Objektif skim ini yg telah dibentangkan pd bajet tahunan 2011 ni ialah utk membenarkan pembeli rumah kali pertama, terutamanya golongan muda dgn pendapatan bulanan kurang dari rm3,000 utk memiliki rumah sendiri dengan pembiyaan penuh dari bank.
Wan mmg sokong sangat skim ni, memandangkan kebanyakan golongan muda yg rata-rata baru mula membina kerjaya hanya mampu menyewa kerana perlukan masa utk mengumpul deposit 10% untuk melayakan mereka memperolehi pinjaman 90% bagi membeli rumah. Wan juga nampak yg Azam 2011 Wan telah dipermudahkan, aminn....
Dlm masa yg sama juga, akan menggalakan pemaju perumahan utk membina lebih banyak rumah dgn harga yg berpatutan utk rakyat Malaysia.
Ciri & Kelebihan
- Pembiyaan sehingga 100%
- Aset kediaman sahaja
Kreteria kelayakan
Pemohon:
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah kali pertama
- Individu berusia 35 tahun kebawah
- Pendapatan kasar tidak lebih dari RM3,000 sebulah
- Disahkan sebagai pekerja dgn minimum 6 bulan dibawah majikan yg sama
- Umumnya, pembayaran semula hendaklah tidak lebih dari 1/3 pendapatan bulanan.
Harta :
- Kediaman berada di Malaysia
- Nilai minimum RM100,000
- Nilai maximum RM220,000
- Tinggal dikediaman tersebut
Pembiyaan:
- Tempoh bayaran semula tidak melebihi 30 tahun
- Pembayaran semula melalui potongan gaji
- Rekod simpanan (3bulan)
- DiInsurankan
Bagaimana memohon
- Permohonan boleh dibuat dicawangan bank berhampiran yg mengambil bahagian.
untuk maklumat lanjut bolehlah, lawati www.srp.com.my
No comments:
Post a Comment