Friday, December 31, 2010

2011 wes tekkoO (sudah tiba)!!

2011 tahun ARNAB, mmg kena dgn wallpaper laptop Wan nih

Hmm, beberapa jam dari sekarang kita akan beralih tahun dari 2010 ke 2011. Nampaknya inilah kali terakhir Wan update blog ni, uhuk3x... YeE, kali TERAKHIR!! bagi tahun 2010 la, huhu.

Rasanya tak lengkap tahun baru kalo kita tak buat 'azam' baru kan. Apa azam Wan agaknya taun baru ni ek?? Wan dah siapkan list lagi & bahagikan kepada Azam Luaran serta Azam Dalaman khas mengikut tenaga keupayaan Wan, huh...
AZAM LUARAN:(sasaran'+ cashflow')
  1. NAK LANGSAIKAN HUTANG - target skarang adalah PTPTN, bleh ke abis taun nih?? tak mustahil tapi at least berkurang ke separuh pon ok. And yg ade utang tu tuntut la weh.
  2. NAK BELI KERETA - ni la salah satu azam yg Wan dah prepaire awal2 lagi sejak 2010. Biar la murah, kecik @ 2'nd hand skali pOn. Sbb Wan dah pikir dalam2, walaupun satu keperluan kreta ni bukan aset tapi adalah LIABILITI(kena ingat tu).
  3. BUAT LOAN ASB - ni pOn dah lama plen, cuma baru taun ni baru nak bertindak. At least pon RM 50k pon OK.
  4. NAK ADE RUMAH SENDIRI - bunyinya cam 'katun' je ekk. mimpi ape?? haha, strategi mesti ade. Memandangkan Wan sendiri pon skrang ni menyewa, kan lebih baik beli rumah sendiri (biar la kecik@ murah tapi strategik) apa salahnya sewakan bilik yg lebih kat member2.

AZAM DALAMAN:(betulakan diri)

  1. NAK JADI PEKERJA YG BAIK - kenapa tak baik ke sblum ni?? bukan tak baik, tapi kurang baik. Yela kalo boleh nk smpai opis sblum kul 8, report submit awal, attendance clear, rajin angkat tepon &bla2.....
  2. LUANG LEBIH MASA DGN FMLY - nak balik kampung seminggu sekali, uhuk2x rindu. Sbab selalunya sbulan skali @ ade hal penting baru balik, wlaupun masa perjalanan tak sampai 2jam. Cuba tuk arrange mase & kurangkan menyebOk.
  3. CONTINUE STUDY - ni yang Wan dok fikir-fikirkan. Bila lagi nk sambung semula belajar, usia makin lama makin tua. Calon terbaik adalah dari OUM & Wan ingatkan nak amik kos manufacturing management memandangkan Wan pun dah berada dlm bidang nih.
  4. LAKUKAN HOBI - Kadang-kadang je dpt pegi memancing.. sesekali nak jugak try hobi baru seperti RC Kite yg popular di Singapore. Nak sangat join kelab nih.
  5. CUCI MATA - Wlaupun kerap ke Singapore tp tu pn atas urusan kerja, teringin gak nk melencong ke Marina Bay, naik atas MBS yg baru siap tuh. Tapi target Wan taun nih nak ke Langkawi tuk LIMA 2011, pameran aeroangkasa & maritim dwi tahunan yg Wan idam2kn tuk pegi sejak kecik lagi.

Okeh setakat nih je la Wan punya azam, sekali baca balik punya panjang da.... Walaupun azam 2010 Wan cuma 70% je tercapai, tapi tak salah tuk kita azamkan suatu yang tinggi kan. Okeys yg Penting Malam Nie Nak Countdown Kat DANGA BAY, jom!!......

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!

Sunday, December 26, 2010

Harga Kereta 2011 & Syarat Kelayakan Loan

Time Wan dok godek2 cari latest info pasal national car tadi, Wan dapat satu info lengkap pasal harga & loan dalam satu 'pakej'. Credit to http://zakiautoworld.blogspot.com/

Wan saja copy balik info nie sebagai rujukan Wan & blogger yang lain. Kat sini baru la Wan tau limit loan yg sebenar & model yg layak untuk Wan adalah setakat Perodua Myvi 1.3(M) Standard & Proton Saga Facelift Executive jek.

