Thursday, October 22, 2009

ASBENTA IN MEMORY

Group study pada malam SPM...
Selamat petang semua... HohOoo, bosannya petang nih. Sehari takde kelas, cuma ada test jek pagi tadi. Hmm, tengah Wan dok bOring-boring tadi tiba-tiba pulak teringin nak bukak album gambar 'kenangan silam'. 'Berhabuk' dah gambo zaman muda-muda dulu, lama tak bukak folder album nih.
berkumpul tengok tv ramai2... seronoknyer
Masa tengah dok 'selongkar' folder nih, Wan jumpa dengan gambar-gambar Wan masa zaman duk asrama sekolah menengah dulu. Maka secara Otomatiknya, fikiran Wan terus flashback ke zaman itu(cehh..)
kenangan bersama ahli selaku ketua dorm A (al-batani)2005...
Kalau ikutkan dulu, lama gak Wan duk hostel ASBENTA, iaitu singkatan kepada Asrama Bentara, SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat. Banyak kisah suka duka yang Wan lalui sepanjang 5 tahun duduk kat sini. Ada yang pahit, ada yang manis, yg masam pOn adalah sikit-sikit, huhuh...gurau jek.

Al-kisahnya dulu Wan dapat offer ke sekolah nih sebab Wan terpilih untuk belajar di Sekolah Menengah Rancangan Khas atau feymes masa tu disebut sebagai kelas 'RK'. Masa tu cuma sekolah-sekolah kawasan bandar je yang ada RK. So, Wan yang berasal dari luar bandar kena la 'berhijrah' ke bandar, demi menuntut ilmu(cehh...).

Tak macam sekarang berlambak dah ada RK termasuk kat kawasan luar bandar, melepas la peluang adik-adik kita kat luar tu nak merasa duk hostel. So, belajar la pandai-pandai & terus masuk ke MRSM@Sekolah Sains yang lagi tinggi reputasi.
malam mesra ASBENTA... kecik2 lagi korang ek, huhu
Tu belum cerita pasal duk asrama lagi. Teringat dulu masa jadi junior, Wan pon tak ada sejarah keluarga yang pernah duk asrama sebab Wan ni anak sulong. So, pesan mak&ayah la Wan jadikan panduan untuk terus 'survive' dalam asrama. Persepsi Wan terhadap asrama masa tu, 'asrama ni tempat yang membosankan', 'asrama tempat pemangsa&mangsa buli' dan bla..bla...

Tapi ni semua berubah bila Wan dapat ikut 'flow' untuk menjadi penghuni asrama yang sejati, hehe.... Kalo hujung minggu tu dapat la merasa keluar pegi 'outing' kat bandar, biasanya destinasi yang dituju adalah Stesen Bas, Summit Parade & Wira Court. Biasanya tuk cari stok makanan & keperluan lain tak pOn just hangging 'cuci mata', huhu..
barisan AJK ASBENTA 2005
Sepanjang 5 tahun Wan duk asrama, Wan pernah berada dibawah jagaan Warden En. Khatam & En Khairul pada 2 tahun pertama. Masa ni Wan baru form1&2, memang garang warden masa ni. Bakinya dibawah jagaan En Azuhan, Ustz Zafri & En Husin. Masa berlakunya pertukaran warden, terdapat sedikit masalah & masa tu hampir 1/2 tahun asrama takde warden. So, jadi la kucar-kacir sikit.

Buli??alhamdulilah... pada kaca-mata Wan sendiri tak ada la kes buli, ada pun cuma gurau-gurau jek. Nasihat Wan, 'kunci' nak elak buli adalah bertolak-ansur. Betul! jangan sesekali jadi 'keras kepala', tak kira samada belah junior@senior. Sebab ni la kadang2 punca jadinya gaduh kat kebanyakan asrama masa tu, contohnya cam kat SM Teknik tu.
'cekeding' lagi aku masa nih, hahah....klako(bagOs la tu ketawakan diri sendiri)
Dalam asrama pulak, makan tak perlulah risau 5kali sehari(break1'st, lunch, tea time, dine & supper) dengan yuran hanya RM1 sehari. Memang la gemuk camni, tapi cuma Wan ni je yang tak gemuk-gemuk, still 'cekeding' huhu...

Haa.. kalau nak tau asrama Wan ni selalu putus bekalan air bila tekanan air rendah, sebab asrama Wan ni kat atas bukit. Bila takde air mula la masing-masing melilau cari air kat seluruh kawasan sekolah. Sambil bawak baldi, gayung berebut-rebut mandi kat surau, dewan & bilik air guru pon redah jek, huhu..

Asrama a.k.a 'fly' memang tak boleh dipisahkan, macam asam garam dah. Tak kira samada siang atau pun malam, kedua-duanya Wan penah rasa. Wan tak pernah tertangkap, tapi pernah dihukum. Ni la sifat manusia, yang ditegah tula yg nak dibuat. Akibatnya adik-adik, abang Wan ni pernah dihukum 'gantung' asrama selama seminggu. Seksa berulang dari Rengit ke Batu Pahat naik moto selama seminggu, tu la nakal lagi, padan muka kat diri sendiri. Ceritanya, malam tu Wan & member2 pegi Cyber Cafe kat belakang sekolah. Kebetulan malam tu ada buat 'rocall' mengejut, ahh.. sudah. Cek-cek nama takde, yang seterunya paham-paham la ye, hehe...

Kepada adik-adik yang masih belajar@duk kat asrama tu gunakanlah peluang yang diberikan sebaik-baiknya. Jangan main banyak sangat tau, belajar betul-betul ingat pesan mak ayah. Ececeh, pandai nasihatkan orang Wan nih, huhu.

Haa.. Ok memandangkan sekarang ni tengah musim peperiksaan Wan nak wish gud luck kepada rakan-rakan & pembaca blog ni(yg amik exam lah..). Juga kepada semua student yg amik exam PMR, SPM & STPM especially student SMK DATO' BENTARA LUAR.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...