Thursday, October 1, 2009

Fosforus Putih & Tragedi BEIT LAHIA, GAZA

Gambar dibawah bukannya Sudutan Filem mahupun
Pesta Karnival Bunga Api... inilah sekolah Di Gaza...
situasi sebenar mengenai insan tidak berdosa 
Di Gaza !



Pastikan anda baca hingga habis apa itu Bom Fosforus & kesannya


( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )











Fosforus putih merupakan sejenis 'flare' atau agen penghasil asap yang dihasilkan dari allotrop asas daripada element kimia fosforus. Kegunaan utama fosforus dalam peperangan ialah untuk menghasilkan asap untuk menghadkan pergerakan musuh dan membataskan penglihatan & tembakan mereka. Berbeza dengan agen penghasil asap lain, fosforus putih terbakar dengan segera diudara dan menjadikanya sebagai sumber 'asap segera' yang berkesan. Hasilnya, fosforus putih digunakan dengan meluas sebagai granad asap dalam ketenteraan termasuk element 'defensif' pada kereta kebal & kenderaan perisai.

Apabila fosforus terbakar diudara, ia membentuk fosforus pentaoksida ( juga mengandungi tetrafosforus dioksida kecuali pada suhu sangat tinggi):

    P4 + 5 O2 -> 2P2O5

Walaubagaianapun, fosforus putih mempunyai kesan sampinganya. Walaupun kurang efisyen dari senjata lain dalam memberikan kesan kecederaan, ia sangat reaktif membakar dan boleh menyebabkan kebakaran. Juga berfungsi sebagai senjata 'anti-personnel' disebabkan kandungannya berupaya menyebabkan melecur yang teruk atau kematian. Agen ini turut digunakan didalam bom, arilleri, mortar dan peluru berpandu jarak dekat yang menghamburkan serpihan fosforus semasa impak letupan. Dalam ketenteraan fosforus putih digelar "WP"(white phosporus).

fosforus putih kini merupakan senjata konvensional disebabkan oleh potensinya untuk digunakan keatas orang awam seperti menyuraikan rusuhan. Manakala Konvensyen Senjata Kimia tidak mengelaskan fosforus putih sebagai sejenis senjata kimia. Saban tahun Amerika, Israel, Sri Lanka kerap menggunakan fosforus putih dalam pertempuran.


SILA SEBARKAN POST INI.. BIARKAN  SELURUH DUNIA TAHU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...