan Laut Indonesia, KRI Teluk Banyur.
SASARAN - KRI Teluk Banyur

Peluru berpandu GWS-20 atau digelar sebagai 'Sea Cat' merupakan peluru berpandu anti pesawat aras rendah buatan British. Sea Cat merupakan peluru berpandu anti pesawat pertama dicipta bagi menggantikan meriam anti-pesawat Bofors-40mm.

'Sea Cat' sebelum pelancaran

Peluru berpandu 'Sea Cat' semasa dilancarkan

Roket RBU-6000(Smerch-2) merupakan sistem roket tanpa panduan anti kapal selam buatan Rusia. Dengan kaliber 213mm ianya menggunakan dorongan enjin reaksi bagi meluncurkan roket.
Roket RBU 6000 diselenggara

Roket RBU 6000 sewaktu dilancarkan

Antara yang menjadi perhatian dalam ujian kali ini adalah kemampuan peluru berpandu anti-kapal permukaan supersonik buatan Rusia P-800(Yakhont) yang dikatakan mampu mengenai sasaran sehingga 300km pada kelajuan 2.5 mach!.

Tiub pelancaran P-800(Yakhont) diatas KRI Oswald Siahaan-354

P-800(Yakhont) yang baru diperolehi oleh Angkatan Laut Indonesia ini merupakan versi asas kepada peluru berpandu terkini ciptaan bersama Rusia & India, BrahMos.

P800(Yakhont) semasa dilancarkan

Walaupun sudah beberapa hari ujian ini dijalankan tetapi masih tiada lagi rakaman video mahupun foto yang membuktikan beberkesanan peluru berpandu ini mengenai sasaran. Contohnya seperti foto ini :

Wednesday, April 20, 2011

Yamaha 135LC 2011 Baru

Setelah beberapa bulan menunggu sejak hujung tahun lalu mengenai desas-desus 135 LC 5-speed akan dilancarkan Di Malaysia. Kini penantian ini berakhir setelah model ini dilancarkan hujung Mac yang lalu.









Foto ikhsan : www.FitriHadi.com



Sunday, April 3, 2011

MIsteri disebalik Battle of Los Angeles

Ehemm.. dah tengok cerita ni??? World Invasion: Battle of Los Angeles.. sebuah filem padat dengan aksi pertempuran arahan Jonathan Liebesma. Cerita ini mengisahkan tentang perjuangan manusia menentang makhluk asing yang ingin menakluki bumi.

Tidak seperti filem seangkatannya sebelum ini seperti War of The World yg menampilkan jalan cerita yg perlahan. Filem ini lebih menarik dengan menonjolkan pelbagai aksi pertempuran di sekitar Bandar Santa Monica, dimana tempat serangan bermula. Pelbagai strategi & kelengkapan ketenteraan konvensional masa kini juga diketengahkan bagi menumpaskan musuh yg 'tidak nyata kewujudanya' ini.

Tapi tahukah anda bahawa 'Battle of Los Angeles' juga merupakan sebuah kisah benar??
Ianya dikenali juga sebagai 'The Great Los Angeles Air Raid' yg juga merupakan satu siri pertempuran menentang 'musuh yg tidak wujud'.

Memandangkan ketika itu Perang Dunia Ke-2 sedang berada dikemuncaknya selepas Pelabuhan Pearl Harbour diserang oleh Tentera Laut Jepun dan serangan kapal selam Jepun di Perairan Santa Barbara. Pertahanan Udara Amerika Syarikat dipesisir pantai barat diletakkan dalam keadaan berjaga dengan kemungkinan serangan tidak diduga tentera udara Jepun. Lalu mewujudkan "war nerves" yang tinggi dikalangan Tentera Amerika Syarikat.

Tetapi pada malam 25 Feb 1942, kemunculan tiba-tiba satu objek yg tidak dikenalpasti telah disalahtafsirkan oleh Pasukan Pertahanan Udara Amerika Syarikat yg menyangka ianya serangan pesawat tentera udara Jepun. Lalu mengaktifakan siren amaran, mengeluarkan perintah bergelap & penembakan artileri pertahanan udara oleh 37th Coast Artillery Brigade keudara selama beberapa jam.
Kesilapan ini telah mendapat liputan meluas media ketika itu. Dan akibatnya hampir 2juta penduduk Los Angeles berada dalam ketakutan dan 3 orang mati akibat serangan jantung(terkejut) dari tembakan meriam bertalu-talu. Ada yang mengatakan objek misteri itu adalah UFO, belon kaji cuaca dan sebagainya.

Tapi tragedi ini sememangnya mempunyai kesinambungan dengan filemnya iaitu, World Invasion: Battle of Los Angeles. Atas tragedi itu jugala Wan tertarik dengan cerita ni. Sejak ditayangkan pada 11 Mac lalu, dah 3kali tengok ini cherita. First masa baru keluar kat panggung dan 2nd & 3rd download kat tenet.

Nak tengok free bolehlah download ---> disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...