Assalamualaikum.
Hari nie Wan nak kongsikan sedikit info pelaburan mengenai satu lagi propektus yang baru dilancarkan 29 Nov 2010 lalu iaitu Amanah Hartanah Bumiputera.
Daripada maklumat yang Wan dapat skim ini:
- Memberi peluang bumiputera memiliki pelaburan aset dalam bentuk hartanah dilokasi-lokasi strategik seluruh negara.
- Semestinya hanya terbuka kepada golongan bumiputera
- umur 3bulan-18tahun layak memohon untuk 'Akaun Remaja' & 18tahun ke atas untuk 'Akaun Dewasa'.
- Konsep berlandaskan Islam / Shariah
- Saiz dana permulaan sebanyak 1billion
- RM1 seunit dan harganya tetap
- Pelaburan permulaan minimum 500unit
- Tambahan minimum 100unit
- Pelaburan maksima 200,000unit
- Penjualan balik unit minimum 500unit
- Baki minimum unit dalam akaun 500unit
- Kekerapan penjualan balik unit sebulan sekali
- Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
- Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
- Juga maklumat lanjut di Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Daripada apa yang Wan perhatikan juga sejak beberapa tahun kebelakangan nie, kadar keuntungan ASB juga semakin menurun & kurang daripada 10% (termasuk bonus).
Jadi gunakanlah peluang peluang terbaru ini untuk menambah nilai harta anda. Walaupun jangkaan keuntungan hanya 6% sahaja, tetapi ianya masih awal. Hal ini kerana nilai hartanah pastinya akan meningkat setiap tahun selagi wujudnya pembangunan & kegiatan ekonomi di Malaysia.
Selamat Melabur.
No comments:
Post a Comment