Sunday, July 19, 2009

SEKITAR AWAL SEMESTER JUL- DIS 09 UiTM



Assalamualaikum....

Sempena awal semester baru nih, blum terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat datang kepada student2 pengambilan baru Universiti Teknologi MARA amnya dan student2 UiTM kampus Dungun, Terengganu khasnya. Walaupun aku pulang agak lewat ke kampus, atas sebab yang tak dapat dielakan.

Sekembalinya aku ke kampus, tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas kampus sepanjang cuti semester yang lalu. Kebanyakan projek pembangunan 'MEGA'yang dimulakan awal semester lalu masih belum siap sepenuhnya, contohnya pembinaaan 'Student Center', pengubahsuaian library & penambakan paya sebagai parking. Tapi yang agak melegakan perngubahsuaian masjid utama kampus 'Pusat Hidayah' yang dimulakan serentak, telah dapat disiapkan lebih awal sebelum semester baru bermula.

'Student Center' & 'parking' under construction


Pusat Hidayah under renovation

Dari pemerhatian aku sepanjang 5 hari dah kat kampus nih aku dimaklumkan bahawa kampus DUngun mengalami kekurangan kolej kediaman yang agak serius disebabkan olah 'kebanjiran'(bah ke??) student baru. Menurut MPP, bagi kampus dungun +/-1600 student baru telah melapor diri pada Minggu Mesra Siswa(MMS) yang lalu. Aku juga agak terkejut sebab semester sebelum nih tak timbul lagi masalah camni, sampaikan masuk dalam sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kampus Cawangan Dungun dan Segamat mengalami kekurangan kolej kediaman pelajar.

Akibatnya, sebahagian pelajar yang sediada terpaksa memilih untuk menjadi 'setinggan berdaftar' ataupun menyewa diluar. Sesuatu diluar dugaan aku apabila 'setinggan berdaftar' ini pula terpaksa tinggal dibilik study & gymnasium kolej berkenaan yang diubahsuai menjadi 'bilik' mereka.

Sistem baru bagi subsidi makanan juga telah dilaksanakan dengan memasukan subsidi berkenaan ke akaun setiap pelajar untuk tempoh sepanjang semester berkenaan. berbeza dengan semester terdahulu yang menggunakan sistem 'kupon'.

Bagi kolej kediaman lelaki pula (khasnya Kolej Gemia), dewan makan kolej berkenaan telah ditutup (mungkin tiada tender yang berminat) dan penghuni terpaksa tertumpu ke di dewan makan Kolej Kediaman Tenggol yang kapasiti sepatutnya adalah untuk penghuni kolej berkenaan sahaja ( terpaksa la bersesak2 kan). So, bagi yang kesuntukan masa terpaksa mencari alternatif lain dengan makan diluar dengan harga yang jauh lebih mahal.

Transport ke kuliah pula, semester ni ada sedikit kerlonggaran walaupun hanya student semester 4 dan keatas sahaja dibenarkan bawak motosikal ke kolej kediaman.(nasib baik la aku terlepas, huhu..) Student lain pula boleh bawa motosikal jgak tapi tak boleh bawa masuk ke kolej kediaman (parking kat Stadium Gemilang jek, berkarat la jawabnya, hehe..). Tak macam semester2 yang lepas, student semester 1-3 langsung takleh bawak moto. Kereta pun suma student boleh bawak tapi still kena parking kat Stadium Gemilang lagi. Bukan apa, kebenaran seperti ini agak kritikal especially tuk student lelaki yang jarak kolej kediaman ke blok akademik +/- 1500m.

mana 'WFJ 2651'??...

Beginilah antara sukaduka dan cabaran yang dilalui pelajar macam aku diawal2 semester baru nih, nak taknak terpaksa lalui jgak. Walaupun nampak susah pada awalnya, tapi tak mencabarla kan kalo hidup tak ada dugaan macam nih. BAK kata orang jawe "gawea alon2, asalkea klakon"(lbh kurang cam "biar lambat asal selamat" gitu la, huhu)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...