Saturday, March 5, 2011

Ada Lagi Yang Lebih "POWER"!!

Alhamdulilah....
dipetang sabtu ni Wan berkesempatan tuk jengok2 & menulis kat blog nih. Yelah biasanya jengok je, maklum la takde idea apa nak letak.

Kali ni Wan nak cerita pasal EMAS, yee!! emas dalam bahasa inggerisnya GOLD atau saintifiknya 'Aurum'(Au) salah satu unsur didalam periodic table(cewahh..). Sebab kebelakangan ni Wan asik dok korek, selongkar & research macam info & fakta tentang potensi yg Wan baru tau pasal emas nih.

Kalau sebelum ni dah puas dah research pasal Amanah Saham Bumiputera(ASB) dan sampai kemuncaknya selepas Wan dapat laburkan sehingga 1/2 dari limit tuk akaun ni awal 2011 yg lalu. Memang puas ati, tak sabar nak tunggu hasilnya nanti...

Berbalik pasal emas ni Wan ada terbaca satu artikel dari sebuah blog:

********************************************************************************
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

"Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.


"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,"katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.


“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat.Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.


******************************************************************************

Kesimpulan yang Wan dapat dari artikel ni adalah nilai matawang akan sentiasa menyusut berbanding nilai harga emas, kerana inflasi adalah musuh utama bagi nilai matawang. Sebagai contoh kalau dulu masa zaman Wan sekolah rendah RM1.00 boleh dapat 5 biji kuih, tapi sekarang paling banyak 3biji jek.

Apatah lagi dengan pelbagai krisis dinegara2 pengeluar minyak utama hari ni (Mesir & Libya) yg pastinya akan melonjakkan harga minyak, akibatnya harga barangan terus naik & mengecilkan nilai matawang.

Berbeza dengan harga emas sentiasa menaik terutamanya sejak tahun 2000(perhatikan graf dibawah):

Mungkin dulu ramai yg tak tahu ataupun tak amik tahu kerana nilai emas dahulu tak setinggi nilai sekarang. Wan pun akui yg Wan pun baru tau pasal ni, yg Wan pasti bila sebut pasal emas je "MAHAL" tula yg ter'set' dalam kepala otak ni.

Seperti semua orang tau emas ni boleh datangkan keuntungan jangka masa panjang walaupun tak tengok graf diatas, kerana dalam islam sendiri ada menyebut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak)

Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal


Tetapi yg Wan baru tau juga emas boleh mendatangkan keuntungan jangka masa pendek jika pandai memanipulasi turun naik harga emas pada jangka masa tertentu dan ini akan Wan terangkan dalam entri yg akan datang.

Tetapi yg pasti sebagai orang islam, dah menyimpan emas tu jangan lupa pulak membayar zakat yee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...