Saturday, November 21, 2009

Beralih ke pasaran Serantau...

Jika kebelakangan ini Malaysia telah mendapatkan persetujuan daripada negara jiran, iaitu Indonesia bagi membekalkan beberapa kelengkapan pertahanan untuk negara. Adakah industri pertahanan kita telah mengalihkan pandangan ke pasaran serantau Asia Tenggara. Ataupun sekadar untuk menjimatkan kos bagi memenuhi peruntukan pertahanan yang tak seberapa.

Apa2 pun Wan ucapkan tahniah kepada industri pertahanan Indonesia kerana berjaya meyakinkan negara serantau dengan aset2 persenjataan yang dihasilkan oleh mereka.
Daripada sumber2 yang dipercayai, bulan ini sahaja pihaknya telah menerima tempahan sekitar 24 buah bot tempur RIB(rigid inflatable boat) dari Malaysia & Indonesia. Brunei juga dikatakan mempunyai minat yang sama untuk mendapatkan bot jenis ini.
PT Pindad Indonesia juga diberi kepercayaan untuk membekalkan 30 buah kenderaan perisai(APC) 6x6 yang khabarnya akan mengantikan APC 'condor' yang sedang berkhidmat dibawah Panji PBB di Lebanon. Selain itu, Malaysia juga dilaporkan memesan sejumlah rifle tempur SS-22 buatan firma ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...