"pintu dibuka sekadar memuatkan kepala untuk masuk menjenguk kedalam. Soalan pertama yang diajukan 'PRINg ade boH(loghat GAnu)???'"
Hari ini 14 Ogos. Ws(Wan Salleh) Printing Service (sekadar gelaran) memulakan semula perkhidmatan printing dari bilik bagi semester ini. So, makna nyer sesape 'penduduk' kolej Gemia yang nak print, scan & copy, Ws printing service sedia membantu, hehe... promot la plak.
Hmm, semester ni kalau nak diikutkan adalah semester kedua Wan buat servis printing ni. Dari pengalaman semester lepas sambutan memang sangat2 menggalakan. Cuma bezanya semester ni Wan dah buka 'cawangan' baru kat Blok Gemia 2, Wan duduk Blok Gemia 1. Pun masing2 guna 'Brand' printer yang sama, 'Brother'(kalau xtau, ni produk dari Singapore).
Bayangkan dalam Kolej Kediaman Gemia yang kapasiti hampir 1000 student dikeseluruhan tiga blok, cuma 2@3 student yang offer service ni. Padahal hampir semua student kat sini ade komputer sendiri, tapi takde printer. Ape jadahnya ni, camne la dieorang ni nak siapkan assignment.
Atas kesedaran inilah Ws Printing Service ditubuhkan (cehh... promot lagi). Kadang2 kesian kat student2 ni, apatah lagi bila dieorang print out assignment dieorang kat luar. Wan pun masa semester 1-3 dulu penah merasa macam dieorang rasa, dah la koperasi & CC jauh pastu mahal nak gila.
Penah wan kena sekali masa semester 1 kat CC, print out sehelai asignment berwarna RM4, nak tak nak terpaksa bayar. Bila tanya, alasan dieorang sebab pakai laser printer & harga ikut dimensi warna. Assignment tu pasal buat design Iklan, memang la nak fullpage colour kan. So, memang dia tekan habis2 bila orang tengah terdesak.
Wan buat service ni pun suka2 sebenarnya, xde la mahal sangat. Best jgak bila ramai orang datang bilik. Tau bilik wan mana, yang tak kenal jadi kenal & yang best skali bila boleh kongsi2 note & contoh assignment (bukan tiru ea), sebab bila dieorang datang mestila bawa 'pendrive' sendiri kan?
SO, give support for Ws printing service...hehe
No comments:
Post a Comment