Saturday, November 7, 2009

Kapal selam kedua siap.....

Pada 5 Nov 2009 yang lalu , kapal selam kedua Malaysia KD Tun Razak telah dirasmikan di limbungan kapal Cartagena, Navatia sebelum dijadualkan mula berlayar pulang ke Malaysia dan dijangkakan tiba pada Januari 2010.

Upacara penyerahan ini telah dihadiri oleh Panglima Angkatan Laut Malaysia, Tan Sri Dato 'Sri Haji Abdul Aziz Jaafar, dan dihadiri oleh Duta Besar Malaysia Di Spanyol, Dato' Mohammad Naimun Ashakli, dan Presiden Navantia, Aurelio Martinez.

ilustrasi dalaman Scorpene TLDM
KD Abd Rahman sewaktu tiba diPangkalan Kapal Selam Teluk Sepanggar, Sabah
KD Tun Abd Rahman& KD Razak dikelaskan sebagai SSK

Kapal selam dibahagikan kepada 3 kelas:

SSK - kapal selam pemburu-pemusnah(Hunter-killer submarines) (dijana oleh Elektrik-diesel); iaitu kapal selam yang digunakan untuk memusnahkan kapal permukaan atau kapal selam lain.

SSN - kapal selam penyerang(Attack Submarine) (dijana oleh Nuclear); iaitu ciri sama seperti diatas, kecuali lebih laju dari kelas SKK

SSBN - kapal selam balistik(Ballistic Missile Submarine) (dijana oleh Nuclear);iaitu digunakan untuk melancarkan peluru berpandu dari dalam laut.

(sumber: defense-studies.blogspot)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...