Dalam diam, Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) atau dikenali sebagai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menerima 3 buah helikopter dari jenis AgustaWestland AW 139 buatan Itali pada bulan November 2010 lalu, manakala pada pertengahan November sebuah lagi pesawat amfibia (amphibious) jenis Bombardier 415 MP telah diterima dari Kanada.Disini Wan berminat untuk berkongsi tentang agensi kerajaan ini yang baru ditubuhkan pada 30 Oktober 2005. Bertanggungjawab bagi memastikan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat.

5 bahagian wilayah maritim seliaan APMM
Konsep penubuhan APMM adalah sama seperti penubuhan pasukan 'COAST GUARD' @ pengawal pantai oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun & Kanada.

Memulakan operasi awal dengan tiga buah kapal, sebanyak 17 buah kapal lagi yang diterima daripada TLDM, PDRM, Jabatan Perikanan dan Kastam telah diperbaiki dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan operasi serta peranan baru mereka.

Sementara itu, sayap udaranya juga telah berjaya ditubuhkan untuk memperkuatkan pasukan itu. Setakat ini terdapat dua skuadron sayap udaranya iaitu satu skuadron pesawat ampfibia dan satu skuadron helikopter maritim.

Satu pasukan khas@kommando yang bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM juga ditubuhkan dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.

Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 111 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter dan 2 kapal terbang pelbagai guna:
- 3x Helikopter AgustaWestland AW-139

- 3x Helikopter Eurocopter AS365 N3

DATA |
Panjang Maksima | 13.73m |
Lebar Maksima | 11.94m |
Tinggi Keseluruhan | 4.06m |
Kelajuan Maksima | 155 Kts |
Berat Maksima Operasi | 4300 kg |
Jam masa beroperasi | 4.1jam |
Jarak Jangkauan Operasi | 150bn |
Jarak Maksima | 427bn |
Muatan Maksima Underslung | 1600kg |
Penumpang | 11 orang |
Pesakit (Stretcher) | 2 pesakit |
Ruang Kabin | 180.1 kaki pesegi |
Injin | 2 X Turbomeca Arriel 2 |
- 2x Pesawat Amfibia Bombardier CL 415MP
mampu mendarat dipermukaan tasik & laut
Malaysia negara ke-2 memiliki pesawat jenis Amfibia selepas Thailand dirantau ASEAN
boleh dioperasikan untuk memadam kebakaran hutan
DATA |
Panjang Keseluruhan | 19.82m
|
Lebar Sayap | 28.6m |
Tinggi Keseluruhan | 8.98m |
Kelajuan Maksima | 359km/j |
Berat Berlepas Maksima | 19,890kg |
Berat Mendarat Maksima | 16,783kg |
Jarak Berlepas di Darat | 814m |
Jarak Berlepas di Air | 844m |
Jarak Mendarat di Darat | 664m |
Jarak Mendarat di Air | 674m |
Injin | 2 x Pratt & Whitney Canada PW123AF turboprops |
Krew | 5 |

DATA |
Panjang | 39.5 meter |
Lebar | 7 meter |
Kelajuan | 23 knot |
Berat | 230 ton |
Senjata | 1 bofos 40/70mm/1 Oerlikon 20mm/GPMG 7.62 mm |
Jentera | 2 MTU 20V 538 TB92 |
Anggota | 34 Anggota |

- 1x Kelas Marlin (kapal latihan pemberian kerajaan Jepun)
- 4x Kelas Malawali (ex-Bintang)
- 1x Kelas Pengaman (ex-AL)
- 4x Kelas Penyelamat (ex-SAR)
- 5x Kelas Pelindung (ex-OBM)
- 4x Kelas Semilang (ex-Siri 100)
- 10x Kelas Pengawal (ex-GRP)
- 1x Kelas Peninjau (ex-Siri 300)
- 5x Kelas Ramunia (ex-Bahtera)

DATA |
Panjang | 32.4 meter |
Lebar | 7.2 meter |
Kelajuan | 20 knot |
Berat | 143 ton |
Senjata | 1 Oerlikon 20mm/GPMG 7.62 mm |
Jentera | 2 Paxman Valenta 16cm Diesel |
Anggota | 25 Anggota |
- 2x Kelas Nusa (ex-Rajawali)

DATA |
Panjang | 22.4 meter |
Lebar | 6 meter |
Kelajuan | 25 knot |
Berat | 53 ton |
Senjata | Tiada |
Jentera | 2Twin DEUTZ 16m 816CR |
Anggota | 14 Anggota |
- 15x Kelas Sipadan (ex-PC)
- 2x Kelas Rhu (ex-Siri 200)
No comments:
Post a Comment