Sunday, November 8, 2009

Rindu zaman bekerja......

possing depan keta customer yang berjaya Wan 'operate'... (kat Perak)
Kerja.. kerja.. kerja.. !! bila la nak kerja agaknye?? lame tol nak tunggu abes study nih. Seronoknya kalo teringat balik zaman Wan kerja masa pas SPM dulu. Nak kata kerja nih susah, rasenya takde la susah mana? tapiii... memang seronok lah, hahhaHH..

Nak cerita sikit la, dulu pas SPM Wan kerja kat satu company nih, nama die Takasimaya Holding Sdn Bhd. Company nih buat&pasarkan sistem sekuriti kereta, cam sistem Immobilizer, Anti-Hijack, GPS & etc(kalo korang yg arif pasal keta tau la ek).

fakta menarik... tengok jgn tak tengok...
Wan rasa untung sangat dapat timba banyak pengalaman selama hampir 1 tahun kerja kat situ.
Skop kerja Wan masa tu sebagai 'installation technician'. Huh.. seram jek dengar, tugasnya kalo ade customer nak pasang@servis mana2 sistem nih, Wan la kena buat.

Nak pasang pOn bukan boleh sebarangan, sebulan Wan kena kursus. Kena kenal & 'operate' wiring macam2 jenis kereta. Paham2 la, ni kereta bukan moto. Pastu kereta xnk yg baru2 & branded pulak tuh.
kereta nih baru seminggu dapat & tuannya nak pasang 'Anti-Hijack' (kat Perak gak)
Disebabkan company nih ada banyak 'branch' kat semenanjung, so setiap 1bulan 'team' akan di digilirkan untuk transfer ke branch lain. Setiap team ada 8 orang(4 technician, 2 dealer & 2 supervisor), company sediakan rumah & 2buah kereta setiap team. Gaji pOn ok gak, tp sbab banyak 'jalan' tak nmpak sgt la duit uh, huhu...
Wan mmg suke 'pomen'2 nih... bkn senang nk dpt 'lesen' pomen kreta baru2 nih, hehe...
Bila tukar branch tu makan angin la jawabnya. Sepanjang Wan kerja situ hampir semua branch belah 'West Coast' Wan dah explore, antaranya Johor Bahru(tempat Wan mula2 masuk), Batu Pahat, Melaka, Klang, KL(HQ), Ipoh, Teluk Intan, Alor Staq, Penang & Kangar.
caye tak Wan yg baring bawah dashbord keta uh, sambil dibantu technician Azam... (kat Klang)
Bila kat branch, kena la jaga branch. Macam kalo ade customer nak servis@install sistem kena la pergi ke rumah customer tuh. Nak income lebih promot la sndri kat jiran@sedara diorang, tapi tu keje dealer la(kena 'mulut manis'). Kadang2 kalo ade request dari mana2 expo @ PDRM kat branch tu, kena la pegi. Biasanye buat demo, tunjuk kat orang ramai camne kereta diorang biasanya kena curi.
caye tak korang kalo 2 item diatas nih bleh ganti fungsi kunci kereta korang....
Disebabkan company ni specialist bahagian sekuriti kenderaan, so mestilah diorang tau kelemahan sekuriti setiap kenderaan tu kan. Termasuklah staf2 diorang, mmg expert bab bukak2 kereta tak pakai kunci nih. Tapi jangan salah faham, ni untuk tujuan demo sahaja. Nie lah salah satu lagi pengetahuan tak ternilai yang Wan dapat.

FAKTANYA... biasa kat parking, bila ada orang dalam kereta mesti kita ingat orang tu tuan punya kereta kaN. Dia buat apa pon kita x amik tau. Tapi camne bila dalam tu perompak yg berlagak cam tuan punya kereta sedang berusaha membuka segala lock dalam tu, cam 'stering lock', 'gear lock', 'pedal lock'(tu pon kalo pakai la, kalo tak lagi mudah kerja die..). Kalo tak silap Wan biasanya sindeket nih guna Asid Sufurik Pekat(H2SO4) untuk leburkan perumah kunci lock uh.
salah satu demo di Selangor
Bayangkan kagum Wan, bila 1'st time Wan dapat hidupkan sebuah kereta x smpai seminit. Tanpa kunci, dapat buka lock, matikan alarm & hidupkan enjin dengan hanya gunakan lidi basikal, wayar buatan & syiling 10sen. Stylo beb!!. Wan akan gunakan ilmu nih tuk jaga kereta Wan satu hari nanti.

Sekarang pOn Wan dah nak abis study, tak sabar nak grad. Plen Wan abis nih nak kerja dulu la, settle PTPTN & kalo ade rezeki sambung buat PJJ pakai duit sendiri, hehe.....

(p/s: kpd sesiapa yang berminat boleh la layari www.tksmy.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...