Monday, August 17, 2009

Nak puasa dah.... (part 1)


Salam petang Isnin....
Petang ni Wan agak rilex sikit, asignment Chemical Process Principal (CPP) & quiz Process Plant dah settle awal pagi tadi. Visit untuk Subjek Process Plant pun dah nampak progress, lepas Wan jumpa member2 group lepas abis class subjek tu pagi tadi. Petang pun memang free xde class, dapat la update blog nih, hehe....

Tak sangka pejam2 celik ujung minggu ni dah awal Ramadhan. Kejap betul rasanya masa berlalu, dah nak raya lagi. Wan teringin nak sambut awal Ramadhan dengan famili kat rumah. Tapi Wan rasa taun ni Wan tak dapat tunaikan keinginan Wan ni sebab baru je balik rumah pasal cuti H1N1 aritu. Memang wan tak jangka cuti ni, sebab dari awal sem Wan dah plenning nak balik sambut awal puasa kat rumah. Duduk jauh tak boleh balik selalu... isk3x (begini la nasib diperantauan)

Wan rasa, sejak wan form 3 kat SDBL dulu sampai sekarang tak pernah lagi merasa sambut awal Ramadhan kat rumah. Biasanya seminggu nak raya barulah dapat merasa puasa kat rumah. Sabar jela Wan!!


waa!! biskOt raye.. banyaknyeE... (ala2 upin&ipin)

Kat mana2 supermarket pun Wan tengok selain kurma, biskut & baju raya pun dah berlambak dah, Wan pun dah mula jadi konpius, sebenarnya ni nak raya dulu ke puasa dulu. Macam keterlaluan pulak, every year Wan dapat rasa preparation2 nak raya camni semakin awal dari tarikh sebenar. Tak percaya tengoklah nanti, awal puasa dah ada lagu raya kat tempat2 camni. Bila dah tiba raya nanti sunyi la pulak, tak meriah la camni......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...