Thursday, July 29, 2010

KD Abdul Rahman tunjuk 'Taring'

Assalamualaikum...
kalo sblum ni Wan penah post artikel pasal SU-30MKM 'tunjuk taring' @ 'test power' selepas lengkap penerimaan 18 buah unit. Kali ni Wan tertarik plak tuk nk post pasal kapal selam kita KD Tunku Abdul Rahman 'Test Power' selepas lengkap ketibaan kedua-dua buah kapal selam....

Misil bawah permukaan ke permukaan Exocet SM-39

Latihan kali nie adalah dengan melancarkan penembakan misil bawah permukaan ke permukaan, Exocet SM39 blok dua untuk memusnahkan sasaran permukaan (STB) berukuran 40 meter. Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pelancaran tepat pukul 10.15 pagi tadi di kawasan Laut China Selatan membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam negara menjalankan sebarang misi jika diperlukan "Misil yang dilancarkan tepat ke sasaran berukuran 40 meter pada kedudukan 40 kilometer (22 batu nautika) dari kedudukan kapal selam. "Ia dilancarkan ketika KD Tunku Abdul Rahman berada pada kedalaman 55 meter iaitu paras di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Misil Exocet SM39 blok dua merupakan aset negara yang diperolehi dari Perancis pada pertengahan 2008. Peluru berpandu sepanjang enam meter dan berdiameter 35 sentimeter itu seberat 2,100 kilogram. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kontrak ujian tropika. "Ia juga bertujuan mengesahkan keberkesanan misil Exocet SM39 blok dua dan sistem persenjataan KD Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika," ujarnya. Sebanyak 10 unit misil terlibat dalam penembakan tersebut akan turut menyertai latihan gabungan TLDM iaitu Eksesais Operasi Laut (Ostex) dan Latihan Integrasi Armada Kapal Selam (Subfit) yang berlangsung selama seminggu bermula hari ini(29/07/2010) di kawasan Gugusan Semarang Peninjau, Laut China Selatan.

Pada Wan dengan latihan camni sekurang-kurangnya dapat menutup mulut pelbagai pihak yg kata kapal selam nie rosak teruk & xdpt dioperasaikan. Yang paling penting dapat membuktikan kemampuan sebenar skuadron baru kapal selam negara, Syabas TLDM....

Pemandangan dari atas markas hadapan skuadron kapal selam TLDM, Teluk Sepanggar, Sabah....

2 comments:

  1. salam.
    bro, aku cadang ko buat entri/ analisis sikit tentang bencana/ kemalangan berkaitan operasi submarine nih. biar org tau betapa tinggi risiko buat kerja dlm submarine nih

    ReplyDelete
  2. Yup,
    insayallah,pada entri akan datang..
    terima kasih atas idea bernas anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...