SENARAI HARGA KERETA BARU 2011

***PERODUA***


***PROTON***


SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN KENDERAAN
(kakitangan Kerajaan & Swasta)

**Harga Kereta: RM 24,000 - RM29,999**
Gaji bersih: RM1200 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 900 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM1700 keatas.

**Harga Kereta: RM 30,000 - RM39,999**
Gaji bersih: RM1400 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1600 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1600 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1000 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2300
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2000 keatas.

Harga Kereta: RM 40,000 - RM44,999
Gaji bersih: RM1500 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1700 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1700 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1300 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2600
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2100 keatas.

**Harga Kereta: RM 45,000 - RM49,999**
Gaji bersih: RM1700 keatas kakitangan Kerajaan dan RM1900 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM1700 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1300 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 2600
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2300 keatas.

**Harga Kereta: RM 50,000 - RM59,999**
Gaji bersih: RM1900 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2200 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2200 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1300
Jumlah pendapatan : RM 3000
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2600 keatas.

**Harga Kereta: RM 60,000 - RM69,999**
Gaji bersih: RM2300 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM2800 keatas.

**Harga Kereta: RM 70,000 - RM79,999**
Gaji bersih: RM2500 keatas kakitangan Kerajaan dan RM2800 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM2800 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 1700 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3200
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM3000 keatas.

**Harga Kereta: RM 80,000 - RM89,999**
Gaji bersih: RM2800 keatas kakitangan Kerajaan dan RM3000 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM3000 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 2200 Gaji Suami : RM 1500
Jumlah pendapatan : RM 3700
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM3500 keatas.

**Harga Kereta: RM 90,000 - RM99,999**
Gaji bersih: RM3200 keatas kakitangan Kerajaan dan RM3500 keatas kakitangan swasta. (tanpa penjamin)
atau
Jika gaji kurang dari kurang seperti diatas mestilah mempunyai penjamin gaji RM3500 keatas
atau
Jika sudah berkahwin / akan berkahwin, boleh gabung pendapatan antara suami dan isteri. Contoh:
Gaji Isteri: RM 2200 Gaji Suami : RM2300
Jumlah pendapatan : RM 4500
*minimum jumlah pendapatan gabungan mestilah RM4000 keatas.

Nota: Jika mempunyai duit muka (downpayment) lebih dari 10%, syarat-syarat tersebut boleh dibincangkan dengan pihak bank dan kemungkinan peratusan untuk lulus adalah tinggi jika gaji kurang dari syarat diatas.

**Syarat Pinjaman Kenderaan (Blacklisted)**

1. Kakitangan Kerajaan atau GLC (Government Listed Company)
2. Boleh membuat potongan BIRO ANGKASA
3. Gaji bersih mestilah RM1200 dan keatas.
3. Tidak muflis

**Syarat Pinjaman Tanpa Slip Gaji**

1. Jumlah keluar/masuk dalam akaun bank mestilah tidak kurang daripada RM3000 sebulan2. Jika akaun bank tidak aktif atau jika transaksi keluar/masuk kurang daripada RM3000 sebulan mestilah mempunyai penjamin bergaji RM2000 dan keatas. atau
1. Mempunyai deposit wang melebihi RM50,000 didalam akaun simpanan/tetap, ASB atau Tabung Haji.

Thursday, December 23, 2010

RESULT PMR 2010.. Amacam??


Tahniah Wan ucapkan kepada adik-adik Form 3 yang baru saja memperolehi keputusan PMR korang. Banyak @ tak korang punya 'A' tu soal yang kedua, yang penting korang dah berjaya menempuh peperiksaan ini dengan jayanya & dah lakukan yang terbaik.

Tak lupa juga kepada adik Wan yang juga baru memperolehi keputusannya tadi. Beliau memperoleh 3A & 5B, NOT BAD.... Tahniah diucapkan. Dengarnya esok dpt belanja KFC kat Rengit ea, huhu....

