Macam yg Wan janjikan sebelum ni, apa yg kita kena tahu sebelum mula membeli emas untuk dilaburkan :
1. Jangan Membeli Emas Barang Kemas.
Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini, apabila berkata tentang “pelaburan
emas”, mereka menyangka ianya bermaksud “membeli emas barang kemas seperti rantai,
cincin dan gelang”. Walaupun ianya sesuatu yang bernilai, dan kelihatan anggun dan “kaya” apabila memakainya.
Tetapi, dalam konteks pelaburan, ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak. Mengapa?.
Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. Ini
kerana, pihak penjual akan memasukkan kos “upah” , kos design dan juga harga “brand”
mereka. Sebab itu, anda boleh lihat sendiri, mengapa harga emas di “Poh Kong” atau “Habib
Jewel” lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa.
Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga “air kopi” yang dijual di “warung” dan juga di
“coffee bean”. Ataupun “kain batik” yang dijual di “kedai-kedai biasa” dengan kain batik yang
dijual di “butik”. Walaupun ianya adalah benda yang sama, tetapi disebabkan “brand”, maka
produk itu menjadi sedikit mahal.
Emas yang berbentuk barang kemas, sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa.
Sedangkan dalam prinsip pelaburan, apabila kita ingin melabur, kita perlu pastikan, caj-caj
tambahan yang dikenakan, adalah paling minimum. Ini bagi membolehkan kadar pulangan
pelaburan kita menjadi maksimun.
Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah. Di ASB, jika anda melabur RM10,000 maka, kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan anda.
Manakala, jika anda melabur di Unit Amanah, apabila anda mendepositkan RM10,000, caj
sebanyak 2.5% akan dikenakan, ini bermaksud, wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun
anda hanyalah RM9750. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu?
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak
berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum.
Begitu juga dengan pelaburan emas, jika harga emas semasa ialah RM140 se gram, maka,
apabila anda membeli emas sebanyak 20gm, harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah
RM2800. Tetapi, jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas, anda akan dikenakan
“upah workmanship”, menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000
untuk memilikinya.
Tambah memeritkan lagi, apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli,
harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Pergh! rugi besar tu!
Jadi, sekali lagi diingatkan, jika anda ingin melabur di dalam emas... jangan sekali-kali membeli
emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat
untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang.
Jika untuk tujuan “pelaburan”... membeli emas dalam bentuk barang kemas, adalah merupakan
satu langkah yang kurang sesuai.
2. Membeli Emas di Bank!
Emas-emas yang dibeli dari pihak bank dikenali dengan sikap cerewetnya.
1. Hanya cawangan tertentu sahaja yang ada menjual emas.
2. Emas di bank selalu kehabisan stok.
3. Emas yang dibeli di bank tidak boleh tercalar sedikit pun dan tidak boleh di buka plastiknya
(jesteru ia tidak boleh dipajakkan, sebab apabila ingin pajak, bekas plastik mesti dibuka untuk
emas ditimbang).
Jika tercalar atau dibuka plastiknya, emas tersebut akan ditolak nilainya sehingga 20%, dan bagi sesetengah kes (syiling kijang emas), pihak bank tidak akan menerimanya langsung syiling yang sudah tercalar.
Jika anda ingin membeli emas dari pihak bank, pastikan selepas anda beli, terus simpan emas
tersebut di dalam “safe deposit box” dan peramlah ia disitu sehingga nilainya meningkat, dan
kemudian, jual ia semula kepada pihak bank.
Kerugian disini, anda tidak boleh menjadikan emas anda sebagai tool untuk menggandakan duit
anda (money multiplier). Ia hanya boleh dibeli dan peram. Apa itu money multiplier? akan terangkan di point ke-3 dibawah... teruskan membaca.
3. Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit)!
Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank
tempatan, kelihatan seperti satu tindakan yang bijak. Dengan memiliki akaun simpanan emas,
maka, pemegang akaun emas tersebut, berpeluang untuk memperolehi keuntungan yang lebih
besar (melebihi kadar dividen simpanan ASB).
