Tuesday, November 17, 2009

Internet... tetiba cam cendawan

Pelik jugak Wan akhir2 nih beriya-iya sungguh internet servic provider nih promot servis dieorang. Tapi baguslah bila ada saingan camni, sekurang-kurangnya dieorang akan cuba menurunkan caj perkhidmatan mereka serendah mungkin. Pada Wan apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Nih adalah satu cabaran bagi TM sebab dalam Bajet 2010 pun PM dah umumkan, TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion & TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Nih lah masanya, sebab aritu penah hangat pasal isu pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
bang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar gak tagline iklan ni, sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan, hehe. Memang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:
Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai
Ramai gak yang dah komplen servis P1 ni. Cam Broadband Celcom, ramai yang kata laju pada mulanya tapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi slow giler. Sehingga istilah 'berukband', 'snailmyx', 'p1 Why Mek', 'Max Cis' dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati. hehe...

Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...