Wednesday, December 15, 2010

Malaysia Juara AFF Cup 2010???

Huh, post ni dikarang lepas Wan menyaksikan perlawanan 90 minit Malaysia vs Vietnam. Oh tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada RCTI(stesen tv Indonesia) kerana menyiarkan secara langsung perlawanan ini. Maklumlah xde ASTRO, ala yg macam-macam ade tu.

Perlawanan yg agak mendebarkan, yela kalo kalah kat tempat sendiri kan malu. Tapi memang kelebihan Malaysia untuk menang, 2 - 0 ditempat sendiri. Sekurang-kurangnya ada bekalan buat perlawanan separuh akhir ke-2 di tempat lawan Sabtu nanti.
Tapi tahniahlah kepada 'hero' negara, Safee Sali kerana menjaringkan kedua-dua gol untuk perlawanan malam nie. Secara keseluruhan mutu permainan agak meyakinkan (mungkin kerana ditempat sendiri) & kawalan yang agak kemas di pertahanan.
Nampaknya Wan pun tak ada apa nak ulas lagi kat sini, tunggu jela esok masuk berita & paper. Dan yang paling penting pasukan Malaysia perlu membuat persiapan rapi untuk terus mara bagi merebut gelaran 'Juara' Piala Suzuki Persatuan Bola Sepak ASEAN.
NANTIKAN DEBARANYA....



MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...