Saturday, December 11, 2010

Sucide Boat a.k.a Bot 'kamikaze' IRAN


Tadi Wan ada terbaca satu artikel di sebuah blog mengenai Iran yg membangunkan lebih 9000 buah bot laju 'berani mati' @ sucide boat. Dibawah adalah sebahagian daripada artikel tersebut:

"Bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.

Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara."

Agak mengagumkan, kalau di imbas daripada kes-kes terdahulu taktik bot berani mati ni agak berkesan untuk menumpaskan musuh yang lebih kuat & mempunyai armada laut yg lebih besar. Contohnya, bagaimana Kapal Pemusnah Peluru Berpandu USS Cole diserang pada 12/10/2000 ketika mengisi minyak di Pelabuhan Bandar Aden, Yaman.
Impak daripada letupan menghasilkan lubang yang besar di bahagian sisi tengah kapal dan menyebabkan 17 anak kapal maut & 56 yang lain cedera. Manakala kapal tersebut terpaksa digantung perkhidmatan selama 2 tahun untuk dibaiki. Dengan hanya bermodalkan bot kecil, bahan letupan & 2 orang krew yang berani.

impak daripada letupan

Tak hairan la kalau Jepun dulu boleh menang di Pearl Harbour dengan taktik yang sama. Cuma bezanya ia dari udara. Sekarang kita dapat lihat contoh 'Unsymetric Warefare' @ peperangan tak simeti (kedua-dua pihak bertelagah takde kekuatan yang seimbang) boleh dilancarkan dari plbagai dimensi (darat, udara & laut)

Kepelbagain teknologi peperangan Iran juga tak boleh dipertikaikan. Selain 'Sucide Boat', Iran juga mempunyai skuadron 'flying boat'nya sendiri yang dikenali sebagai BAVAR 2.

Hebat bukan. Okeh adios....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...