Termasuklah ayah Wan yang merupakan 'mangsa' terakhir dalam adik beradiknya sebab ayah Wan ni anak bongsu dalam adik-beradik. Maknanye, kalo Atuk@nenek Wan tak pernah kena but anak2nye bleh kena, apalagi Wan kan??
So, sini Wan nak kongsikan sikit pasal Penyakit No.1 diMalaysia nih....
Diabetis ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang senus. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pangkreas. la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan. Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.
Jenis Diabetis
Ada 2 jenis utama diabetis iaitu: Jenis I atau Diabetis Yang Bergantung Pada Insulin
* Selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. * Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
* Disebabkan kekurangan insulin.
* Biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis. Jenis II atau Diabetis yang Tidak Bergantung Pada Insulin
* Selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. * Biasanya boleh dikawal dengan hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
* Disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
* Biasanya mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.
Faktor Risiko Diabetis
Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. Faktor risiko diabetis ialah:
* Kegemukan
* Kurang aktiviti fizikal seperti senaman
* Faktor pemakanan seperti - Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan - Pengambilan serat yang tidak mencukupi - Kurang zat makanan di peringkat awal umur - Kelahiran yang tidak cukup berat
* Sejarah keluarga yang menghidap diabetis
* Umur* Kumpulan etnik
Gejala Diabetis
* Kerap dahaga
* Kerap kencing
* Susut berat badan walaupun berselera makan
* Terasa letih atau lesu
* Luka dan cedera yang lambat sembuh
* Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan
Komplikasi Diabetis
Diabetis yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Komplikasi diabetis yang biasa adalah: * Penyakit buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan
* Koma atau tidak sedarkan din
* Stroke/angin ahmar
* Penyakit saraf
* 'Gangrene' atau tisu mati
Pencegahan Diabetis
Diabetis, terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan: * Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki 'Body Mass Indeks' (BMI) antara 20 - kurang dari 25 BMI = Berat (Kg) Tinggi (m) X Tinggi (m)
* Makan pelbagai jenis makanan.
* Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
* Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
* Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
* Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
* Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali.
Bolehkah Diabetis Disembuh?
Diabetis tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetis, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;* Ubat.
* Pemakanan sihat.
* Penjagaan berat badan.
* Bersenam selalu.
* Elakkan jangkitan.
SUMBER : http://papisma.org/panduankesihatan/?p=11=1
kurgkan gula dlm mkanan, tmbhkan manis dlm syuman =)
ReplyDeletebtOl2.. huhu :)
ReplyDelete