Ini kerana, sejak 5 tahun kebelakangan ini, harga emas telah meningkat secara mendadak,
sekitar 37% setahun secara purata, manakala dividen ASB pula hanya mampu memberikan
pulangan sekitar 8% setahun. Kenaikan harga emas dalam RM sejak 5 tahun lalu, kadar kenaikan adalah sebanyak 187.79% = ~37% setahun
Disebabkan itu, bukankah lebih bijak membuat simpanan di akaun emas berbanding simpanan
di ASB?
Namun begitu, jika dibandingkan diantara.. membuka akaun emas dengan membeli emas
fizikal. Membeli emas fizikal itu adalah jauh lebih baik. Ini kerana, apabila anda membeli emas
fizikal, maka, anda akan mempunyai kelebihan dari segi “penggandaan wang”.
Anda akan mendapat 2 manfaat apabila memiliki (memegang) emas fizikal tersebut.
1. Keuntungan dari kenaikan harga
2. Kebolehan untuk memajaknya dan melaburkan ia ke “instrumen pelaburan” lain yang boleh
memberikan keuntungan yang lebih tinggi ( sama ada kepada perniagaan / membeli emas lagi
dan sebagainya).
Situasinya begini...
Katakan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM100,000. (kalau benar-benar ada lagi bagus)
Jika anda menyimpannya di ASB. Maka, untuk mendapatkan dividen sebanyak 8% setahun,
maka, anda tidak boleh sentuh wang tersebut. Anda perlu biarkan ia kekal terperap di di dalam
akaun ASB anda tanpa disentuh.
Begitu juga dengan akaun simpanan emas, jika anda inginkan keuntungan sebanyak 37%
setahun, maka anda tidak boleh usik wang simpanan di dalam akaun tersebut. Jika diusik, ia
akan mengurangkan nilai pokok dan sekaligus memberikan kesan dan mengurangkan kadar
keuntungan anda.
Berbeza jika anda membeli gold bar, dengan nilai RM100,000. Emas itu berada di tangan anda,
anda boleh pajakkan ia bila-bila masa jika anda memerlukan wang. Wang itu pula anda boleh
gunakan untuk melabur di dalam perniagaan atau membeli lebih banyak emas lagi. Dengan cara
ini, anda akan memperolehi 2 keuntungan. Pertama, keuntungan dari kenaikan nilai harga emas
(appreciation value) dan kedua, keuntungan dalam perniagaan.
Maksudnya disini, wang anda tidak akan “mati kutu”. Dimana, anda ada duit tapi tidak boleh
digunakan, semata-mata nak dapatkan dividen 8% dari ASB.
Dengan emas di tangan, anda masih boleh “rolling-rolling”kan wang itu untuk kegunaan lain,
dan dalam masa yang sama, masih boleh nikmati keuntungan dari peningkatan harga emas
sebanyak 37%.
Teknik ini dipanggil “Money Multiplier”..
Ianya sama seperti teknik OD-ASB. Suatu masa dulu, sesiapa yang mempunyai sijil simpanan
ASB, mereka boleh cagarkan sijil mereka untuk mendapatkan kemudahan OverDraft (OD).
Tetapi sekarang, kaedah itu sudah tidak boleh digunapakai lagi, kerana, pihak bank kini sudah
tidak memberikan kemudahan OD kepada individu. Kemudahan OD hanya untuk pihak syarikat
sahaja.
Nota: mungkin anda boleh search di internet tentang teknik OD-ASB ini jika ingin tahu lebih lanjut
mengenainya.. Tetapi, rasanya tak perlulah anda buang masa mempelajari teknik yang sudah lapuk dan tidak boleh digunapakai ini.
Jadi kesimpulan disini, belilah emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri (atau simpan di
peti besi bank).
4. Menjual Di Tempat Yang Salah!
Tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Ini kerana, jika anda menjualnya di tempat lain, selalunya, harga emas tersebut
akan ditolak antara 20-30% dari harga belian semasa!. Ia satu kerugian yang besar.
Malahan, KEBANYAKKAN tempat, sama ada kedai emas atau bank atau syarikat pengeluar
emas, TIDAK AKAN MEMBELI EMAS KELUARAN SYARIKAT LAIN.
Jadi, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh
dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah), serta
ketahui syarat-syarat jualan semulanya. Pastikan juga, terdapat ramai agen/cawangan syarikat
tersebut, untuk memudahkan anda menjual semula emas anda.
