Wednesday, July 22, 2009

H1N1 + Gerhana

Wah, update hari nie memang gempak la, dua lagi campus UiTM kena tutup pasal H1N1. Kampus UITM cawangan Pulau Pinang & Perak. Menurut sumber yang dipercayai (buletin Utama TV3), Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang ditutup seminggu selepas 10 pelajar dikesan positif & 200 yang lain dikuarantin. Cawangan Seri Iskandar, Perak jugak ditutup seminggu selepas +200 pelajar menunjukan simpom yang sama.



Tak kurang juga ada khabar angin (coz tak rasmi lagi) yang mengatakan beberapa orang student Campus Dungun menunjukan simptom yang sama. Wan juga dapat lihat beberapa pelajar 'bertopeng' mendapatkan rawatan diklinik campus tengah hari tadi. Adakah campus Dungun pula akan dikuarantin????



Gerhana yang berlaku hari nie pula merupakan gerhana terpanjang abad ini, yang hanya dapat dilihat dengan jelas dikawasan India sehingga China sahaja. Namun penduduk Malaysia juga dapat melihatnya dikawasan Utara Semenanjung. Bagi kawasan Dungun, Wan agak kecewa sebab hujan renyai2 di kebanyakan kawasan. Namun suasana agak suram masih dapat dirasai akibat matahari dilindungi oleh bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...