Kepada yang gagal juga diharap jangan berputusa asa. Kerana ini baru permulaan cabaran anda dalam menuntut ilmu, banyak lagi dugaan & peperiksaan yang bakal ditempuhi. Yang penting kuatkan semangat & tambahkan lagi usaha.

DIVIDEN ASB 2010 udah keluar


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.

Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.

"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pula berkata, kenaikan jumlah sumbangan itu diperoleh hasil peningkatan dividen dalam syarikat-syarikat yang dilabur terutamanya oleh Malayan Banking Bhd. (Maybank), walaupun sumbangan daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menyusut.

Menurut Hamad Kama Piah, Maybank telah memberi sumbangan dividen sebanyak 55 sen seunit, berbanding lapan sen seunit pada tahun lalu.

Katanya, Sime Darby pula hanya memberi sumbangan dividen sebanyak 10 sen seunit tahun ini, berbanding 20.3 sen pada 2009.

"Kalau dilihat daripada segi pendapatan tahun lepas, jumlah dividen yang diterima adalah kurang daripada 50 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan bonus ASB itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun ini PNB juga dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya.

"Prestasi kita agak baik tahun ini. Walaupun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi PNB mendapat dividen tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,'' katanya.

Selain Maybank, ASB juga menerima sumbangan dividen yang baik daripada syarikat-syarikat pelaburan seperti F&N sebanyak RM1.58 sen seunit berbanding 47 sen pada 2009, Maxis Bhd. pula menyumbang 33 sen seunit berbanding enam sen tahun lalu dan Telekom Malaysia Bhd. 26 sen seunit, naik 1.7 sen.

Malah, tambah Hamad Kama Piah, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB.

"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan,'' ujarnya.

Sehingga 17 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, yang mana keuntungan penjualan saham syarikat-syarikat miliknya menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42 peratus kepada pendapatan kasar tersebut.

Pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat miliknya pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion atau 50 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.

Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan mulai semalam sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.

- UTUSAN

Wednesday, December 22, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Assalamualaikum.

Hari nie Wan nak kongsikan sedikit info pelaburan mengenai satu lagi propektus yang baru dilancarkan 29 Nov 2010 lalu iaitu Amanah Hartanah Bumiputera.

Daripada maklumat yang Wan dapat skim ini:
  • Memberi peluang bumiputera memiliki pelaburan aset dalam bentuk hartanah dilokasi-lokasi strategik seluruh negara.
  • Semestinya hanya terbuka kepada golongan bumiputera
  • umur 3bulan-18tahun layak memohon untuk 'Akaun Remaja' & 18tahun ke atas untuk 'Akaun Dewasa'.
  • Konsep berlandaskan Islam / Shariah
  • Saiz dana permulaan sebanyak 1billion
  • RM1 seunit dan harganya tetap
  • Pelaburan permulaan minimum 500unit
  • Tambahan minimum 100unit
  • Pelaburan maksima 200,000unit
  • Penjualan balik unit minimum 500unit
  • Baki minimum unit dalam akaun 500unit
  • Kekerapan penjualan balik unit sebulan sekali
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
  • Juga maklumat lanjut di Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Pelaburan berbentuk hartanah seperti nie merupakan satu lagi alternatif kepada masyarakat bumiputera untuk mengembangkan lagi pegangan harta mereka selain ASB.

Daripada apa yang Wan perhatikan juga sejak beberapa tahun kebelakangan nie, kadar keuntungan ASB juga semakin menurun & kurang daripada 10% (termasuk bonus).
kadar pulangan tahunan ASB
Jadi gunakanlah peluang peluang terbaru ini untuk menambah nilai harta anda. Walaupun jangkaan keuntungan hanya 6% sahaja, tetapi ianya masih awal. Hal ini kerana nilai hartanah pastinya akan meningkat setiap tahun selagi wujudnya pembangunan & kegiatan ekonomi di Malaysia.

Selamat Melabur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...