Peraturan kedai emas..
Apabila anda membeli barang kemas di kedai emas, jika anda ingin menjualnya semula kepada
mereka, mereka menetapkan syarat bahawa anda perlu sertakan sekali resit/kad pembelian
yang anda perolehi sewaktu membeli emas tersebut dari mereka. Jika kad tersebut hilang,
mereka tidak akan membeli semula barang kemas tersebut. Berkenaan harga pula, mereka
akan membeli emas tersebut dengan “harga belian semasa” dan ditolak sebanyak 30%.
Mengenai harga belian ini, anda boleh lihat sendiri di kedai emas tersebut atau dimana-mana
website penjual emas. Selalunya akan terdapat 2 harga yang dipaparkan.
Iaitu Harga Jualan dan juga Harga Belian.
Harga Jualan (We Sell) bermaksud harga yang dikenakan apabila anda ingin membeli emas dari
mereka.
Harga Belian (We Buy) pula bermaksud, harga yang dikenakan apabila anda ingin menjual emas
anda kepada mereka.
Perbezaan antara harga jualan dan harga belian ini pula, dipanggil “spread”. Spread akan
diterangkan pada point yang seterusnya.
Kesimpulannya disini:
1. Sebelum membeli, pastikan anda boleh menjual semula emas tersebut kepada penjual
tersebut. Tanya mereka!
2. Ketahui apakah syarat-syarat jual semula. Adakah ia diterima jika calar? Plastik dibuka?
atau Kad Emas tersebut hilang?
3. Ketahui spread antara harga belian dan juga harga jualan bagi emas tersebut. Ini anda
perlu kira sendiri, jangan mudah percaya kata-kata penjual tentang spread ini.
5. Tidak Mengira Spread Emas Yang Dibeli
Spread adalah merupakan perbezaan harga belian dan harga jualan emas yang ditetapkan oleh
sesebuah syarikat penjual emas.
Sebagai contoh, Jika anda membeli sesuatu emas 20gm, anda perlu membayar RM3151.
Kemudian, jika anda ingin menjualnya semula pada hari yang sama (dimana harga emas masih
belum naik dan masih tidak berubah), syarikat tersebut akan membeli semula emas tersebut
dari anda dengan harga RM2962.
Perbezaan antara harga jualan dan harga belian, ialah sebanyak 6.3%.
Maksudnya, jika anda ingin menjual semula emas tersebut pada harga yang sama dengan harga
yang anda beli, anda perlu tunggu dulu sehingga harga emas itu naik sebanyak 6.3%.
Formula pengiraan spread adaah seperti berikut.
((Harga Jualan - Harga Belian) / Harga Belian) X 100% = Nilai Spread Dalam %
Contoh..
((RM3151 - RM2962) / RM2962) X 100% = 6.3%
Lebih rendah nilai spread, maka lebih cepatlah anda boleh untung dan boleh jual semula emas
anda.
Contohnya, katakanlah dalam masa 6 bulan, nilai emas meningkat sebanyak 10%.
Jika anda membeli emas yang mempunyai nilai spread 6%, maka anda sudah boleh jual dan
untung sebanyak 4%. Tetapi, jika anda membeli emas yang mempunyai spread 17%, anda
masih belum untung, jika anda menjualnya semula, anda akan rugi 11% (anda akan dapat wang
yang kurang sebanyak 11% dari yang pernah anda keluarkan sewaktu membeli emas tersebut
dulu), jadi, anda perlu terus simpan ia lebih lama lagi, tunggu sehingga harga emas naik
melebihi 17%.
Jadi, anda boleh lihat disitu, lebih rendah nilai spread, bermakna, lebih cepat anda boleh
untung.
Berkenaan spread ini, saya telah membuat sedikit kira-kira dan analisa tentang nilai spread
emas bagi setiap syarikat pengeluar emas di Malaysia.
Untuk tujuan perbandingan ini, saya memilih Emas 999 seberat 20gm yang dikeluarkan oleh
setiap syarikat. Anda boleh lihat jadual perbandingannya dibawah..
Harga Emas pada : 1 March 2011 , pukul 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment